Majlis Penyampai Khas Bantuan Awal Persekolahan tahun 2012 telah disempurnakan oleh Penyelaras KADUN Padang Kota,OH TONG KEONG pada jumaat di sekolah SJK(C) Union P.Pinang dengan penyertaan ramai ibu bapa dan penjaga datang menuntut bayaran tersebut.Tak sangka pulak respon yang diterima amat memberangsangkan dengan pejelasan diberi oleh penyelaras Kadun bahawa kerajaan pusat menunaikan janji yang yang telah diberikan pada bajet 2012.Kebanyakkan ibupada berterima kasih dan bersyukur kepada kerajaan pusat yang prihatin terhadap rakyat tidak seperti DAP hanya memberi apabila terdesak dan mahukan undi.Inilah seorang calon boleh menang yang selalu turun padang dan membantu rakyat walaupun beliau tidak diberikan liputan media yang meluas.Buat kerja cakap kurang.
Cerita kurang enak timbul disebuah sekolah dekat DAto Keramat Pulau Pinang ditimbulkan oleh seorang bapa yang mengeluh berkenaan wang yang diberikan hanya 50ringgit bukannya 100ringgit seperti dijanjikan.apabila ingin mendapatkan penjelasan akan tetapi ditolak keras oleh pihak sekolah berkenaan.Setelah tidak berdaya menangkis segala pertanyaan dan desakan dari ibubapa barulah pengetua sekolah berkenaan memberi tahu wang 50ringgit itu bakal dimasukkan didalam tabung PIBG sekolah,apa kejadahnya kena mengena dengan PIBG pulak.setelah diperiksa dengan teliti rupanya pengetua sekolah berkenaan adal penyokong kuat PAS diKawasan terbabit dan ingin mensabotaj niat dan pemberian dari kerajaan pusat.jika ini berlaku mudahlah untuk mereka menbuat cerita-bukan-bukan memperburukkan kerajaan.berikut kenyataan TS Muhyiddin Yassin:
KUALA LUMPUR: Pihak sekolah perlu mengembalikan semula wang bantuan persekolahan RM100 kepada kerajaan sekiranya wang terbabit tidak dituntut oleh ibu bapa pelajar, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ibu bapa juga boleh membuat pilihan sama ada untuk menerima bantuan itu atau tidak atau berhasrat untuk menyumbang kepada pihak sekolah.
"Terserah kepada ibu bapa (untuk ambil atau tidak) kerana tujuan kita hendak kurangkan beban sebab awal tahun nak belanja beli kasut dan sebagainya. Kalau ibu bapa kata dah mampu dan ada kemudahan lain dan fikir nak sumbangkan...ibu bapa kena ambil dahulu duit itu," katanya kepada pemberita selepas perasmian Hari UNESCO Malaysia di sini hari ini.
Muhyiddin berharap pengagihan wang bantuan itu dapat diselesaikan dalam bulan ini dan sekiranya masih belum dituntut oleh ibu bapa atas sebab-sebab tertentu, pengetua atau guru besar di sekolah berkenaan boleh membuat keputusan mengenai perkara terbabit.
"Kalau masih ada ibu bapa yang jauh atau ke luar negara, itu tidak menjadi masalah kerana duit itu kita akan simpan dulu.
"Kalau ada yang tidak disampaikan lagi oleh sebab tertentu, guru besar atau pengetua boleh buat keputusan. Kalau ada sampai hujung tahun (tidak dituntut), mereka kena serahkan baliklah," katanya.
Wang bantuan persekolahan RM100 sudah mula diagihkan kepada 5.3 juta pelajar dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 sejak 15 November lalu.
Pengumuman bantuan itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lalu.
Ia diagihkan lebih awal untuk memudahkan urusan pengagihan dibuat dengan lancar. BERNAMA
No comments:
Post a Comment