Datuk Dr Hasan Ali adalah seorang ahli PAS yang tegar dan konsisten dengan perjuangan parti tersebut untuk memartabatkan Islam.Dr Hasan amat sensitif tentang perjuangan survival agenda Islam, bangsa Melayu dan institusi raja di negara ini.Walaupun Dr Hasan menghadapi banyak tekanan ketika menguatkuasakan enakmen jenayah syariah di Selangor, namun beliau tetap komited melaksanakan tugas-tugasnya.
“Saya komen Anwar Ibrahim yang pertama itu soal peribadi..saya tak mahu dia mengheret rakyat ini supaya menjunjung perjuangannya yang saya rasa kotor”, kata Datuk Dr. Hasan Ali mengulas isu pemecatannya dalam keahlian PAS di kediamannya, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, 8 Jan.
“Saya dah ikut daripada tahun 1997 sampai sekarang..satu persatu..saya belajar sampai PHD, satu tahu sistem pengkajian, saya tahu research, saya tahu data, saya tahu mengklasifikasi data..saya tengok data ini reliable(tepat)..tak reliable“Saya terdidik dengan itu..jadi saya nak gunakan ilmu itu untuk melihat apa yang berlaku kepada saudara Anwar Ibrahim”, katanya.
Katanya berdasarkan pengalaman dan pemerhatiannya, beliau tidak sanggup mendokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim apatah lagi menobatkan Ketua Umum PKR itu sebagai Perdana Menteri.
“Saya tak sanggup saudara..betul-betul saya tak sanggup..tak sanggup saya..saya tak sanggup nak hadir 901..tak sanggup..saya tak sanggup bersama..
“Saya adalah di antara orang PAS yang tidak pernah keluar bersama Anwar Ibrahim untuk memberikan justifikasi kenapa Anwar Ibrahim mesti terus dilonjakkan menjadi Perdana Menteri”, katanya.AIDCNews.
Kerajaan perpaduan yang diusahakan secara rahsia oleh Hasan Ali sejurus selepas pilihanraya umum 2008 telah ditolak oleh kebanyakan kepimpinan PAS terutamanya Mursyidul PAS TG Nik Aziz Nik Mat. Sikap ‘belot’ Hassan Ali ini telah membuatkan beliau dipandang curiga oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Demi kebaikan dan atas dasar ingin menjaga ketinggian syiar Islam, Hasan Ali sanggup membelakangkan rakan-rakannya dari Pakatan Rakyat, sebaliknya beliau telah melakukan usaha membawa PAS bersekutu dengan UMNO untuk membentuk kerajaan di Selangor.
Sekalipun kalau begitu niat beliau, dari sudut moralnya, itu bukanlah perbuatan yang beretika. Tidak sepatutnya kita menghalalkan cara untuk mencapai matlamat yang murni.
Semasa sukar dia berjuang bersama-sama rakan-rakan DAP dalam Pakatan Rakyat menentang BN menghadapi pilihanraya, tetapi apabila telah menang dia sanggup membelakangkan mereka.
Hassan Ali rasa malu dan keciwa dengan PAS kerana idea kerajaan perpaduannya telah tidak mendapat sambutan dari pihak PAS. DAP pula memandang Hassan Ali dengan perasaan yang curiga dan dilihat sebagai seorang ‘pembelot’.
Sepanjang kepimpinan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Negeri Selangor, Hassan Ali dalam beberapa isu telah menjadi seperti pihak pembangkang kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Termasuklah isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan isu serbuan oleh Jabatan Agama Islam di sebuah gereja di Selangor.
Hasan Ali seperti ingin melepaskan dendamnya terutamanya kepada rakan-rakan DAP di Selangor bila berdepan dengan isu-isu yang ada kaitan dengan agama. Tidak seperti Khalid Samad, Hasan Ali tidak dapat bekerjasama dengan rakan-rakan DAP, kerana beliau selalu menganggap DAP sebagai musuh Islam.
Hasan Ali adalah termasuk orang yang berfikiran, syiar Islam hanya boleh ditegakkan melalui kuasa politik. Tidak hairanlah kalau dia telah memilih PAS apabila beliau ingin mendapatkan ‘kuasa’.
Syiar Islam tidak menjadi tinggi kerana kuasa. Ikutlah cara nabi, Islam disebarkan melalui dakwah dan tarbiyah. Politik berparti adalah cara kita memilih pemimpin untuk mentadbir Negara. Berbeza pendapat, berbeza parti bukan bermakna perpecahan. Umat Islam tetap satu tanpa mengira parti politik.
Masalahnya bila orang Islam sendiri tidak faham apa itu parti politik. Ada orang yang menganggap parti politik sebagai mazhab dan agama. Itu yang salahnya, dan itulah yang menyebabkan umat Islam berpecah, mereka jahil dalam memahami politik.
PULUT MANGGA ALA THAI DENGAN SOS
-
Dessert Pulut Mangga Manis ni terpaksa Kjee buat hari ini walaupun
dah ada perancangan nak buat kuih lain pagi tadi. Sebabnya? Well, hari itu ...
Umno today, Umdap tomorrow
-
Many thanks to the readers of my blog who have followed me on X. The
experience on the platform so far in my first fortnight since I created an
account the...
BUDI95: Semakan Kelayakan dan baki kuota RON95
-
Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan program penyasaran subsidi untuk
petrol RON95, yang dikenali sebagai BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Inisiatif
ini membo...
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)
-
Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan
sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor.
'Duduklah dengan ka...
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com