Showing posts with label mazfuz omar. Show all posts
Showing posts with label mazfuz omar. Show all posts

Monday, January 28

MAHFUZ OMAR GELAR @NajibRazak PONDAN SIAM..........?


Inilah sikap pemimpin PAS Kedah yang suka memberikan gelaran pada Pemimpin UMNO. Kebelakangan ini, wujud usaha yang berterusan di kalangan pimpinan Parti PAS untuk menyerang pimpinan dan bekas pemimpin UMNO dengan pelbagai konotasi dan label negatif.

Sebagai rakyat biasa, kita faham sangat, bahawa semua ini mempunyai tujuan dan niat politik yang sangat sarat.

Mahu tidak mahu, menyerang dan memberikan label kepada pemimpin UMNO adalah strategi yang selama ini mendatangkan keuntungan politik kepada PAS. Tidak menyerang UMNO, juga membawa makna bahawa PAS akan mempunyai ruang yang semakin sempit dalam politik perdana Malaysia.

Kita harus menilai kelahiran dan kedewasaan politik PAS dengan sistem nilaian yang jujur. PAS tidak perlu menunggu lama untuk menampilan ‘isme’ politik yang mereka mahukan. Apakah mereka peduli dengan soal negara bangsa; atau mereka hanya mahu melonjak diri dan parti ke puncak kuasa?

Bayangkan, dengan umur politik setakat dua tahun, PAS sudah komited untuk membawa ‘semangat politik perkauman sempit’ dengan menyuntik isu panas yang menduga rasional politik rakyat. Tempoh ini adalah satu tempoh yang sangat muda. 

Namun, PAS pastinya tahu, dalam ketidaktentuan politik, dalam suasana kacau-bilau, mereka mampu menampilkan diri dengan budaya politik yang merosakkan minda rakyat. Ini hakikat yang tidak akan mampu dinafikan oleh PAS.

Mazfus nie sepatut lebih memberikan perhatian pada Rakyat Kedah dan Kawasan Parlimen Pokok Sena.Apa yang berlaku di Kedah tidak diperdulikan malah lebih gemar memburukkan Pemimpin UMNO...Korang tengok video nie apakah rintihan orang kat Baling nie kena tipu....


Kesian Pakcik nie tipu...Bukan sikit der puluhan ribu sampai tanah sawah tergadai.Kalaulah Pakcik nie bapak korang apakah perasaan korang...Mesti marah dan geram punyalah....Siapa nak bela diorang nie???Harapkan PAS Pemimpin PAS yang tipu sesama Islam....


Tapi ini adalah video Penjelasan Tun Ammar Aziz.Penasihat Undang-Undang Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Tapi sejak bila UMB dah ada Penasihat undang-undang?MKP pun teliti buku memoribila tak pernah ade pun didalam senarai?Blogger Marhean der MKP nie.....Apa nak wat terima ajelah nama pun perjuangan,,,Berjuang ajelah!!!!! buang persepsi kurang elok dan matlamat MKP hanya satu pastikan BN merampas kembali Pulau Mutiara..... 



Saturday, March 3

MAHFUZ POKOK SENA MACAM BUADAK KECIL MINTA NENEN?



Dengar cerita makin ramai nak tergelak tengok macam-macam ' idea kreatif' PAS untuk cuba 'mandikan' Datuk Dr Hasan Ali.Semua orang tahu PAS memang sudah geli sakan tidak tahan kena geletek bekas orang kuat parti itu dan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor  yang hari demi hari mendedahkan segala macam hal tentang parti itu.
Siapa yang tidak geram melihat ceramah Dr Hasan di sana sini terus mendapat sambutan.Malah yang datang bukan seratus dua tetapi ribuan termasuk di Kelantan.Jadi jangan terkejut kalau Jumaat,pak lawak PAS,Datuk Mahfuz Omar panggil sidang akhbar untuk mendakwa Kementerian Belia dan Sukan akan menaja 2,000 siri ceramahnya untuk mempengaruhi belia menjelang pilihanraya umum ke 13.
Belanjanya bukan sedikit,dakwa Mahfuz RM30 juta.Dakwanya Barisan Nasional kini sedang galak mempergunakan Dr Hasan.Selain dakwa Mahfuz gertak sikit. Ahli Parlimen Pokok Sena itu enggan mendedahkan sumber atau bukti yang diperolehinya kerana beliau terlebih dahulu mahu penjelasan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan.
Katanya beliau akan dedahkannya masa sidang parlimen nanti.Hairan juga...kalau kata sudah ada bukti...dedahkan saja, apa yang mahu ditunggu lagi.PAS nampaknya sudah ' mati langkah' dengan Dr Hasan kerana tidak ada point nak tibai beliau.
Nampaknya sekarang mereka main serkap jarang untuk cuba cemarkan imej bekas Persuruhjaya PAS Selangor itu.Mereka mungkin rasa umpan yang baik ialah ayat beliau kini menjadi alat BN.
Itulah yang akan mereka ulangtayang dari masa ke semasa.PAS nampaknya macam buat-buat lupa Dr Hasan bertelingkah dengan parti itu kerana tindak tanduk tidak demokratik terhadapnya seperti memecatnya tanpa soal jawab.
Juga Dr Hasan sendiri dakwa parti itu kini sudah lari dari asas perjuangan dan penuh dengan parasit.Soalnya apa kena mengena pertelingkahan Dr Hasan vs PAS itu dengan BN.Juga kenapa nak cuba ubah tajuk dan guna taktik lama dakwa siapa saja yang lawan tauke mesti kena beli.
Rasanya ramai orang yang ada otak.Apakah Mahfuz ingat orang boleh terima bulat-bulat cakapnya setelah mendengar pelbagai tindak tanduk cakap tak serupa bikin PAS seperti yang didedahkan oleh Dr Hasan.
Memang tepat komen Menteri Belia dan Sukan Datuk Shabery Cheek yang menyifatkan dakwaan Mahfuz 'kebudak-budakan'Sambil menafikan dakwaan itu ,beliau berkata ," Saya rasa dia sakit dan perlukan rawatan kaunseling,"Shabery juga kata dakwaan itu dibuat kerana PAS takut dengan populariti Dr Hasan.
Malah katanya, beliau sedia berdepan dengan Mahfuz  yang melemparkan tuduhan itu dalam sidang Parlimen yang dijadualkan bermula 12 Mac ini, bagi membuktikan tuduhan itu adalah palsu.
Menteri itu berkata Mahfuz sepatutnya tidak bertindak melulu untuk melemparkan sebarang tuduhan terhadap KBS seperti mana yang pernah dilakukannya berkenaan isu peninju dari Israel yang kononnya dibawa masuk oleh kementerian sedangkan ia adalah jemputan dari kerajaan negeri Selangor.
"Saya tidak mahu Mahfuz malu sendiri kerana apa yang dituduh itu tidak benar. Namun, jika isu ini masih berterusan, kementerian akan mengambil tindakan yang wajar terhadapnya," kata Shabery.
Baru-baru ini Ahli Parlimen PAS Shah Alam,Khalid Samad juga cuba serkap jarang mendakwa Dr Hasan ditaja oleh sebuah syarikat koprat Selangor.Beliau juga tidak tunjuk apa bukti pada dakwaanya kecuali persoal mana Dr Hasan dapat duit belanja untuk pelancaran JATI pimpinannya.
Anihnya bab orang berlagak garang...tetapi bab kena batang hidung geng terus menikus. Mahfuz dan begitu juga Khalid tak beranipun bunyi sepatah ayat nak korek pasal dakwaan video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim yang 99.9 peratus tulin.
Cuba tanya ada berani mereka minta siasatan atau Suruhanjaya Diraja untuk mencari kebenaran dakwaan itu.Kalau betul anak jantan..bukankah segala kemungkaran wajib dipersoalkan.AD
MKP Ayat Sempoi : Rakyat Pokok Sena yang mengundi Mahfuz Bean nie pasti menyesal kerana MP tak buat keja yang sepatutnya membela nasib rakyat,BR1M yang Pengundi Pokok Sena dapat akan membuka mata siapa sebenarnya baguih,Rakyat harus menilai telatah lawok Pemimpin PAs nie suka menyalahkan orang lain sedangkan diri sendiri tak betul,Pepatah Melayu ada menyatakan Umpama Ayam Jantan berkokok sakan akan tetapi ekoq penuh taik.......................Heeee 

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive