Thursday, November 24

Biaq Betul Apa Aku Tengok Nie.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, gerakan seksualiti merdeka atau amalan seks bebas wajib ditolak kerana ia bukan sahaja berdosa malah boleh meruntuhkan struktur masyarakat negara ini.

Beliau berkata, meskipun setiap tegahan dalam agama tidak dinyatakan sebabnya tetapi penyakit HIV/AIDS telah mula dikesan di kalangan pengamal seks songsang di California, Amerika Syarikat (AS) dan sehingga kini tiada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit tersebut.

Seperkara lagi kata beliau, manusia yang bertamadun tidak akan menurut nafsu semata-mata namun budaya Barat pada masa ini menggalakkan manusia mengikut nafsu.
''Bagi mereka kebebasan bermakna apa sahaja yang didorong oleh nafsu tidak boleh ditegah oleh agama atau undang-undang manusia.

''Sebenarnya sifat ini adalah sifat haiwan. Manusia memiliki akal fikiran. Orang yang bertamadun menggunakan akal fikiran untuk menghalang diri daripada terikut-ikut dengan kehendak nafsu. Nafsu perlu dibendung kerana tamadun yang utamakan nafsu akan runtuh akhirnya," katanya dalam blog http://chedet.cc/blog, baru-baru ini.


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive