Monday, November 21

PRU 13 pada 3/3/03.Biar Betul?


Agaknya, mereka fikir rakyat mahu menyokong mereka sepenuhnya. Sebab itu juga ramai pemimpin pembangkang congak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan bubar parlimen 11 November lalu -kerana 11 nombor favouritenya - bagi adakan pilihan raya umum ke 13.Bagaimanapun, dalam dok gempak nak pilihan raya umum awal, rasa gementar pembangkang sukar disorok.
Sebab itu mereka desak supaya peraturan baru proses pilihan raya yang sedang dikaji Jawatankuasa  Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya diluluskan terlebih dahulu sebelum adakan PRU ke 13.Hakikatnya kuasa penentu tarikh pilihanraya peringkat nasional,tak kira siapa yang berkuasa, adalah prerogratif Perdana Menteri.
Pembangkang sengaja mahu ‘mengikat’ tarikh pilihan raya supaya tidak diadakan dalam tempoh terdekat kerana mereka rasa tidak boleh mengulangi tsunami PRU ke 12 pada kali ini.Sentimen yang terasa ialah ramai  sudah celik dan muak dengan gelagat politik pembangkang yang keterlaluan dengan pelbagai ‘ drama’ mereka termasuk demo Bersih.
Sudahlah janji-janji PRK ke 12 tidak dikota, mereka janji macam-macam lagi termasuk menerusi Buku Jingga yang tidak praktikal itu.
Kalau kita rajin pasang telinga sebenarnya kalangan pimpinan PKR,DAP dan PAS makin gabra kerana mendapat signal suasana politik ketika ini tidak memihak kepada mereka.Populariti kerajaan BN dan Najib sendiri terus meningkat dan Bajet 2012 pada awal bulan lalu, ibarat paku yang menutup keranda pembangkang.
Atas sebab kebimbangan itu pembangkang antara lain galak  mengecam pemberian RM100 kepada murid dan pelajar sekolah dengan cerita kononnya wang itu bukan dari sumber betul kerana kerajaan tidak boleh beri duit sebab Bajet 2012 belum lulus lagi.

Beberapa ahli parlimen pembangkang sanggup bertegang leher di Parlimen pada petang Rabu lalu mengkritik sumber wang digunakan kerajaan lebih RM53 juta bagi membantu murid-murid dan semula pelajar yang mula menerima bantuan minggu ini.

Sepatutnuya pembangkang tidak perlu politikkan isu ini kerana anak sesiapa sahaja layak terima RM100 termasuk anak wakil rakyat parti pembangkang.

Tetapi kerana sudah kering modal, itu pun nak dijadikan isu.
Berbalik soal pilihan raya, kerana takut juga maka Kerajaan PKR Selangor  sudah umum tidak akan bubar Dewan Undangan Negeri (DUN)  jika PRU ke 13 diadakan sebelum Jun tahun depan.

Ini semua taktik pembangkang kerana fikir kerajaan BN takut nak bubar parlimen awal sebelum PSC selesai memastikan sistem pilihan raya baru digunapakai dalam pilihan raya umum nanti.

Pembangkang bukan sahaja di Selangor malah Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang mungkin ikut cara sama untuk paksa Najib tidak bubar parlimen sebelum sistem atau peraturan baru pilihan raya itu siap.

Ada juga yang beritahu pembangkang sengaja nak lewatkan PRU ke 13 kerana jangka ekonomi negara terjejas selepas Jun tahun depan kerana kesan ekonomi dunia ketika ini.

Jangkaan mereka bila ekonomi terjejas, harga barangan dan cukai akan naik.

Bila semua naik, mereka ingat rakyat akan marah. Bila rakyat marah, mereka akan undi pembangkang macam 2008.

Betul juga kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar bahawa tindakan kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang itu jelas menunjukkan mereka takut dengan bayang-bayang sendiri dan tidak yakin mampu mempertahankan kemenangan di Selangor.

"Bila tiada pilihan raya tahun ini, mereka canang tidak akan bubar DUN tahun depan. Jika sampai pertengahan tahun depan masih tidak berlaku pilihan raya, mereka akan kata pula tidak akan bubar (DUN) sampai lima tahun. 

"Kalau nak buat dua kali pilihan raya, kos akan lebih tinggi dan menyusahkan rakyat untuk mengundi,” katanya seperti dilaporkan Bernama Jumaat.

Pembangkang tak perlu nak atur Najib bila patut bubarkan Parlimen.

Jika Selangor tidak mahu bubar DUN, begitu juga Kedah,Kelantan dan Pulau Pinang, mungkin Perdana Menteri boleh timbang adakan pilihan raya Parlimen sahaja atau di negeri di kuasai BN.

Andai kata pilihan raya itu dilaksanakan dan BN kekal menguasai  kerajaan dengan majoriti lebih besar atau menguasai dua pertiga, pembangkang boleh terus bermimpi nak tawan Putrajaya.

Tidak ada makna juga kalau mereka lewat bubarkan DUN kerana cita-cita pembangkang hanya mahu jadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri yang boleh dicapai melalui pilihan raya Palimen bukan DUN.

Kalau emas sudah di jari, apa guna lagi cincin suasa!

Kita tengoklah nanti retak kerajaan PKR Selangor yang cuba  acah-acah saja tak mahu bubar DUN. 

Kalau berani, sama-samalah masuk gelanggang biar sama rata. 

Jangan nanti sudah kalah, salahkan padang kononnya tak rata

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive