Saturday, November 12

Politik Malaysia.



ORANG politik cakap tak serupa bikin. Semuanya kerana harta, berebut pangkat, penting diri sendiri dan ketamakan. Itulah yang berlaku dalam pakatan pembangkang sekarang.

Baik dalam Pas di Kelantan atas sifat nepotisme dan kronisme, begitu juga di Selangor dan di Pulau Pinang. Jangan cakaplah sama ada orang politik itu kononnya alim dan berserban atau tidak alim, semuanya sama saja.

Lim Guan Eng yang kononnya mahu mewujudkan kerajaan yang bersih pun sama. Setelah berada di puncak kuasa, beliau sudah lupa janji-janjinya dalam pilihan raya lalu. Itu pasallah Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim mengamuk dengan menuduh Guan Eng sebagai “diktator, cauvinis dan berotak-komunis”. Tuduhan itu cukup serius. Setakat ini tiada desas-desus Guan Eng akan saman Zahrain.

Betul tak betul, hakikatnya itu semua adalah kerana harta dan ketamakan. Jika dulu mereka menuduh orang UMNO bersifat begitu, kini mereka lagi lebih. Orang putih kata “the pot calling the kettle black”, orang Melayu kata “cakap tak serupa bikin’'. Baru tiga tahun rakyat memberi undi dan memberi peluang perintah kepada mereka - suasananya sudah haru-biru.

Jika dulu mereka tuduh orang UMNO atau BN korup, tapi sebusuk-busuk UMNO dan BN, Malaysia telah disentosakan dan rakyat telah dimakmurkan. Tapi, bagi pakatan pembangkang ini apa yang kita nampak? Habuk pun tarak. Apa yang ada di hadapan kita sekarang sama ada di Selangor, Pulau Pinang, Kedah – malah Kelantan sekali ialah peninggalan kerajaan Barisan dulu yang ditolak rakyat.

Rakyat telah menikmati pelbagai faedah daripada kerajaan yang mereka tolak itu. Sekurang-kurangnya orang Melayu boleh bekerja di kilang-kilang yang tumbuh bagai cendawan dulu. Tak pasti berapa banyak kilang sudah wujud dan berapa banyak pekerjaan sudah dibuka semasa pemerintahan Guan Eng ini. Di Pulau Pinang, jika kita pergi sekarang ke kompleks-kompleks membeli-belahnya tiada budaya Malaysia langsung! Itu adalah realiti. Sepatutnya ia menggambarkan budaya 1Malaysia, sekurang-kurangnyalah.

Tapi politik Malaysia ini penuh dengan warna-warninya.


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive