Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyatakan bahawa Perhimpunan Agung UMNO 2011 ini sangat penting dalam memfokuskan usaha dan gerak kerja ke arah pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Katanya, keupayaan dalaman parti akan menjadi pengkhususan kerana sebagai anggota pergerakan sayap UMNO, Puteri juga mempunyai peranan untuk memastikan calon ‘winnable candidate’ sebagaimana yang disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Perhimpunan Agung UMNO 2011 ini merupakan Perhimpunan Agung yang terpenting kerana diadakan sebelum pilihanraya umum ke- 13. Untuk Pergerakan Puteri UMNO,tahun ini adalah ulangtahun Pergerakan Puteri yang ke 10, bermakna kali ke 10 Pergerakan ini menghadapi Perhimpunan Agung UMNO.”
Sepanjang persidangan yang bermula 29 hingga 3 November ini, Pergerakan Puteri UMNO aktif melaksanakan pelbagai program iaitu:
1. PELANCARAN MISI BANTUAN PRIHATIN BERSAMA SKUAD VOGUE
Misi Bantuan Prihatin (MBP) , yang digerakkan melalui Skuad VOGUE berperanan untuk memberi perkhidmatan bantuan kepada orang awam ketika berlakunya sesuatu bencana atau kecemasan seperti banjir, ribut dan tanah runtuh.
Fokus MBP adalah dari segi perkhidmatan kesihatan dan perubatan.Bagi membentuk skuad VOGUE yang terlatih dan efektif, MBP akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beberapa agensi seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).
2. PELANCARAN SKUAD GAGASAN 1MALAYSIA.
Skuad ini akan berfungsi sebagai agen yang akan turun padang menerangkan kepada rakyat di peringkat akar umbi tentang manfaat bajet 2012 dan produk 1Malaysia yang diwujudkan oleh kerajaan. Langkah ini diambil kerana Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menyedari rakyat di peringkat akar umbi sering saja mendapat maklumat yang tidak benar dan tidak tepat kerana dimanipulasi oleh pihak tertentu.
Skuad ini akan dilancarkan pada 30 November 2011 di Dewan Merdeka pada 10.30 pagi.
Perasmian oleh YAB Dato’ Sri Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO. (TBC)
3. PELANCARAN BUKU CPR & PERTOLONGAN CEMAS
Pelancaran Buku CPR dan Pertolongan Cemas adalah untuk memberi pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan mengetahui ilmu dan kemahiran tentang Pertolongan Cemas dan menyelamatkan nyawa. Kemahiran ini adalah bagi mengelakkan masalah yang lebih buruk dan langkah-langkah yang tepat boleh diambil ketika berlaku kecemasan. Buku ini memberi panduan langkah-langkah terbaru CPR dan pertolongan cemas secara mudah.
Buku ini akan dilancarkan pada 30 November 2011 di Dewan Merdeka pada 10.30 pagi.
Perasmian oleh YAB Dato’ Sri Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO. (TBC)
4. PELANCARAN PORTAL DAN DIREKTORI USAHAWAN PUTERI
Biro Usahawan & Pemantapan Ekonomi Puteri UMNO Malaysia akan melancarkan Portal dan Direktori Usahawan Puteri. Ini merupakan usaha dari Pergerakan ini sebagai pengenalan kepada e – entrepreneurs database usahawan Puteri UMNO 2011. Program ini juga merupakan susulan daripada Klinik Usahawan yang diadakan pada tahun lepas. Kewujudan portal dan data usahawan Puteri seluruh Negara akan dapat membuka dan mengembangkan jaringan perniagaan.
Portal ini akan dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Mohd Shafie Bin Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Naib Presiden UMNO pada 2 Disember 2011 di booth 102 dan 104, Dewan Tun Razak 3 Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.
5. PELANCARAN PRE-HEART CHARITY SHOP
Pre LOVE Charity Shop adalah satu usaha Biro Usahawan dan Pemantapan Ekonomi Puteri UMNO Malaysia (BUPEM) untuk mendapatkan barangan terpakai yang baik dan berharga daripada pemimpin atau orang ramai untuk dijual semula kepada orang ramai untuk tabung kebajikan.
6. KEMPEN DERMA DARAH (29 NOVEMBER 2011 HINGGA 3 DISEMBER 2011)
Sebuah program kerjasama dengan Pusat Darah Negara bagi membantu Pusat Darah Negara untuk sentiasa dapat mengekalkan bekalan darah diparas selamat iaitu sebanyak 2500 unit darah setiap hari. Terdapat KAUNTER bersama 15 orang jururawat Pusat Darah Negara dan Sukarelawan Biro Kesihatan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang sedia membantu untuk individu yang ingin menderma darah seperti berikut :
Tempat : Aras 5 Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
Masa : 09.00 pagi hingga 06.00 petang
Masa : 09.00 pagi hingga 06.00 petang
7. KEMPEN MENDERMA ORGAN (29 NOVEMBER 2011 HINGGA 3 DISEMBER 2011)
Kempen ini merupakan kerjasama Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dengan Pusat Sumber Transplan Nasional, Kementerian Kesihatan Malaysia. Kempen ini adalah bagi membantu seseorang itu dapat meneruskan kehidupan dan hidup dengan kualiti yang lebih baik selepas transplantasi atau pemindahan organ.
Terdapat kaunter yang akan dibuka untuk individu mendapatkan maklumat tentang pendermaan organ dan individu yang mahu mendaftar sebagai penderma organ, seperti berikut :
Tempat : Aras 5 Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
Masa : 09.00 pagi hingga 06.00 petang
Masa : 09.00 pagi hingga 06.00 petang
8. KAD HAWA (REAL REWARDS) (BOOTH – 30 NOVEMBER 2011 DI DEWAN MERDEKA)
Keahlian Kad Hawa adalah terbuka kepada semua ahli Puteri UMNO dan juga wanita dalam Parti Komponen Barisan Nasional yang berumur 18 tahun ke 40 tahun dengan bayaran RM 10.
Kelebihan Kad Hawa Privelege Program adalah :
Perlindungan Kecurian Ragut
Diskaun di Rakaniaga Privilege
Mengumpul Mata Ganjaran REAL REWARDS
9. PUTERI COWAY (BOOTH – 30 NOVEMBER 2011 DI DEWAN MERDEKA)
– 29 NOVEMBER,1-3 DISEMBER 2011 (BOOTH 103, TINGKAT 3 PWTC)
– 29 NOVEMBER,1-3 DISEMBER 2011 (BOOTH 103, TINGKAT 3 PWTC)
Coway yang bertindak sebagai pembekal semua produk keluaran Coway akan menawarkan atau melantik mana-mana ahli Puteri UMNO yang berminat untuk menjadi agen atau wakil jualan produk keluaran Coway. Coway dan Puteri UMNO bersetuju membentuk satu rangkaian pasukan pemasaran yang dikenali sebagai Team PUTERI – Coway. Coway bersetuju akan menganjurkan Seminar Kerjaya Bersama Coway bagi memantapkan strategi pemasaran dan dari masa ke semasa Coway akan menganjurkan seminar dan workshop untuk semua ahli Team PUTERI – Coway seluruh negara.
Bayaran pendaftaran sebagai Team PUTERI – Coway akan dikenakan sebanyak RM 100 dan mereka akan menerima bag berserta dengan marketing kits termasuk risalah, kad pengenalan, name tag dan lain-lain
10. BOOTH BIRO USAHAWAN DAN PEMANTAPAN EKONOMI
- NO.104 & 102, TINGKAT 3 PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA KUALA LUMPUR
(29 NOVEMBER 2011 – 3 DISEMBER 2011)
- NO.104 & 102, TINGKAT 3 PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA KUALA LUMPUR
(29 NOVEMBER 2011 – 3 DISEMBER 2011)
Jualan tudung dan busana – bersama Duta Rafida Ibrahim
(pelakon slot Akasia TV3, Kasih Alia)
Jualan produk kopi Puteri
Jualan produk kosmetik Puteri
Kerjasama perniagaan Puteri – Wetra Trading , Produk Kopi Puteri, Nutrition Blander, Healthfood, kerjasama Perniagaan dengan Stevia.CO
(pelakon slot Akasia TV3, Kasih Alia)
Jualan produk kopi Puteri
Jualan produk kosmetik Puteri
Kerjasama perniagaan Puteri – Wetra Trading , Produk Kopi Puteri, Nutrition Blander, Healthfood, kerjasama Perniagaan dengan Stevia.CO
No comments:
Post a Comment