Friday, November 18

UMNO:Strategi Rampas Kembali. .


PERHIMPUNAN Agung UMNO sering menjadi tumpuan ramai kerana ia forum bagi pemimpin parti dan perwakilan memberi pandangan dan membuat teguran mengenai keadaan semasa politik dan pentadbiran negara.
Perhimpunan tahun ini bermula dengan Amanat Presiden UMNO secara tertutup pada 29 November ini, dianggap antara yang terpenting kerana Pilihan Raya Umum Ke-13 dijangka diadakan tidak lama lagi.
Justeru, sudah tentu semua pihak, terutama pemimpin parti pembangkang ingin mendengar ucapan perasmian Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, perbahasan perwakilan dan kemudiannya, pada hari terakhir, ucapan penggulungan pemimpin parti.
Pada perhimpunan ini jugalah cadangan dan kritikan ditimbulkan secara terbuka oleh perwakilan, dan teguran mereka diterima dengan baik oleh barisan pemimpin yang duduk di pentas Majlis Tertinggi.
Setiap tahun juga ada pembahas yang mampu meriuhkan Dewan Merdeka, medan berlangsungnya perhimpunan itu, dengan senda gurauan melucukan menyebabkan hadirin tidak kering gusi.
Menyedari betapa seriusnya perhimpunan 2011 ini berikutan keputusan pilihan raya 2008 yang mengejutkan dengan parti pembangkang menguasai lima negeri, perhimpunan berkenaan dijangka menjadi forum bagi ahli UMNO merangka strategi bagi merampas semula negeri yang kalah itu.
Antara perkara utama ialah persiapan yang perlu dilakukan jentera Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri serta jentera Jawatankuasa Penerangan pada peringkat cawangan serta jawatankuasa peti undi.
“Perwakilan yang berucap membahaskan usul terutama dari negeri yang Barisan Nasional (BN) gagal menguasai kerajaan, diharap dapat membentangkan perancangan bagi membolehkan kekalahan itu ditebus semula dalam PRU-13,” kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dalam satu pertemuan, kelmarin.
Katanya, ahli Pemuda, Wanita dan Puteri mesti menimbulkan kelemahan pembangkang di negeri yang BN kalah dalam pilihan raya lalu.
“Jurucakap dari negeri berkenaan kena timbulkan apa janji pembangkang dalam kempen mereka dan apa pula yang ditunaikan. Saya syorkan agar jurucakap dari negeri terbabit menyediakan senarai janji pembangkang dan apa yang mereka tidak buat. Perwakilan dari negeri lain juga hendak mendengar hujah mereka,” katanya.
Ahmad berkata PRU-13 ini yang paling penting dalam sejarah peperangan politik di negara ini kerana ia menentukan hidup matinya UMNO dan BN.
“Mesej yang perlu dibawa balik oleh pembangkang daripada perhimpunan ini ialah BN wajib menang pilihan raya ini,” tegasnya.
Ini juga kali pertama pembangkang mempunyai momentum yang kuat selepas mendapat beberapa kemenangan pada PRU-12 lalu, menyebabkan mereka berasakan sudah boleh menawan Putrajaya.
Katanya, BN berjaya mematahkan momentum itu pada pilihan raya kecil dan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri. Antaranya pilihan raya kecil di Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi, Tenang, Kerdau dan Merlimau serta kemenangan dua pertiga di Sarawak.
Oleh itu, Ahmad berkata UMNO dan BN perlu mencari calon terbaik yang boleh menang. Calon yang menang dalam beberapa pilihan raya kecil lalu itu juga boleh dijadikan sebagai contoh ‘winnable candidate’, antaranya isteri bekas calon, ada yang hanya berkelulusan SPM saja, ada anak bekas ketua bahagian dan ada ustaz lulusan Mesir.
“Kita kena lihat kita berlawan dengan siapa. Di Tenang kita pilih Penolong Pegawai Daerah (ADO) sebagai calon. Dia seorang graduan yang juga anak bekas ketua bahagian dan aktif dalam pertubuhan belia, manakala umurnya masih muda.
“Di Galas, calon kita hanya berkelulusan SPM tetapi dia disukai ramai, pegang pula jawatan setiausaha bahagian, lama berkhidmat dengan Kesedar di Gua Musang. Maknanya kita kena lihat suasana di tempat itu dan merujuk pada isu tempatan,” jelas Ahmad.
Katanya, pembahas yang berucap pada perhimpunan boleh memberi pandangan mengenai calon boleh menang bagi membolehkan pemimpin membuat persediaan lebih baik.
Ahmad berkata, daripada pemerhatiannya, pembangkang kini tidak sekuat dulu kerana ‘kepala mereka’ sendiri pun lemah.
“Tidak pernah dalam sejarah, ketua pembangkang mempunyai masalah seteruk (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Kita juga tidak pernah melihat parti politik boleh mengubah dasar perjuangannya semata-mata kerana hendak menang, sanggup ubah daripada perjuangan negara Islam kepada negara kebajikan.
“Saya yakin jika Anwar menjadi perdana menteri, akan mati perjuangan parti, bangsa dan Melayu diperkudakan DAP. Parti cauvinis akan menguasai kerajaan.
Cauvinisme akan menjadi ideologi dan menyebabkan kita hancur,” katanya.
Selain politik, beliau berharap perwakilan yang membentang atau membahaskan usul akan memberi pandangan mengenai dasar transformasi kerajaan termasuk Gagasan 1Malaysia serta Bajet 2012.AGENDADAILY.

Komen MKP;29 November - 3 Disember ini akan berlangsung Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC.harap blogger & cybertrooper UMNO semua akan turun. Selain membuat liputan untuk perhimpunan itu, kita semua boleh buat liputan kerja bangang mereka di kelab dangdut dan rumah urut sekitar KL. JANGAN LUPA BAWA KAMERA ATAU CAMCORDER... KITA DEDAHKAN SEMUA!tak tuduh semua perwakilan UMNO tu bangang (PAS/PKR/DAP pun sama je)... cuma segelintir yang berperangai macam inilah yang akan menjahanamkan UMNO nanti. Kebanyakan perwakilan adalah mereka yang terpilih untuk menjadi pemimpin... lu tak boleh nak pimpin nafsu, lu tak payah perasan nak jadi pemimpin! Chowww! 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive