Tuesday, March 27

MAT SABU MESTI MENGAMUK BILA @HishammuddinH20 CADANGKAN PJM.

Tahniah MKP ucapkan kepada KDN dan DS Hishammuddin dengan sifat prihatinnya kepada bekas wira negara yang telah berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan negara.Kita mesti ingat tanpa pengorbanan bekas wira ini Malaysia mungkin tidak seaman yang kita kecapi sekarang.Oleh itu apa yang telah diberi ini mungkin hanya sekelumit penghargaan akan tetapi ini juga memperlihatkan keprihatianan Kerajaan BN kepada Wira Negara ini.

Mat Sabu pernah menghina Wira Negara ini pada tahun lepas,Dengan ucapan yang kurang ajaq menyatakan penganas yang menentang Polis di Bukit Kepong adalah jaguh dan wira negara.Apa kejadah punya sial Si Mat Sabu ini.Kerana kenyataan tersebut telah membangkitkan kemarahan dikalangan Wira Negara yang telah berjuang demi mempertahankan Malaysia dari ancaman musuh pada ketika zaman darurat.Dari apa yang MKP tahu ada yang telah cacat kekal,Jika kita tidak merasa keadaan ini mana tahu akan peritnya.Cuba kita renungkan sejenak jika tidak cukup anggota badan untuk menjalankan kehidupan seharian?

Seramai 20,998 bekas anggota polis yang berkhidmat ketika zaman darurat menerima sagu hati khas daripada kerajaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bekas polis masih boleh mengemukakan permohonan untuk mendapat sagu hati sebanyak RM3,000 seorang kepada kementerian dengan mengemukakan surat akaun bersumpah sebagai bukti perkhidmatan mereka.

Beliau berkata, kerajaan juga bersetuju untuk mengurniakan Pingat Jasa Malaysia bagi mengiktiraf bekas anggota polis yang berkhidmat di Sarawak semasa darurat.

"Ketika ini, pingat itu hanya dikurniakan kepada Angkatan Tentera Malaysia ... status pengurniaan itu perlu diperluaskan kepada anggota keselamatan lain," katanya semasa menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat.


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive