Showing posts with label kelantan pas. Show all posts
Showing posts with label kelantan pas. Show all posts

Monday, September 22

PAS KENA INGAT PENGAJARAN INI #PengkalanKubor


Pengkalan Kubor bakal menjadi titik tolak penentu bahawa PAS mengalami krisis dalaman yang agak kritikal. Kempen PAS pada ketika ini agak hambar dan tawar. Umpama makan singgang tanpa BUDU. Itu yang MKP boleh beritahu pada semua sejak sampai ke Pengkalan Kubor dua hari lepas.

Mungkin terdesak dengan situasi krisis dalaman ada penceramah PAS ghairah berkempen ada yang sedang berdepan siasatan polis di bawah Akta Hasutan.

Ini berikutan polis Kelantan mengesahkan membuka dua kertas siasatan di bawah Akta Hasutan sepanjang kempen di PRK Pengkalan Kubor sejak 13 September lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, siasatan dilakukan terhadap dua laporan polis terhadap dua ceramah parti PAS baru- baru ini.

Katanya, siasatan terperinci sedang dilakukan mengikut peruntukkan Seksyen 4(1)(b) dan (c) Akta Hasutan 1948.

Untuk sesiapa yang masih tidak percaya perkataan-perkataan ini keluar dari mulut Presiden PAS, mari kita tonton video ini.


Mungkin wakil rakyat PAS sudah tidak percaya kepada baiah di atas nama Allah tetapi lebih percayakan Akuan Bersumpah yang dibuat oleh KETUM.

Itu bukan lagi berTAHALUF tapi BAHALOL namanya!

Thursday, March 21

FAKTA : NIK AZIZ BAKAL MATI DENGAN 7 DOSA BERIKUT...........


Semalam dikhabarkan bahawa Tuan Guru Pok Nik sakit dan telah dirawat di Hospital, Mungkin jugak kerana sikap munafik pemimpin ini bila berkecimpung didalam politik kebencian yang disemai sejak penubuhan PAS dulu. Berikut MKP senaraikan 7 dosa PAS...........

Dosa pertama yang dilakukan ialah para pemimpin pembangkang terutama Pas telah gagal mempertahankan kesucian agama Islam daripada dihina kerana sangat mengimpikan Putrajaya. Pas tidak mempertahankan kalimah Allah. 
- Pas tidak boleh menafikan hakikat ini kerana cadangan supaya membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah datang daripada sekutu mereka, DAP. 
Apa yang berlaku biar pun Majlis Syura Ulama Pas menolak cadangan itu tetapi kegopohan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani persetujuan dengan pakatan pembangkang telah menyebabkan parti itu tersepit. 
Sehingga ke hari ini tidak ada pendirian rasmi daripada Pas, keputusan mana yang dipatuhi sama ada yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama atau Abdul Hadi. 
Tindakan Pas itu boleh mendatangkan dosa kerana ia membuka laluan kepada perbuatan mencemarkan kalimah Allah seperti mana pernah dihujahkan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din. 
 Dosa kedua, dakwaan pemberian tanah kepada pemimpin DAP.
- Isu ini tidak dijawab dengan jelas oleh kerajaan Pas Kelantan biar pun didesak oleh pelbagai pihak. 
Dosa ketiga ialah apabila hutan di Kedah dan di Gua Musang, Kelantan dibotakkan untuk diambil balaknya. 
- Perbuatan yang dianggap memusnahkan alam sekitar bagi memberikan pendapatan kepada kerajaan di kedua-dua negeri itu bukanlah isu baru. Tetapi biar pun diasak supaya menghentikan pembalakan rakus tersebut, namun tiada tindakan tegas diambil oleh kerajaan Pas di Kelantan dan Kedah. 
Tindakan ini dilarang oleh Islam kerana kerakusan memusnahkan bukit bukau akan mengakibatkan pasak bumi terancam dan sekali gus boleh mengundang bencana alam seperti banjir. Keadaan ini sudah dialami oleh penduduk-penduduk di kawasan-kawasan terlibat. 
Dosa keempat keceluparan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dalam isu pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu. 
- Walaupun perbuatan Tian Chua itu mengguris perasaan dan membangkitkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia, namun tiada tindakan tegas diambil oleh PKR. Malahan DAP dan Pas juga tidak memberi tekanan supaya Naib Presiden PKR itu dikenakan tindakan. 
Pas juga hanya mendiamkan diri apabila pemimpin-pemimpin PKR terus membuat kenyataan memperlekehkan kerajaan dalam menangani isu pencerobohan itu. 
Apa yang kita saksikan, untuk meredakan kemarahan rakyat kepada pakatan pembangkang yang mempolitikkan isu itu, Pas dilihat bercelaru dalam pendiriannya apabila menubuhkan Tabung Perajurit Lahad Datu melalui Dewan Pemuda Pas tetapi dalam masa tidak mendesak sekutu mereka supaya melihat pencerobohan itu adalah soal kedaulatan dan keselamatan negara. 
Dosa kelima yang dilakukan pembangkang ialah tidak menunaikan janji mereka dalam manifesto pilihan raya umum 2008 di negeri-negeri yang telah ditadbir pakatan pembangkang. 
- Ini bukan tuduhan tetapi satu fakta yang sama sekali tidak boleh dinafikan oleh pakatan pembangkang. Demi hendak meraih undi pada pilihan raya umum lalu, mereka telah menaburkan pelbagai janji bagi meraih undi tetapi apabila kuasa sudah dimiliki alasan yang diberikan, "itu bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri" dan alasan paling klasik, "manifesto bukan satu perjanjian". 
Sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam sudah tentulah pemimpin Pas lebih faham apa hukumnya orang yang memungkiri janji dalam Islam.
 Dosa keenam, apabila Pas menipu rakyat dalam soal tahaluf siyasi serta kegagalan parti itu mengekalkan matlamatnya menubuhkan negara Islam. 
- Pas tidak boleh menafikan fakta ini kerana parti itu sendiri sudah mengubah haluan perjuangannya daripada negara Islam kepada negara kebajikan. 
Pas melakukan tindakan itu semata-mata kerana hendak memastikan matlamat menubuhkan negara Islam itu tidak menjadi halangan dalam kerjasama dalam pakatan pembangkang khususnya dengan DAP. 
Ia memandangkan DAP menentang keras dan sentiasa konsisten sejak dulu lagi tidak menerima perjuangan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud oleh Pas.
Dosa ketujuh yang digariskan oleh Perdana Menteri ialah mempermainkan matlamat kononnya negara Islam, lepas itu negara kebajikan, apabila dekat pilihan raya timbul pula hudud tetapi apabila terbit manifesto, hilang negara Islam hilang hudud.
- Ini satu lagi fakta yang tidak boleh dinafikan oleh Pas. Semua orang tahu bagaimana Pas bukanlah dominan dalam pakatan pembangkang. Pelaksanaan hukum hudud yang sering dimainkan oleh parti itu menjelang pilihan raya hanyalah semata-mata untuk meraih sokongan umat Islam dan memberi isyarat kononnya Pas tidak meninggalkan perjuangan Islam.

Tetapi dalam masa yang sama, umat Islam juga amat memahami betapa selagi Pas berada dalam pakatan pembangkang selagi itulah, perjuangan Islam oleh itu parti itu hanyalah sekadar modal menghadapi pilihan raya.

Berdasarkan apa yang disenaraikan adalah jelas tujuh dosa besar atau kesalahan pakatan pembangkang itu seperti mana dinyatakan oleh Perdana Menteri bukanlah satu fitnah atau tohmahan sebaliknya ia adalah fakta.

Pakatan pembangkang mungkin boleh berhujah apa sahaja, namun senario politik selepas pilihan raya umum 2008 jelas membuktikan bahawa pakatan pembangkang bak kata Perdana Menteri, "…Perlu dihukum dan tidak layak mentadbir negara ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13."


Monday, October 22

Mana Satu Pilihan Anda?


Jika anda diminta memilih antara bekalan air bersih dengan projek lebuhraya, mana satu menjadi pilihan anda? Tentu ramai yang memilih air, kerana ia sumber asas kehidupan.
Namun demikian, di Kelantan pelik dek kerana tatkala masalah air belum dapat diselesaikan walaupun sudah mendapat pinjaman RM609 juta dari Kerajaan Barisan Nasional, tapi lebuhraya juga yang dikejarnya sambil mengutip derma dari rakyat.

Sunday, September 9

KELANTAN PALING RAMAI ROSAK AKHLAK?


Malaysia adalah negara Islam yang paling dihormati di dunia kerana kemakmuran dan kestabilan yang begitu sukar dicapai oleh negara-negara Islam lain. Kerana kemakmuran ini, Malaysia mampu membantu negara-negara Islam lain secara langsung dan tidak langsung. Selain itu, Malaysia juga mampu untuk bersuara lantang di peringkat dunia kerana tidak bergantung kepada mana-mana kuasa asing.

Namun begitu, di dalam negara Malaysia sendiri masih ada yang meragui akan kedudukan ‘Islam’ di dalam negara. Tetapi tidak pernah pula mereka meragui kedudukan ‘Islam’ di dalam diri sendiri.

Begitu tegar sekali mereka ini bercita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam yang sebenar-benarnya iaitu dengan menggunapakai hukum hudud. Bagi mereka, inilah satu-satunya cara untuk mencapai keberkatan dan menjamin kedudukan masing-masing di akhirat nanti.

Wednesday, August 22

Anak Kelantan Sedar Atau Tidak?


Sudah hampir sebulan umat Islam berpuasa berlapar dahaga bagi memenuhi tuntutan Rukun Islam yang ketiga itu.Sebagaimana biasa tiap kali menjelang hariraya Aidilfitri, ramai anak Kelantan di perantauan akan bersesak-sesak pulang ke kampung halaman masing-masing dengan wajah ceria kerana berpeluang bertemu sanak saudara.

Barangkali bagi anak Kelantan yang mencari rezeki di negeri orang, ada sesetengahnya yang masih menyokong PAS belum pun menyedari bahawa inilah Aidilfitri terakhir yang dapat mereka sambut tatkala Kelantan masih lagi dikuasai PAS.Selepas Aidilfitri 2012 ini, detik baru untuk rakyat Kelantan akan kembali bersinar sebaik sahaja visel ditiupkan menandakan bermulanya PRU 13.

Alang-alang sudah banyak kesedaran timbul di kalangan rakyatnya diikuti penghijrahan sokongan pengundi atas pagar yang semakin mendekati UMNO, disamping dukungan kuat ramai pemimpin PAS yang mahu berganding bahu membina Kelantan Baru, tidak syak lagi Aidilfitri ini amat bermakna sekali.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive