Saturday, March 24

MONYET ANWAR MENGAMUK DI PERMATANG PAUH?





Apa kejadah monyet Anwar Ibrahim mengamuk di Permatang Pauh,MKP tau la nie kira kata kubu terkuat Anwar Ibrahim.Kalau setakat diberi upah 50ringgit satu kepala supaya menggangu program yang telah dibuat oleh BN serta menteri yang mai untuk memberi bantuan kepada rakyat susah di Permatang Pauh.Anwar Ibrahim bukan jaga pengundi yang telah mengundi beliau pada PRU12 sebelum nie.Program nie pun bukan ambil duit makbapak hang pun Anwar.?



Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Chik terkejut kerana tidak menyangka akan dihalang kira-kira 100 penyokong parti pembangkang daripada menghadiri majlis pelancaran Gelombang Biru di kawasan Parlimen Permatang Pauh hari ini.

Ahmad Shabery, yang juga bapa angkat kepada Umno bahagian Permatang Pauh berkata, insiden itu menggambarkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mula rasa terancam.

Ramai yang ditahan dan dihalang daripada hadir ke majlis ini. Kenderaan yang saya naiki juga ditahan dan dihalang untuk ke sini, tetapi mujur dengan bantuan pihak polis keadaan dapat dikawal.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu, Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainol Abidin Osman dan Pengerusi Gelombang Biru Parlimen Permatang Pauh Datuk Abd Jalil Abd Majid.

Ahmad Shabery berkata insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana tindakan penyokong parti pembangkang itu bertentangan dengan perjuangan kebebasan bersuara dan demokrasi yang digembar-gemburkan pembangkang dan sering menuduh anggota BN sebagai gengster.

"Hari ini kita dapat lihat warna sebenar mereka yang selalu membuat tuduhan terhadap BN dan parti komponennya, perkara ini perlu didedahkan untuk pengetahuan umum," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery menyifatkan kenyataan Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar yangmendakwa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Cawangan Strategi Urat Saraf menaja 2,000 siri ceramah Datuk Dr Hasan Ali sebagai pembohongan besar.

"Saya katakan bahawa Mahfuz bohong... bohong... bohong... tipu... tipu... tipu... (kementerian) tidak pernah menaja dan mengeluarkan peruntukan sehingga RM30 juta untuk siri ceramah Hasan Ali," katanya.

Mahfuz dalam kenyataannya mendakwa Hasan, yang dipecat daripada Pas pada Januari lepas, ditugaskan untuk mendekati golongan belia dalam siri ceramahnya sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak.

Pada majlis hari ini, Umno Permatang Pauh turut memberikan sumbangan 10 buah kerusi roda kepada Hospital Seberang Jaya serta menyampaikan sumbangan sebanyak RM200 setiap seorang kepada 20 pelajar cemerlang yang kini sedang menuntut di IPT Permatang Pauh.


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive