exponegaraku

Monday, May 7

PENEROKA FELDA BAKAL MENDAPAT "DURIAN RUNTUH"


Tanggal 1 July 1956, maka bermulalah satu langkah yang memberikan nafas baru kepada rakyat Malaysia, khususnya bangsa Melayu ketika itu yang ketinggalan dari sudut ekonomi.

Dari tanah yang diberikan oleh Kerajaan di Lurah Bilut, para peneroka mula berbakti pada bumi yang tercinta dengan tulang empat kerat, keringat yang tidak mengenal erti lelah dan bantuan penuh dari Felda, ia dilihat sesuatu yang sangat signifikan untuk dikenang dalam lipatan sejarah hidup mereka.

Amat membanggakan kini apabila Felda yang diusahakan bersama di bawah naungan kerajaan itu mampu membuktikan bahawa pengorbanan mereka berbaloi dengan menjadi sebuah syarikat multi-bilion yang berjaya di rantau ini.

Kemakmuran tersebut turut diraikan oleh Kerajaan apabila memperuntukkan lebih RM300 juta bagi dana membangunkan infrastruktur, kemudahan serta keperluan yang meningkat tahap kehidupan mereka sehingga kini.

Tidak hairanlah jika kini ada di kalangan peneroka Felda yang mampu memiliki kenderaan mewah seperti Porshe Cayenne, Mercedes, BMW dan sebagainya. Semuanya dari hasil keringat mereka yang membasahi bumi serta pertolongan dari kerajaan.

Pun begitu, Allah SWT tambahkan lagi rezeki para peneroka dengan peningkatan harga minyak sawit kepada USD1,105 satu tan per metrik di pasaran dunia.

Dalam tempoh beberapa hari lagi, saya mendapat maklumat bahawa para peneroka akan diberikan “durian runtuh” oleh Kerajaan Malaysia atas jasa mereka yang tidak terhingga itu. Malah, dikatakan bahawa “durian runtuh” itu bakal diumumkan Perdana Menteri sendiri.

Mungkin Allah SWT telah mentakdirkan bahawa tanaman yang dituai arwah bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak, akan dipulangkan kemanisan hasil tuaian tersebut oleh anaknya, Datuk Seri Najib anak kepada warga Felda.

Bagaimanapun, apalah sangat harga “durian runtuh” itu jika dibandingkan dengan apa yang bakal diterima warga peneroka pada masa akan datang.

Jika dibandingkan masa depan dan keuntungan yang bakal dinikmati warga peneroka, mungkin “durian runtuh” itu hanya sekadar “pemanis mulut” sahaja.

InsyaAllah, dengan berkat kerjasama, keutuhan perpaduan di kalangan masyarakat Felda dan kestabilan Barisan Nasional yang diketuai oleh Najib, Felda akan membuahkan hasil yang lebih lumayan pada 56 tahun yang akan datang.

Kelahiran Felda Global Venture Holdings (FGVH) bakal merubah kehidupan yang lebih baik bagi 112,635 keluarga peneroka dari generasi ke generasi yang akan datang.

Meski pun ada “lalat” yang dengkikan rezeki yang bakal dinikmati, dijangka Allah akan mengenepikan “makhluk perosak” itu dari terus mengganggu warag Felda dari mengecapi kemajuan yang lebih baik.

Syabas diucapkan kepada warga Felda. Meskipun saya bukan peneroka mahupun anak peneroka, saya turut berkongsi kegembiraan ini apabila melihat saudara-saudara saya maju kehadapan bersama demi 1Malaysia yang lebih berwawasan. Alhamdulillah...

1 comment:

Anonymous said...

Syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT....saya salah seorang anak dari warga felda...apa Pas boleh bagi ya....???

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive