Ketua Wanita Umno Datuk Seri Sharizat Jalil mengajak rakyat menilai latar belakang mereka yang mendesak beliau meletak jawatan dalam parti dan kerajaan demi “membuat keputusan betul” mengenainya bersabit isu Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC).
Dalam komen yang dilihat sebagai tujukan kepada bekas mentornya Tan Sri Rafidah Aziz, Sharizat berkata : "Anda perlu melihat kepada latar belakang politik mereka yang mendesak saya letak jawatan.”
"Kalau anda buat kajian sedikit pun tentang mereka yang mendesak saya itu, anda akan tahu untuk membuat keputusan yang benar terhadap saya," tegas beliau.
Dua hari lalu, Rafidah mendesak Sharizat meletak jawatan dan tidak mengheret Perdana Menteri Najib Razak untuk membuat keputusan bersabit jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Desakan itu dikecam oleh kalangan pemimpin Wanita Umno yang mengingatkan Rafidah bahawa beliau sendiri terpalit dengan skandal pemberian Permit Import (AP) pada tahun 2005, namun pergerakan itu tetap menyokongnya.
Bercakap kepada pemberita di Bruas, Sharizat yan baru pulang dari mengerjakan umrah berkata sokongan Wanita Umno terhadapnya semakin kukuh dalam menghadapi pilihanraya umum, meskipun ada pihak yang cuba menangguk di air keruh menggunakan isu NFC.
"Saya mengetuai lebih daripa 1.3 juta wanita UMNO dan saya yakin mereka akan terus memberi sokongan kepada saya," katanya.
"Dalam tempoh 3 bulan ini, cubalah anda lihat ke masa sahaja program yang saya pergi ke seluruh negara, sekarang lebih ramai yang memberi sokongan kepada saya,” tambah beliau.
"Jadi jangan cuba merendahkan keyakinan wanita di peringkat akar umbi terhadap kepimpinan wanita BN yang ada hari ini," tegas beliau.
Sharizat berkata wanita Umno dan Barisan Nasional harus menjadi barisan pertama dalam menghadapi PRU ke 13.
"Wanita mesti bertenaga, komited dan fokus pada pemantapan jelajah jentera pilihanraya," katanya.
Semalam, Sharizat menegaskan beliau “tidak akan lari” daripada isu NFC namun tidak akan tunduk kepada desakan untuk meletak jawatan sebagai Menteri dan Ketua Wanita Umno.
Projek NFC yang dimiliki suami Sharizat di belit kontrovesi setelah Ketua Audit Negara menegur syarikat itu kerana tidak menepati sasaran bersabit kontrak ternakan lembu daging.
Pembangkang mendakwa syarikat itu yang dikuasai oleh suami Sharizat menggunakan pinjaman kerajaan RM250 juta untuk membeli tanah, kondominium dan kereta mewah dan bukan untuk tujuan dana itu disediakan. antarapos.
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
-
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? Tuduh menuduh, tuding
menuding jari antara Dr Mahathir dan 3 bekas menteri kabinet beliau semakin
h...
No comments:
Post a Comment