Monday, November 21

Mak Lampir Menjerit Ditendang Lembu Gara-Gara Saifuddin



Laporan yang tanpa sertakan bukti oleh saifudin dan zuraidah hari ini menampakkan mereka benar-benar nekad mahu menghapuskan kreditbaliti Ketua Wanita UMNO yang kini juara dalam wanita pejuangan memertabadkan serta memperkasakan wanita dipesana dunia.sehinggakan ibadat umrah pun dikatakan ditaja oleh pihak tertentu dalam NFC yang tengah panas ini.Tanpa menyatakan sebarang bukti yang sahih dan nyata.Jika ada bukti hebahkan jangan bermain dengan persepsi yang akan memakan diri sendiri seperti ini.Politik murahan ini selalu dimainkan oleh mereka.
Sejak kebelakangan ini MKP lihat Anwar dan konco-konconya agresif menyerang kerajaan dan pemimpin-pemimpin BN dari pelbagai sudut. Kita jangan anggap serangan-serangan yang dilakukan oleh kumpulan pro-Anwar seperti The Malaysian Insider, Malaysia Chronicle, Free Malaysia Today  dan banyak lagi terhadap pelbagai isu kebelakangan ini sebagai serangan biasa dan tidak bertujuan. 
Bodoh la kita kalau beranggap begitu. Apa yang MKP nampak, ini semua merupakan strategi dan susunan yang sangat rapi yang telah dirangka oleh pakar yahudi Anwar dan media  strateginya bagi memastikan BN tumbang pada PRU13 nanti. Memang teratur dan tersusun.
Menurut blog Gelagat Anwar, Anwar akan pastikan BN akan bersikap defensif dan senantiasa sahaja terpaksa menjawab banyak isu yang dibangkitkan. Menurut seorang rakannya, ada ’35 isu besar’ yang sedang digunapakai bagi memastikan BN kelam kabut dalam menjawab isu-isu ini.
Antara isu yang sedang digunapakai ialah NFC, Private Jet, Kedai Rakyat 1 Malaysia, Kemewahan pemimpin-pemimpin BN dan juga ahli keluarganya dan banyak lagi...
Ini baru mukadimahnya saja. Di peringkat media strategi Anwar, semua isu ini tidak dilambak secara sekaligus. Ianya akan dilambak secara berkala. Anwar menggunapakai pendekatan blitzkrieg iaitu serangan kilat. Membuat serangan mengejut dan pantas bagi menghalang musuh daripada mengatur pertahanan bersepadu. Cepat dan berkesan dan paling penting penat untuk menjawab.


Nampaknya setakat ini, taktik Anwar ini menampakkan kejayaan. Pemimpin-pemimpin pakatan haram telah dipecahkan beberapa kumpulan dan diarahkan menyerang mengikut isu-isu tertentu. 
Dengan menggunakan pendekatan blitzkrieg ini, Anwar mengharapkan serangan seperti ini  dapat menutup sedikit isu moral yang sedang beliau hadapi. Mana ada orang cakap pasal liwat sekarang ni. Isu lembu naik kondo lebih menjadi bual bicara orang luar dan dalam UMNO..
MKP harap semua pemimpin-pemimpin BN termasuk ahli keluarganya perlu hati-hati dengan suasana ini. Jangan seronok sangat dengan benda-benda lain. Fokus dan tumpuan mestilah ditujukan pada PRU13 yang akan datang. Jangan wujudkan situasi dimana akan memberi banyak lagi modal untuk puak-puak haram ini menyerang kerajaan.
MKP yakin rakan-rakan blogger pro kerajaan pastinya akan berusaha sedaya yang mungkin untuk menyerang dan menangkis fitnah yang dibuat oleh puak-puak haram ini...

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive