Sunday, November 20

Zul Nordin dakwa ditawar jawatan GLC Selangor gaji RM50,000...


Tuduhan bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali dan bukunya “Memoir Perjuangan Politik” yang mengatakan Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu, Datuk Zulkifli Noordin pernah minta RM60,000 untuk mengosongkan kerusi parlimen itu bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding membuka lebih banyak pekung Ketua Pembangkang itu.

Sambil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu beliau sebaliknya mendawa Syed Husin sendiri berjumpanya mewakili Anwar dengan janji jawatan tinggi dalam mana-mana GLC Kerajaan Selangor dengan imbuhan RM50,000 hingga RM60,000 sebulan jika setuju mengosongkan kerusi tersebut.

Episod ini didakwa berlaku setelah  Anwar tamat ‘ tempoh edah’ tak boleh bertanding selepas keluar dari penjara. Anwar kemudiannya bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh ambilalih daripada isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail.
Beliau juga mendakwa Syed Husin pernah memberitahunya kalau dia (Syed Husin) mengosongkan kerusi Timbalan Presiden PKR untuk memberi laluan kepada Azmin Ali, Anwar menjanjikan kepadaya  jawatan Senator.
Zulkifli mendakwa Anwar terdesak dengan menggunakan ‘anjing-anjing pencen’ untuk menyerang beliau dan Senator Ezam Mohd Noor.

Beliau juga mendakwa bahawa Anwar juga memaksa Wan Azizah mengosongkan kerusi Permatang Pauh bagi membolehkannya bertanding. 
Menurut Zulkifli, yang merupakan bekas pimpinan kanan PKR, selama lebih 10 tahun beiau menjadi antara peguam utama Anwar, sehingga disumbat dalam tahanan ISA, beliau tidak pernah meminta atau dibayar walau satu sen pun daripada Anwar sebagai imbuhan bayaran khidmat guaman dan semuanya percuma.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive