Showing posts with label polis. Show all posts
Showing posts with label polis. Show all posts

Monday, August 26

GAMBAR OPERASI #OPSCANTAS KHAS @PDRMsia @Zahid_Hamidi


MKP agak terkejut apabila melihat gambar yang telah diberikan sebentar tadi. Tapi inilah pakaian yang di pakai oleh Skuad Khas Ops Cantas yang telah dijalankan di Pulau Pinang sepanjang hujung minggu lalu. Boleh dibanggakan kerana apabila tertubuhnya Skuad Khas ini telah membuatkan ramai penyamun serta penyangak agak kecut perut. 

Depa nie kena ajaq macam nie baru ada akai sikit, Almaklum perangai depa nie macam burung gagak dah la hitam perangai pulak macam setan. Bagi MKP nyawa setiap anggota yang bertugas adalah berharga kerana mereka senantiasa berdepan dengan risiko. Walaupun begitu ramai ahli politik pembangkang macam kurang cerdik dan hanya menyalahkan pihak Polis.


Terbaru Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi akan membongkarkan nama kumpulan kongsi gelap serta jenayah yang dilakukan mereka.

Ahmad Zahid berkata langkah mendedahkan senarai itu kepada umum ialah untuk membolehkan masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah.

“Ia juga untuk membangkitkan kesedaran bahawa masyarakat perlu bersama-sama mendokong usaha polis membanteras jenayah,” katanya.

Menerusi senarai itu juga, beliau berkata masyarakat dapat mengetahui bahawa kegiatan kongsi gelap bukan hanya membabitkan sesuatu kaum sebaliknya melibatkan kaum-kaum lain.

“Ramai yang mengatakan kongsi gelap hanya membabitkan kaum India sedangkan kongsi gelap Melayu dan Cina juga banyak,” katanya.

Mengenai Ops Cantas, Ahmad Zahid berkata operasi itu dijalankan di seluruh negara dan bukan hanya tertumpu di Pulau Pinang.

Sunday, June 16

VIDEO : ANGGOTA POLIS DIMAKI LEBAI DOKTRIN PAS/DAP


Korang tengok sendiri cabaran yang telah diterima oleh anggota Polis dimaki oleh Puak kurang ajar peserta Flashmob505.

MKP tabik spring pada anggota berkenaan kerana kesabaranya diuji. Dah terang mereka melakukan kesalahan dibawah akta APA2013. 


Kepada mamat PAS mengaku terlebih Islam dan maksum!!! Siapa yang bodoh sebenarnya. Ini undang-undang yang telah dipersetujui oleh Ahli Parlimen korang sendiri. Tapi yang melompat korang kerana taksub dan kureng cerdik. Nak langgar undang-undang tapi bila kena tangkap korang nak melompat...

Ini adalah termaktub didalam Undang-undang Akta 736 APA 2013. Nak salahkan Polis lagi memang korang nie bodoh lagi maksum....





Thursday, May 17

VIDEO SEMPOI : BABY COMEL MARAH GAMBARNYA DIRAKAM.


Video budak comel yang sedang syok menyanyi pastu marah apabila dapat tahu video dia sedang dirakamkan. Lepas marah, dia sambung nyanyi.. Pastu Jatuh Belakang pula.. Aduhh.. Kesian Kesian Kesian.. Comel sangat...

Timbalan Ketua Polis Negara 'pesan' tosai telur!


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar ‘menerima’ cadangan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kaum India untuk mempromosi tosai di hadapan rumahnya.

Namun Khalid berkata gerai makanan tradisi kaum India itu agak sukar untuk didirikan berikutan keadaan hadapan rumahnya yang cerun dan berbukit.

“Kawasan rumah saya adalah kawasan yang berbukit dan agak curam. Jadi, bahan-bahan seperti kari dan dhal mungkin akan tertumpah.

"Selain itu saya tinggal di kawasan rumah teres. Jadi, memasang gerai di hadapan rumah saya akan menganggu laluan trafik dan akan menyukarkan jiran-jiran,” gurau Khalid.

Khalid, mengakui bahawa beliau adalah peminat besar tosai, mencadangkan agar kumpulan NGO, Warga AMAN, menyediakan gerai di kawasan berdekatan dengan rumah beliau bagi mendapatkan lebih ‘sambutan’.“Saya boleh jemput jiran-jiran dan juga pegawai-pegawai saya untuk turut memeriahkan gerai mereka.“Tetapi, penganjur perlu memastikan tosai mereka sedap,” tambah Khalid.

Khalid sempat menyatakan bahawa beliau amat menyukai tosai telur, dan berharap agar pihak penganjur dapat ‘menyediakannya’ pada Ahad ini.

Semalam sebuah gabungan yang disertai 20 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kaum India merancang untuk mendirikan sebuah gerai tosai di depan kediaman Khalis pada Ahad ini.

Pergerakan yang digelar Warga AMAN itu akan menyediakan tosai percuma bermula 10 pagi di rumah Khalid di Jalan 2/7G, Taman Bukit Teratai, Ampang.

Setiausaha WargaAMAN, S Barathidasan bagaimanapun mendakwa yang acara itu ‘tiada kaitan’ dengan gerai burger yang didirikan di depan rumah pengerusi Bersih, Datuk S.Ambiga minggu lalu.

Pada Khamis lalu, sekumpulan peniaga burger telah menganjurkan protes di depan rumah Ambiga dengan mengagihkan 200 burger kepada orang ramai.

Dianjurkan oleh sebuah NGO yang digelar Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas), mereka mendirikan gerai untuk menunjukkan kemarahan mereka terhadap perhimpunan Bersih pada 28 April lalu di mana Ikhlas mendakwa perhimpunan tersebut telah mengganggu mata pencarian mereka.

Berikutan itu, Khalid, ketika ditanya mengapa polis tidak mengambil tindakan terhadap pemilik gerai burger, telah menjawab bahawa ia tidak salah untuk duduk di depan rumah sesiapa pun dengan syarat mereka tidak mengganggu penghuni-penghuni kediaman tersebut.

“Selagi mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan seperti menceroboh hartanah persendirian, kita tidak akan mengambil tindakan,” jelas Khalid.

Dalam perkembangan berkaitan, WargaAman menegaskan bahawa acara yang akan diadakan di depan rumah Khalid pada hari Ahad ini bukanlah protes tetapi lebih kepada acara ‘promosi tosai.’

”Kami bercadang untuk mempromosikan tosai…rakyat Malaysia seolah-olah sudah lupa tentang hidangan yang telah diklasifikasikan sebagai makanan warisan oleh Jabatan Warisan Malaysia.

”Maka, acara itu lebih kepada kempen kesedaran…ia lebih kepada memperkenalkan hidangan daripada memprotes,” tambah Barathidasan.

Selain daripada hidangan tosai percuma, orang ramai juga akan diajar bagaimana membuat tosai yang sedap, katanya.

“Memandangkan Khalid telah berkata apa yang beliau katakan..kami memilih rumahnya. Ini adalah jaminan yang beliau berikan. Tambahan pula, beliau adalah anggota polis nombor dua di negara ini..ia sangat selamat di luar rumahnya,” katanya berjenaka.

Friday, May 4

Tranungkite Online PULAK JADI PENYEBAR FITNAH @PDRMsia TOLONG SIASAT?


Tranungkite Online kantoi apabila mendakwa wanita yang pengsan di atas ialah anggota Polis yang menyamar sebagai peserta Bersih 3.0... Dakwaan dibuat berdasarkan seluar biru yang dipakai oleh wanita tersebut yang menyerupai seluar yang dipakai anggota Polis...Apa kejadah punya blogger tahap jamban yang dok perasan baguih..Rakyat belah sana hang boleh la dok tembak pasal depa nie penjilat tegar Hadi Awang akan tetapi kat belah sini rakyatnya lebih pandai dan terbuka fikiranya..



Bagaimanapun... Fitnah Tranungkite Online terkantoi apabila salah seorang sahabat wanita tersebut mendedahkan bahawa wanita tersebut BUKAN ANGGOTA POLIS tetapi ahli PKR...


Jelas niat Tranungkite Online adalah untuk memfitnah anggota Polis, tetapi akhirnya terkantoi...

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive