11 February 2012 boleh dianggap igauan ngeri bagi geng Adam Adli dan rakan-rakan setelah ceramah yang dianjurkan oleh PKR Klang dan KAMI ditentang oleh anak-anak muda tempatan itu sendiri. Seawal 8 malam, terdapat ratusan anak muda telah berkumpul di dewan serbaguna Kg Idaman untuk membantah ceramah itu daripada diteruskan. Provokasi dari pihak PKR telah membuatkan penduduk kampung berang dan bertindak mennyelerakkan kerusi yang telah disusun. Tidak cukup dengan itu, sekali lagi provokasi pihak PKR menggunakan sistem pembesar suara membuatkan kemarahan penduduk semakin membuak-buak. Sistem audio ditutup sebagai tanda bahawa penduduk Kg Idaman benar-benar menolak kehadiran Adam Adli. Ketika itu, 3 anak muda tempatan telah ditahan oleh pihak polis untuk tujuan siasatan lanjut. Mereka telah dibawa ke balai polis Pandamaran untuk diambil keterangan.
Itu kisah Adam Adli dihalau oleh penduduk kampung dek kerana perbuatannya,Ini pulak cerita Aman Kampus telah menjelajah ke Kelantan Pulak dan kini mereka dalam perjalanan ke Perak pulak tak dengaq pulak cerita kena halau akan tetapi diraikan oleh segenap lapisan masyarakat.
Selepas majlis pelancaran Aman Kampus peringkat negeri Terengganu dilancarkan di SMK Tok Jiring tengahari semalam oleh Dato' Hj Mohd Nasir, Ahli Parlimen Kuala Nerus, konvoi menyusuri keindahan pantai Setiu dan Besut menuju ke destinasi seterusnya - Kelantan Darul Naim (negeri kelahiran gua!)
Kira-kira jam 5 petang, Kembara Aman Kampus tiba di bandar yang cuma dipisahkan dari Thailand oleh Sungai Golok, bandar Rantau Panjang. Di sana mahasiswa2 disambut mesra oleh wakil penduduk!
Di Rantau Panjang, mahasiswa2 mengadakan program INFO SISWA - memberi penerangan dan mendapatkan respon dari penduduk tempatan berkaitan isu mahasiswa dan nasional. Respon yang diterima sangat membanggakan.
Program INFO SISWA diadakan di hampir kesemua bandar2 yang disinggahi dalam Kembara Aman Kampus.
Selepas sejam di Rantau Panjang, konvoi bergerak ke Pondok Moden Jeli untuk majlis makan malam bersama Ahli Parlimen Jeli & juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mustapha Mohammed. Mahasiswa2 bermalam di sana.
Pagi ini adalah HARI KE-LAPAN Kembara Aman Kampus. Mahasiswa2 dibahagikan kepada dua kumpulan; kumpulan pertama mengadakan program IKON SISWA di SMK Bukit Bunga dan satu lagi kumpulan mengadakan program Info Siswa di sekitar bandar Jeli.
Tengahari nanti Kembara Aman Kampus akan bertolak ke Perak melalui Lebuhraya Timur-Barat.

No comments:
Post a Comment