Laman web 1Malaysia milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai telah digodam pagi ini.
Tinjauan ke laman tersebut hanya menemukan paparan yang memberitahu ia sedang dikemas-kini.
Sumber memberitahu laman tersebut digodam dengan penggodam meninggalkan gambar bendera Malaysia sedang dikencing atasnya oleh pihak tertentu.
Tindakan itu katanya tidak melibatkan kandungan penulisan atau bahan lain tetapi bersifat‘defacement’ iaitu mengubah visual laman web berkenaan.
Kemahiran seperti itu biasanya dimiliki ‘system crackers’ yang akan menceroboh masuk ke pelayan web (server) dan mengubah rupa hadapan sesuatu laman web itu.
“Kejadian itu dapat dikesan dengan pantas dan laman web 1Malaysia ditutup sebentar hari ini,” katanya.
Sumber itu bagaimanapun tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak.
Bagaimanapun, menjangkakan sentimen anti Malaysia yang dipertontonkan penyokong Indonesia terutama semenjak kalah pingat emas pada Sukan SEA Isnin lalu mungkin petanda tindakan menggodam itu dilakukan oleh pihak dari negara berkenaan.
Mungkin penduduk negara itu masih menghadapi kesukaran dan tekanan jiwa yang agak tinggi apabila dimalukan pasukan Harimau Muda sebanyak dua kali dalam masa seminggu. - mynewshub.myMKP kata depa nie dah melampau,kalah bola itu adat permainan.apa punya mentaliti pengangak nie.
No comments:
Post a Comment