Saturday, November 26

No Way...


Kerajaan tidak akan menarik balik Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 seperti yang didesak pembangkang.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pembangkang hanya menggunakan isu itu demi kepentingan politik mereka
Hishamuddin berkata beliau tidak bersetuju rang undang-undang tersebut dikaji semula atau dipinda.Menurutnya adalah terlalu awal bagi pembangkang membuat desakan menentang rang undang-undang itu sedangkan ia belum dibahaskan di parlimen.
Hishammuddin juga menafikan rang undang-undang tersebut bertujuan menyekat orang ramai daripada berhimpun dan memberi kuasa yang lebih kepada pihak polis.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen tengah hari Khamis.
Selasa lalu, rang undang-undang itu buat pertama kalinya dibacakan di Dewan Rakyat. Rang undang-undang tersebut dibacakan kali kedua oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak petang Khamis dan akan dibahaskan bermula Selasa depan.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan,  36 orang tahanan di bawah Ordinan Darurat akan dibebaskan dalam tempoh masa terdekat ini, kata Hishammuddin.
Beliau berkata pembebasan itu selaras dengan kesungguhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan Program Transformasi Politik (PTP) fasa kedua melalui pembatalan tiga Proklamasi Darurat.
"Polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membebaskan tidak kurang daripada 36 orang tahanan di bawah Ordinan Darurat."Ini merupakan proses yang berjalan secara berterusan... pada dasarnya ia mengambil masa selama enam bulan," katanya.
Mengenai sekumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Hishammuddin berkata pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung perkara itu

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive