Friday, November 25

Cekik Terkucir DAh Pakatan Haram Nie.


Tuduhan pembangkang kononnya Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang dikemukakan kerajaan bertujuan 'mencekik' hak kebebasan berhimpun adalah tidak benar dan meleset sama sekali.rang undang-undang tersebut bertujuan memberi kebebasan berhimpun kepada rakyat selagi mana ia bersifat aman dan tanpa senjata.kebenaran mengenai hakikat itu jelas kerana polis tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perhimpunan yang dilakukan secara aman dan jika mengikut segala lunas peruntukan yang digariskan undang-undang.

Sesuatu perhimpunan boleh diteruskan di bawah perlindungan undang-undang meskipun pihak penganjur belum mendapat maklum balas pihak berkuasa selepas tempoh masa tertentu.Terbukti segala dakwaan pembangkang kononnya rang undang-undang ini mahu mencekik kebebasan berhimpun meleset sama sekali. Undang-undang ini bersifat revolutionary dan lompatan berganda berbanding undang-undang sedia ada.Kita sedar betapa murni pun niat kerajaan, pembangkang tetap dan sudah pun memukul canang bagi memburuk-burukkan undang-undang baru yang ingin dibentangkan.

Jelas PM, di bawah rang undang-undang baru itu nanti, pihak polis yang selama ini bertindak sebagai penentu izin akan berubah peranan menjadi pengawal selia serta pemudah cara dengan ruang lingkup tanggungjawab lebih luas.keperluan untuk lesen bagi sesuatu perhimpunan serta hukuman penjara akan dihapuskan dan yang kekal hanya hukuman denda bagi mereka yang masih berdegil melanggar undang-undang. ianya digubal selaras dengan Perkara 10(1)(b) dan 2(b) Perlembagaan Persekutuan, tetapi hak orang lain juga diambil kira.jika kebebasan berhimpun itu didapati menganggu ketenteraman awam dan mencerobohi hak serta kebebasan orang lain, polis mempunyai kuasa untuk bertindak mengikut bidang kuasa mereka.






No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive