Tuesday, November 15

LGE Buat Keja Gial Lagi!!!!!!!!



Tidak keterlaluan dikatakan bahawa Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia ini yg masih mengamalkan sistem pendidikan pelbagai aliran. Negara seperti Thailand dan Indonesia yg juga memiliki penduduk berketurunan pendatang telah lama menghapuskan sekolah berasaskan perkauman demi mewujudkan perpaduan nasional.

Singapura sbg sebuah negara berpenduduk majoriti Cina juga tidak mempunyai sekolah aliran Cina. Tetapi Malaysia masih mewarisi dasar penjajah British yg menubuhkan sekolah vernakular semata-mata tidak inginkan kaum-kaum di Tanah Melayu ketika itu bergaul mesra.

Kesilapan kita di sini ialah tidak terus memansuhkan sekolah vernakular ini semasa negara ini mendapat kemerdekaan sedangkan kita berpeluang melakukannya. Ini semua berpunca drpd kelembutan dan sikap penuh toleransi pemimpin Melayu yang terlalu memberi muka kepada kaum-kaum pendatang menubuhkan sekolah mengikut kaum.

Mungkin benar kata sesetengah org bahawa inilah akibatnya apabila negara kita mendapat kemerdekaan melalui diplomasi/perjanjian di atas kertas. Kita tidak mempunyai kuasa mutlak utk membentuk jati diri negara sendiri, malahan perlu pula mengambil kira hak-hak kaum lain yg bukan penduduk asal negara ini.

Sekarang, kita telah menerima kesan akibat kesilapan kita sendiri. Sekolah vernakular Cina dan Tamil telah melahirkan individu yg lebih memiliki kecintaan kepada kaum sendiri melebihi kasih kepada negara. Kerana sekolah aliran perkauman ini jugalah yg menyebabkan lahirnya warganegara yg tidak mampu menguasai bahasa kebangsaan dengan baik & menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimana ingin mewujudkan perpaduan antara kaum sedangkan sejak di bangku sekolah lagi mereka telah dipisah-pisahkan? Sekolah kebangsaan perlu diperkasakan. Gunakan saja sistem sekolah satu aliran. Malaysia dengan sistem pendidikan satu aliran pasti akan melahirkan kehidupan masyarakat yg harmoni & boleh menerima perbezaan yg wujud antara pelbagai kaum.

Melentur buluh biar dari rebungnya. Perpaduan di kalangan rakyat perlu dipupuk sejak dari kecil. Biarkan rakyat pelbagai kaum belajar & bercampur-gaul di dalam satu sekolah. Kita masih belum terlambat. Fikirkanlah, sampai bila kita hendak menghadapi sebilangan rakyat yg tidak tahu menghormati hak-hak kaum lain & tidak boleh berbahasa kebangsaan dengan baik?


Guan Eng cuba mencetuskan rasa benci masyarakat cina dan india terhadap UMNO dengan membangkitkan isu ini.Pemuda UMNO sekarang nampaknya kembali kepada perjuangan asal dalam masa terdekat ini.Pendesak kepada DAP.Takut dengan apa yg berlaku LGE kembali membangkitkan isu yang menhentam peribadi.APA APEK AMBIL TINDAKANLAH IKUT UNDANG-UNDANG TAK PAYAH DOK MEREPU MCM NIE.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive