Thursday, November 17

Video seks: Ini UMNO...itu UMNO


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hentam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana cuba putarbelitkan  fakta dan menuduh UMNO sebagai perancang sehingga beliau perlu beri keterangan polis mengenai dakwaan membuat laporan palsu kes video seks.
Katanya Anwar pastinya sedar apabila beliau buat laporan polis menafikan terlibat dalam kes video itu ...samada kenyataan itu benar atau tidak... ia menjadi persoalannya.

Katanya kalau ada rakyat yang tidak puashati dengan penafian itu mungkin mereka nak dapatkan kepastian.
Maka biasalah apabila buat laporan polis siasatan akan dibuat dan keterangan diminta daripada orang berkenaan.
“Ini bukan  soal UMNO...bila ada ( hal) berkaitan ( tuduh) UMNO saja...ini bukan satu perkara dilakukan oleh UMNO.
“Yang sebabkan hal hal itu disiasat polis bukan UMNO...juga isu berbangkit bukan kerana UMNO suruh...kita nak nafikan sekeras-kerasnya,”tegasnya ketika jawab soalan wartawan mengenai dakwaan Anwar ia rancangan UMNO untuk malukannya.
Beliau bercakap dalam sidang akhbar selepas satu majlis di Kuala Lumpur petang Rabu.
Muhyiddin juga mempersoalkan tindak tanduk pembangkang yang galak mengaitkan apa saja libatkan mereka dengan UMNO.
“Ini mesti UMNO punya kerja....nanti pihak lain, (misalnya)  Guan Eng kata ini UMNO punya kerja...Kit Siang (pun tuduh) UMNO...tak ada lain ke UMNO semua sekali ...ini sifat amat tak bertanggongjawab...nak cemarkan nama baik parti (UMNO)...nak kaitan apa saja (masalah) mereka disebabkan oleh parti,”katanya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive