Showing posts with label nfc. Show all posts
Showing posts with label nfc. Show all posts

Thursday, August 2

KANTOINYA RAFIZI DENGAN BAFIA?


Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengakui bahawa beliau gagal meneliti peruntukan Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 sebelum membuat pendedahan berkaitan dakwaan penyelewengan dana National Feedlot Corporation (NFC).

Akibat daripada itu, bekas kerani Public Bank Johari Mohamad yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat sulit perbankan NFC akan didakwa di bawah akta tersebut yang akan membawa kepada hukuman penjara lima tahun atau denda RM 5 juta atau kedua-duanya sekali.

"Saya dan Surendren mengaku sebelum ini saya tidak membuat penelitian lanjut tentang Akta BAFIA. Sebab kita hanya mahu dedahkan penyelewengan yang berlaku dalam dana RM 250 juta," kata Rafizi.


Johari yang pertama kali tampil pada sidang media PKR berkata beliau menerima surat daripada majikannya pada 24 April lalu berhubung aduan daripada Pengerusi NFC, Datuk Seri Dr Mohammad Salleh Ismail tentang salahlaku pecah amanah kakitangan bank tersebut.

Beliau yang telah menyerahkan surat perletakan jawatan 2 Mei lalu turut diarah untuk melaporkan diri di Bank Negara bagi tujuan siasatan.

"Saya telah melalui proses perbicaraan disiplin di Public Bank dan akibat tekanan di tempat kerja dan pelbagai tindakan yang diambil terhadap saya, saya telah membuat keputusan untuk berhenti kerja," kata beliau.

Sehubungan dengan itu Johari berdepan dengan dakwaan melanggar tatacara dan disiplin tempat kerja di bawah Seksyen 87(2)(b) BAFIA yang dibaca bersama Seksyen 103(1)(a).

Terdahulu, pengurusan tertinggi NFC telah menfailkan aduan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) bersabit tindakan Rafizi mendedahkan butiran akuan dan penarafan kredit NFC dan syarikat berkaitan melalui kakitangan Public Bank itu.

Rafizi juga didakwa telah mendedahkan sebanyak 21 akaun bank kepada media untuk tujuan politik.

MKP Ayat Sempoi ; KANTOI jugak lu der Rafizi,ALLAH tunjukkan jalan kepada orang yang benar?

Wednesday, July 4

RAFIZI TERIMA TUNTUTAN 300JUTA DARI NFC?


Rafizi Ramli hari ini memaklumkan bahawa telah menerima surat tuntutan mahkamah daripada Pengerusi Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Mohamad Salleh Ismail bersabit dakwaan penyelewengan dana kerajaan.

Surat yang dihantar melalui Tetuan Wan Shahrizal, Hari & Co. antaranya memberi tempoh selama tujuh hari untuk Rafizi memohon maaf dan menarik semula kenyataan yang telah disiarkan media tempatan termasuk menuntut bayaran pampasan berjumlah RM300 juta.

"Ha2 masuk pejbt disambut dgn Letter of Demand (Surat Tuntutan) dr #NFC & Dato Salleh nak saman RM300j," memetik kenyataan beliau menerusi laman blog mikro Twitter pagi ini.

Surat tersebut mendakwa Rafizi telah menuduh Mohamad Salleh yang juga suami bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai tidak jujur, penjenayah dan tidak boleh dipercayai.

Tomahan yang dilemparkan Rafizi itu telah memudaratkan kehidupan peribadi, perniagaan dan mendatangkan kebencian awam Mohamad Salleh, memetik surat berkenaan.

Laporan Ketua Audit Negara November lalu menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan
berjumlah RM250 juta kepada NFC.

Ia termasuk dakwaan mengenai berlaku penyalahgunaan wang pinjaman yang diperoleh NFC bagi membeli kondominium mewah berharga RM9.8 juta di Lembah Klang.

Shahrizat sebelum ini menegaskan, beliau tiada kena-mengena dengan isu berkaitan NFC.

Ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail sebelum ini mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menipu Mohamad Salleh Ismail membabitkan pemberian cek bernilai RM1.755 juta.

Dalam pertuduhan terbaru Shamsubahrin didakwa cuba menipu Mohammad Salleh untuk menyerahkan wang berjumlah RM2.5 juta bagi merasuah pihak polis yang menyiasat skandal NFC.

Saturday, February 4

@ZambryAbdKadir Puji Intergriti Kak Ijat.


Datuk Seri Zambry Kadir hari ini menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil kerana tidak tunduk kepada desakan untuk berundur daripada jawatan dalam parti dan kerajaan susukan isu Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC).

“Saya mengucapkan tahniah kepada Shahrizat. Walaupun beliau menghadapi masalah-masalah ini, beliau ada intergriti beliau sendiri atas semangat perjuangan, beliau tetap teruskan perjuangan dan atas intergriti wanita, beliau terus pertahankan.

Ketua Wanita Umno itu semalam menempelak desakan Tn Sri Rafidah Aziz supaya beliau berundur diri susulan isu NFC supaya tidak membawa masalah kepada Umno dan kerajaan.

Sharizat berkata beliau akan terus memimpin Wanita Umno dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13 dan menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memutuskan kedudukannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sharizat dan Zambry hadir sama pada program pemantapan jentera pilihan raya jalinan rakyat wanita BN di sini. Zambry melepaskan 10 buah kenderaan untuk membuat bancian dari rumah ke rumah yang meliputi 30 mukim di sekitar Beruas dan 20 mukim di sekitar Setiawan.

Bancian dari rumah ke rumah ini adalah penting bagi memudahkan jentera pilihan raya mengenal pasti permasalahan yang dilanda rakyat khususnya di peringkat akar umbi setiap kawasan dalam persediaan untuk menghadapi hari mengundi nanti.

Zambry berharap wanita BN terus berani berdepan dengan pelbagai tomahan tidak berasas yang acapkali cuba digunakan oleh pihak pembangkang untuk melemahkan sayap itu.

NFC dibelit kontrovesi setelah Ketua Audit Negara menegur syarikat itu kerana tidak menepati sasaran bersabit kontrak ternakan lembu daging.

Pembangkang mendakwa syarikat itu yang dikuasai oleh suami Sharizat menggunakan pinjaman kerajaan untuk membeli tanah, kondominium dan kereta mewah dan bukan untuk tujuan dana itu disediakan.

Kak Ijat Londeh Pengkritiknya?.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Sharizat Jalil mengajak rakyat menilai latar belakang mereka yang mendesak beliau meletak jawatan dalam parti dan kerajaan demi “membuat keputusan betul” mengenainya bersabit isu Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC).

Dalam komen yang dilihat sebagai tujukan kepada bekas mentornya Tan Sri Rafidah Aziz, Sharizat berkata : "Anda perlu melihat kepada latar belakang politik mereka yang mendesak saya letak jawatan.”

"Kalau anda buat kajian sedikit pun tentang mereka yang mendesak saya itu, anda akan tahu untuk membuat keputusan yang benar terhadap saya," tegas beliau.

Dua hari lalu, Rafidah mendesak Sharizat meletak jawatan dan tidak mengheret Perdana Menteri Najib Razak untuk membuat keputusan bersabit jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Desakan itu dikecam oleh kalangan pemimpin Wanita Umno yang mengingatkan Rafidah bahawa beliau sendiri terpalit dengan skandal pemberian Permit Import (AP) pada tahun 2005, namun pergerakan itu tetap menyokongnya.

Bercakap kepada pemberita di Bruas, Sharizat yan baru pulang dari mengerjakan umrah berkata sokongan Wanita Umno terhadapnya semakin kukuh dalam menghadapi pilihanraya umum, meskipun ada pihak yang cuba menangguk di air keruh menggunakan isu NFC.

"Saya mengetuai lebih daripa 1.3 juta wanita UMNO dan saya yakin mereka akan terus memberi sokongan kepada saya," katanya.

"Dalam tempoh 3 bulan ini, cubalah anda lihat ke masa sahaja program yang saya pergi ke seluruh negara, sekarang lebih ramai yang memberi sokongan kepada saya,” tambah beliau.

"Jadi jangan cuba merendahkan keyakinan wanita di peringkat akar umbi terhadap kepimpinan wanita BN yang ada hari ini," tegas beliau.

Sharizat berkata wanita Umno dan Barisan Nasional harus menjadi barisan pertama dalam menghadapi PRU ke 13.

"Wanita mesti bertenaga, komited dan fokus pada pemantapan jelajah jentera pilihanraya," katanya.

Semalam, Sharizat menegaskan beliau “tidak akan lari” daripada isu NFC namun tidak akan tunduk kepada desakan untuk meletak jawatan sebagai Menteri dan Ketua Wanita Umno.

Projek NFC yang dimiliki suami Sharizat di belit kontrovesi setelah Ketua Audit Negara menegur syarikat itu kerana tidak menepati sasaran bersabit kontrak ternakan lembu daging.

Pembangkang mendakwa syarikat itu yang dikuasai oleh suami Sharizat menggunakan pinjaman kerajaan RM250 juta untuk membeli tanah, kondominium dan kereta mewah dan bukan untuk tujuan dana itu disediakan. antarapos.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive