Wednesday, November 23

Pok Nik Buat Naya Kat Budak-Budak.


Inilah akibat dari terlalu berpolitik dan tidak mengambil berat terhadap rakyat.PAS for ALL adalah slogan untuk kaum lain bukannya membela rakyat kelantan serta generasi akan datang.Jika kanak-kanak tidak diperdulikan oleh PAS kelantan Ibubapa harus memikirkan untuk berubah pada PRU 13 yang akan datang.Semuanya berpunca dari sikap tidak prihatin Pemimpin PAS.Mereka terlalu asyik berpolitik sempit dan satu tujuan untuk menghancurkan UMNO dan masa depan anak-anak yang bakal mewarisi kelantan dimasa akan datang.

Hampir keseluruhan kanak-kanak di Kelantan yang berumur bawah enam tahun mengalami masalah pereputan gigi atau gigi berlubang akibat air di negeri itu tidak dibekalkan dengan kandungan fluorida yang mencukupi.

Laporan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menyebut, pada tahun 2007, 95.3 peratus kanak-kanak di negeri itu yang berumur di bawah enam tahun menghadapi masalah gigi berlubang. Pada tahun itu, penduduk mendapat air berfluorida adalah 18.1 peratus.

Bayangkan apa yang berlaku selepas ini. Ini kerana peratusan penduduk yang mendapat air berfluorida menurun hampir setiap tahun dan tahun lalu hanya hanya 14.1 peratus.

Ini adalah fakta dari apa dilaporkan oleh kementerian kesihatan.


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive