Showing posts with label sekolah penang. Show all posts
Showing posts with label sekolah penang. Show all posts

Saturday, November 19

Duit Budak Pun Hampa Mau Ka?


Majlis Penyampai Khas Bantuan Awal Persekolahan tahun 2012 telah disempurnakan oleh Penyelaras KADUN Padang Kota,OH TONG KEONG  pada jumaat di sekolah SJK(C) Union P.Pinang dengan penyertaan ramai ibu bapa dan penjaga datang menuntut bayaran tersebut.Tak sangka pulak respon yang diterima amat memberangsangkan dengan pejelasan diberi oleh penyelaras Kadun bahawa kerajaan pusat menunaikan janji yang yang telah diberikan pada bajet 2012.Kebanyakkan ibupada berterima kasih dan bersyukur kepada kerajaan pusat yang prihatin terhadap rakyat tidak seperti DAP hanya memberi apabila terdesak dan mahukan undi.Inilah seorang calon boleh menang yang selalu turun padang dan membantu rakyat walaupun beliau tidak diberikan liputan media yang meluas.Buat kerja cakap kurang. 


Cerita kurang enak timbul disebuah sekolah dekat DAto Keramat Pulau Pinang ditimbulkan oleh seorang bapa yang mengeluh berkenaan wang yang diberikan hanya 50ringgit bukannya 100ringgit seperti dijanjikan.apabila ingin mendapatkan penjelasan akan tetapi ditolak keras oleh pihak sekolah berkenaan.Setelah tidak berdaya menangkis segala pertanyaan dan desakan dari ibubapa barulah pengetua sekolah berkenaan memberi tahu wang 50ringgit itu bakal dimasukkan didalam tabung PIBG sekolah,apa kejadahnya kena mengena dengan PIBG pulak.setelah diperiksa dengan teliti rupanya pengetua sekolah berkenaan adal penyokong kuat PAS diKawasan terbabit dan ingin mensabotaj niat dan pemberian dari kerajaan pusat.jika ini berlaku mudahlah untuk mereka menbuat cerita-bukan-bukan memperburukkan kerajaan.berikut kenyataan TS Muhyiddin Yassin:

KUALA LUMPUR: Pihak sekolah perlu mengembalikan semula wang bantuan persekolahan RM100 kepada kerajaan sekiranya wang terbabit tidak dituntut oleh ibu bapa pelajar, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, ibu bapa juga boleh membuat pilihan sama ada untuk menerima bantuan itu atau tidak atau berhasrat untuk menyumbang kepada pihak sekolah.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, ibu bapa bagaimanapun perlu membuat tuntutan ke atas wang berkenaan mereka sebelum membuat keputusan untuk menyumbang kepada sekolah.
"Kalau di sekolah itu ada ibu bapa pelajar yang kata tidak memerlukan (bantuan) dan sebagainya, itu tidak apa. Kita dah arahkan kepada sekolah, kalau ada lebihan, mereka pulangkan kepada kementerian dan akan masuk balik dalam tabung kerajaan, itu duit kerajaan. 

"Terserah kepada ibu bapa (untuk ambil atau tidak) kerana tujuan kita hendak kurangkan beban sebab awal tahun nak belanja beli kasut dan sebagainya. Kalau ibu bapa kata dah mampu dan ada kemudahan lain dan fikir nak sumbangkan...ibu bapa kena ambil dahulu duit itu," katanya kepada pemberita selepas perasmian Hari UNESCO Malaysia di sini hari ini. 

Muhyiddin berharap pengagihan wang bantuan itu dapat diselesaikan dalam bulan ini dan sekiranya masih belum dituntut oleh ibu bapa atas sebab-sebab tertentu, pengetua atau guru besar di sekolah berkenaan boleh membuat keputusan mengenai perkara terbabit. 

"Kalau masih ada ibu bapa yang jauh atau ke luar negara, itu tidak menjadi masalah kerana duit itu kita akan simpan dulu. 
"Kalau ada yang tidak disampaikan lagi oleh sebab tertentu, guru besar atau pengetua boleh buat keputusan. Kalau ada sampai hujung tahun (tidak dituntut), mereka kena serahkan baliklah," katanya. 

Wang bantuan persekolahan RM100 sudah mula diagihkan kepada 5.3 juta pelajar dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 sejak 15 November lalu. 

Pengumuman bantuan itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lalu. 

Ia diagihkan lebih awal untuk memudahkan urusan pengagihan dibuat dengan lancar. BERNAMA


  

Wednesday, May 4

GUAN ENG:RASIS WOI MELAYU PAS PATUT BACA.


Mesyuarat Pertama Penggal Keempat  Sidang DUN PP dan antara isu yang panas hari ini ialah  peruntukan  pendudukan yang yang diagihkan  oleh kerajaan negeri DAP kepada sekolah Mubaligh , SRK Cina , SRK Tamil , Sek Agama Rakyat .

Ia dibangkitkan oleh Adun BN Sungai Dua , YB Dato Hj Jasmin Mohamed selepas menerima jawapan  bertulis  dari  TKM 1 YB Ramasamy . 

Jumlah agihan peruntukan yang telah dibelanjakan adalah seperti berikut 

Sekolah Mubaligh           :     RM 850 ,000.00

SJK Cina                         :      RM 3,830,000.00

 SJK Tamil                       :     RM  1,666,000.00

Sekolah Agama Rakyat  :     RM 1,750,000.00



Jika dilihat daripada jumlah agihan peruntukan ini jelas adalah tidak adil sama sekali dan tidak menggambarkan laungan  sebenar Guan Eng bahawa kerajaan Pakatan telah  beri peruntukan kepada Agama Islam paling banyak daripada kerajaan BN .

Perbezaan besar sekali peruntukan antara Sekolah Agama Rakyat dengan SRJK Cina  ibarat langit denan bumi . Sewajarnya peruntukan  Sekolah Agama Rakyat perlu mendapat lebih kerana jumlah sekolah ini adalah lebih banyak berbanding SRJK Cina !!   

Tak kan lah sebuah sekolah yang banyak di negeri ini  hanya boleh dapat peruntukan lebih sedikit saja dari sekolah Tamil .   Ini adil ka ??? Mana pergi  pemimpin-pemimpin PAS yang selalu puji sangat Guan Eng sampai ke langit hanya kerana beri peruntukan bina kelas komputer di sekolah agama  ?   

Kesimpulannya , jika kita merujuk kepada angka -angka yang dibuat oleh akauntan chauvinis DAP ,  Guan Eng , ia menunjukkan kepada kita bahawa pentadbiran regim DAP  jelas mengutamakan sokongan pengundi Cina  untuk PRU 13 akan datang dengan memberi peruntukan besar kepada SJKC berbanding sekolah .
sebuah sekolah Cina yang mendapat peruntukan paling rendah iaitu sebanyak RM 10,000  manakala Sekolah Agama Rakyat pulak paling rendah sebanyak RM 1,700 .

Nak buat apa dengan duit peruntukan sebanyak RM 1700 itu ??

Ini membuktikan bahawa kerajaan DAP jelas menganatirikan sekolah agama rakyat . Mereka sebelum ini begitu gah cakap memberi bantuan RM 50 kepada Guru KAFA tetapi lihat la berapa peruntukan sebenar kepada sekolah agama  rakyat . 

Puak-puak PAS harus sedar dari pembohongan Guan Eng lidah bercabang ini kononnya banyak memberi peruntukan kepada sekolah agama dan pembangunan Islam . Lihat sendiri lah jumlah agihan ini yang jelas mengamalkan dasar samarata yang cukup  tidak adil !


SUMBER PEJUANG BANGSA

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive