Showing posts with label felda.. Show all posts
Showing posts with label felda.. Show all posts

Monday, May 7

PENEROKA FELDA BAKAL MENDAPAT "DURIAN RUNTUH"


Tanggal 1 July 1956, maka bermulalah satu langkah yang memberikan nafas baru kepada rakyat Malaysia, khususnya bangsa Melayu ketika itu yang ketinggalan dari sudut ekonomi.

Dari tanah yang diberikan oleh Kerajaan di Lurah Bilut, para peneroka mula berbakti pada bumi yang tercinta dengan tulang empat kerat, keringat yang tidak mengenal erti lelah dan bantuan penuh dari Felda, ia dilihat sesuatu yang sangat signifikan untuk dikenang dalam lipatan sejarah hidup mereka.

Amat membanggakan kini apabila Felda yang diusahakan bersama di bawah naungan kerajaan itu mampu membuktikan bahawa pengorbanan mereka berbaloi dengan menjadi sebuah syarikat multi-bilion yang berjaya di rantau ini.

Kemakmuran tersebut turut diraikan oleh Kerajaan apabila memperuntukkan lebih RM300 juta bagi dana membangunkan infrastruktur, kemudahan serta keperluan yang meningkat tahap kehidupan mereka sehingga kini.

Tidak hairanlah jika kini ada di kalangan peneroka Felda yang mampu memiliki kenderaan mewah seperti Porshe Cayenne, Mercedes, BMW dan sebagainya. Semuanya dari hasil keringat mereka yang membasahi bumi serta pertolongan dari kerajaan.

Pun begitu, Allah SWT tambahkan lagi rezeki para peneroka dengan peningkatan harga minyak sawit kepada USD1,105 satu tan per metrik di pasaran dunia.

Dalam tempoh beberapa hari lagi, saya mendapat maklumat bahawa para peneroka akan diberikan “durian runtuh” oleh Kerajaan Malaysia atas jasa mereka yang tidak terhingga itu. Malah, dikatakan bahawa “durian runtuh” itu bakal diumumkan Perdana Menteri sendiri.

Mungkin Allah SWT telah mentakdirkan bahawa tanaman yang dituai arwah bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak, akan dipulangkan kemanisan hasil tuaian tersebut oleh anaknya, Datuk Seri Najib anak kepada warga Felda.

Bagaimanapun, apalah sangat harga “durian runtuh” itu jika dibandingkan dengan apa yang bakal diterima warga peneroka pada masa akan datang.

Jika dibandingkan masa depan dan keuntungan yang bakal dinikmati warga peneroka, mungkin “durian runtuh” itu hanya sekadar “pemanis mulut” sahaja.

InsyaAllah, dengan berkat kerjasama, keutuhan perpaduan di kalangan masyarakat Felda dan kestabilan Barisan Nasional yang diketuai oleh Najib, Felda akan membuahkan hasil yang lebih lumayan pada 56 tahun yang akan datang.

Kelahiran Felda Global Venture Holdings (FGVH) bakal merubah kehidupan yang lebih baik bagi 112,635 keluarga peneroka dari generasi ke generasi yang akan datang.

Meski pun ada “lalat” yang dengkikan rezeki yang bakal dinikmati, dijangka Allah akan mengenepikan “makhluk perosak” itu dari terus mengganggu warag Felda dari mengecapi kemajuan yang lebih baik.

Syabas diucapkan kepada warga Felda. Meskipun saya bukan peneroka mahupun anak peneroka, saya turut berkongsi kegembiraan ini apabila melihat saudara-saudara saya maju kehadapan bersama demi 1Malaysia yang lebih berwawasan. Alhamdulillah...

Saturday, December 17

kelestarian Felda Dibahu Generasi Kedua.



Kenapa NGO yang membantah penyenaraian ini mahu campur tangan dalam usaha Felda meningkatkan pendapatan peneroka di samping menjaga kebajikan generasi kedua?

Mengapa mereka tidak mahu menerima hujah bahawa generasi Felda tidak boleh mengharapkan hasil komoditi dari ladang kelapa sawit atau getah bapa atau ibu mereka semata-mata.

Hakikat bahawa semua generasi kedua Felda harus buka mata ialah kini tiada lagi tanah rancangan baru dibuka. Dan adakah masa depan agensi Felda akan berterusan sebagai pengurus ladang semata-mata?

Kini tanggungjawab bagi kelestarian Felda terletak di bahu generasinya. Generasi muda kena bangun untuk menyambungkan kejayaan yang telah diraih oleh ibu bapa mereka dalam bentuk ekonomi baru.

Kalau dulu, kerajaan sediakan tanah, kini satu perancangan yang rapi dan teratur perlu disediakan untuk membangunkan generasi kedua dan seterusnya bagi menjamin kelestarian Felda.

Bagi MKP, Felda harus dimajukan sejajar dengan perubahan global dan juga transformasi kerajaan. Dalam konteks ini perlu ada anjakan minda - baik kepada peneroka dan anak-anak mereka.

Cara kerja 50 tahun dulu dan 50 tahun kemudian amat berbeza. Dulu agensi Felda sediakan platform misalnya tanah dan bimbingan untuk membangunkan 112,635 peneroka. Tetapi 50 tahun akan datang, kerajaan perlukan perspektif yang berbeza untuk menguruskan Felda sama ada dari segi teknologi, kemahiran dan kepakaran.

Selaras dengan hasrat Model Baharu Ekonomi (MBE) ke arah negara berpendapatan tinggi, strategi meningkatkan nilai tambah bagi setiap produk yang dihasilkan adalah dengan menggalakkan aktiviti pemprosesan dan rantaian pembuatan.

Oleh sebab itu anjakan pertama yang dibuat oleh Perdana Menteri ialah memastikan Felda itu diangkat ke peringkat antarabangsa menerusi langkah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.

Kejayaan penyenaraian demi kepentingan peneroka sudah terbukti. Jika dilihat perbandingan dari segi saiz, produk gula Felda adalah lebih kecil daripada kelapa sawit tetapi Felda telah memperolehi keuntungan RM300 juta daripada percubaan pertama menyenaraikan MSM Holdings ke dalam bursa.

Jadi apabila makanan asas gula yang tidak begitu besar dari segi peratusan pendapatan Felda boleh meningkat begitu baik, tidak ada sebab mengapa kelapa sawit yang merupakan teras pendapatan Felda, kalau diapungkan sudah pasti mampu memberi nilai tambah yang berlipat ganda dan menjadikan Felda peneraju global dalam industri kelapa sawit.

Memang Felda telah pun kukuh dalam aktiviti huluan dan bisnes Felda Global Ventures Holdings menjurus aktiviti hiliran sebenarnya telah membukakan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada generasi Felda. Malah aktiviti ini bakal mempelbagaikan lagi sumber pendapatan peneroka dan generasi seterusnya.

Kepelbagaian ini penting kerana Felda adalah agensi bagi pembangunan sosio ekonomi warga Felda dan tidak boleh bergantung kepada aktiviti huluan yang tidak menentu.

Menerusi penyenaraian ini, ia akan mewujudkan lebih banyak limpahan rezeki dan peluang. Oleh itu generasi baru Felda perlulah mengambil peluang ini dengan sebaik-baik mungkin.

Kini platform telah pun disediakan kepada warga Felda untuk mengambil kesempatan daripada pelbagai potensi peluang hasil daripada penyenaraian ini kelak.

Apa yang Perdana Menteri tekankan ialah generasi baru Felda perlu menganjak minda dan berubah sikap walaupun duduk di luar bandar dan menjadi model aset luar bandar yang berupaya mempelbagaikan pendapatan mereka.

Apakah generasi Felda tidak mahu mengulangi kejayaan bapa dan ibu mereka bagi melestarikan Felda ke peringkat pertumbuhan seterusnya ataupun mereka mahu mengikut segelintir pihak tertentu yang mungkin mempunyai agenda politik sempit atau kepentingan peribadi yang hingga sanggup menidakkan rezeki dan peluang orang lain untuk menikmati kejayaan yang diusahakan selama ini.

Generasi kedua, ketiga dan seterusnya mesti menyokong usaha murni ini bagi memastikan dana Felda sentiasa bertambah dan berjaya membawa Felda dan generasi baru misalnya, ke gerbang perniagaan dan pasaran antarabangsa yang mana segala manfaat dan peluang pekerjaan dapat dijanakan untuk mereka di dalam dan luar negara.

Dana yang sentiasa bertambah amat perlu bagi meneruskan segala usaha untuk pelbagai pembangunan infrastruktur, rohani dan jasmani, modal insan yang cemerlang dari segi sosio ekonomi negara khasnya dan rakyat serta warga Felda amnya. Segala ini memerlukan dana yang berterusan dan lestari.

Tuesday, August 2

Felda Belum Bankrap Bagi Duit Raya Pada Peneroka.Riaksi PAS/PKR?????



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan kesemua 112,635 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan menerima wang Hari Raya membabitkan peruntukan berjumlah RM42.6 juta. 

Beliau berkata, pemberian itu adalah sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan FELDA di samping membantu perbelanjaan persiapan menjelang Hari Lebaran.

Dalam satu kenyataan hari ini, Najib berkata, kaedah pemberian wang Hari Raya kepada kesemua peneroka adalah sama dengan tahun lalu dan kadar bayaran terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama FELDA dan peneroka yang tidak bersama FELDA.


"Seramai 100,357 peneroka atau 89.1 peratus yang bersama FELDA akan menerima RM400 seorang dan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM40.14 juta. 

"Seramai 12,278 atau 10.9 peratus peneroka yang tidak bersama FELDA pula menerima RM200 tiap seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.46 juta," katanya. 

Pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dilaksanakan sejak 2003. 

Najib berkata, bayaran tahun ini meningkat RM5.41 juta atau 14.54 peratus berbanding bayaran tahun 2010 iaitu RM37.20 juta. 
Tahun lalu, peneroka yang bersama FELDA atau yang menjual hasil kepada FELDA menerima RM350 seorang manakala yang tidak bersama FELDA RM150 seorang. 

Bayaran akan dibuat kepada semua peneroka dalam minggu kedua bulan Ramadan dan dibayar di peringkat rancangan FELDA seluruh negara, katanya. 

"Saya berharap pemberian wang ini akan dapat meringankan beban kewangan peneroka dalam membuat persiapan menyambut ketibaan Syawal," katanya. 

Najib turut menyeru kepada peneroka yang tidak bersama FELDA supaya dapat kembali bersama FELDA bagi memaju dan memakmurkan lagi tanah rancangan. - BERNAMA 



MKP kata:untung depa peneroka felda dapat duit raya tahun nie,Yg dok sokong PAS,DAP dan PKR patut tok sak bagi tp BN bersikap adil semua dapat duit raya.bertuah warga felda.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive