Monday, February 13

Datuk Azeez Rahim bagi gadis muda menangis kerananya?



Hari ini aku nak ceritakan pasal Azeez Baling atau dahulu dikenali sebagai Azeez Rempit. Siapa tak kenal brader Azeez ni kan? Asal saja rakyat Baling menghadapi masalah atau bala bencana, dia ni la orang pertama akan menyiapkan diri untuk kesana dan membantu mereka.


Tahukah korang Azeez telah menjaga Baling dari awal lagi sejak dia kalah di tangan Taib Azamuddin dulu? Daripada seorang yang tidak disukai dulu, Azeez berkorban wang dan ringgit serta masa dan tenaga untuk menjaga penduduk di Parlimen Baling ni, akhirnya dia berjaya juga menambat hati penduduk di sini.


Ini bukan soal duit, tapi manusia menilai segala pengorbanan yang dilakukan oleh seorang manusia yang lain. Kalau aku nak cerita pasal kebaikan Azeez kat Baling ni memang banyak la, nanti korang kata Azeez bayar aku pulak! Cerita banyak tak mau, sekarang aku nak tunjukkan pada korang apa yang terbaru Azeez buat kat Baling ni



Di mana agaknya ahli parlimen Baling, ketika rakyatnya sedang susah?

Ini hanya satu usaha dari Datuk Azeez, banyak lagi yang beliau lakukan untuk membantu penduduk Baling. Kalau nak cari ahli parlimen, cari yang macam ni, bukan cari yang hanya pandai cakap semata, kerja haram taktau buat.


3 comments:

anoymous said...

Minta maaf la,aku rasa sebagai rakyat Kedah mereka yang memilih Pas ini patut diajar,pergi saja minta dengan ahli perlimen yang menang tu,kenapa Aziz nak sibuk pula,dia bukan wakil rakyat,dia tak dapat elaun atau gaji sebagai wakil rakyat,kesian dia,buat kerja macam-macam untuk rakyat Baling tapi orang lain yang mereka pilih.Ahli parlimen yang menang ini lansung tak nampak muka...

matkilaupenang said...

walaupun kalah dato azeez tidak akan mengabaikan pengundinya.dengan cara ini dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN.

MMI said...

Sekalung tahniah dan SYABAS buat Dato Azeez..

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive