Thursday, November 24

Di Chalok Kedai, Langkap Setiu-Kenapa mesti terjadi sebegini ?


Semua masalah dalaman parti perlu diselesaikan sebelum parti bersedia menghadapi pilihanraya umum ke 13.Bahkan semua 'warlord' (hulubalang) di peringkat akar umbi perlu memastikan bahawa bukan saja pedang mereka tajam tetapi juga mempunyai bala tentera di belakang.
Selain itu, untuk berdepan dengan pilihanraya umum paling getir ini, kata Menteri Pertahanan itu, unsur sabotaj seperti yang berlaku pada pilihan raya umum lepas perlu dihentikan bagi memastikan calon yang ditampilkan UMNO untuk bertanding menang.
Sambil menegaskan UMNO perlu berada dalam keadaan "cacat sifar" sebelum pilihan raya umum, beliau berkata perbuatan sabotaj boleh dihindari sekiranya setiap anggota parti bersatu padu dengan segera menyelesaikan setiap permasalahan di peringkat cawangan dan bahagian.
Menurutnya, memegang jawatan tinggi di mana-mana peringkat bukan jaminan bagi individu itu dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.
"Namun yang agak menggusarkan kepimpinan atasan adalah permasalahan daripada segi kepimpinan di peringkat bahagian yang istilah politiknya dipanggil warlord (hulubalang) yang mahu terus memberikan penekanan bahawa mereka telah mengasah pedang begitu lama... hendak tajamkan (memperkukuhkan) kuasa dan mencengkam pengaruh di kawasan masing-masing, maka akan berlakulah masalah 'intra-party'.
"Kalau tiada tentera di belakang, hanya kita sebagai jeneral (sahaja) yang ada pedang yang tajam, kita akan kalah dalam perang. Oleh sebab itu kita perlu mempunyai bala tentera yang berada di belakang dan mendapat sokongan semua," katanya.
MKP kata ini tidak sepatutnya berlaku didalam bahagian dan cawangan.Apa lagi nak komen spechlessssssssssssssssss

1 comment:

keretakebal said...

Yang buat adalah sibangsat didalam parti itu sendiri...xdpt gugat dgn Cara kasar....mereka mengsabotaj....

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive