Friday, November 25

#BN Membantu Rakyat Kelantan Dilanda Musibah



Laporan terkini menyatakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyenaraikan sebanyak 5,156 pusat pemindahan, dan berupaya menampung 1.4 juta mangsa banjir seluruh negara. Bukan sedikit… jumlah mangsa banjir kini mencapai angka berjuta!


Stok makanan dan minuman untuk bekalan penghuni pusat pemindahan juga terus meningkat. Keperluan bencana seperti pakaian, selimut, perubatan, doktor-doktor, klinik kesihatan, pengawal, bot penyelamat, pasukan Rela, polis dan tentera, semuanya menelan kos yang bukan sedikit. Saya temui maklumat mengatakan, seramai 28,000 petugas banjir dari pelbagai agensi berkaitan turut terbabit. 12,500 sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga turut bersiap sedia dengan jentera pengangkut, air, darat dan udara.


Suatu kejadian berlaku secara kebetulan, tetapi meninggalkan kesan amat kelakar dan memberi pengajaran kepada semua pihak yang terlibat mengendali mangsa banjir. Kejadian berlaku apabila seorang imam muda, terpeluk wanita lain yang bukan isterinya. Dia terpeluk wanita itu dari arah belakang. Wanita itu menjerit-jerit, menggemparkan pusat pemindahan.Siapakah ustaz itu sama-sama kita meneka???


Dakwa imam muda itu, pada mulanya dia yakin itu isterinya berdasarkan susuk tubuh wanita itu. Lagipun pakaian yang dipakai di pusat penempatan banjir itu sama sahaja dengan orang lain, iaitu baju pemberian dari longgokan pakaian terpakai. Ada besar, ada sendat. Dia tidak ingat baju-baju isterinya, katanya. Akibat kejadian itu, imam muda berkenaan telah dipukul dan diterajang oleh suami lelaki berkenaan. Teruk juga dia dibelasah. Keadaan mula menjadi tidak menentu dan tidak selesa untuk dua tiga hari seterusnya. Imam muda dan isterinya yang sebenar, menjadi amat malu.


Semoga kisah imam muda terpeluk isteri orang di pusat pemindahan banjir tidak akan kita dengar lagi. Pihak yang mengendalikan pusat pemindahan banjir mungkin sudah sedia memikirkan kaedah terbaik mengatasi hal ini. Janganlah nanti akan wujud keadaan bilamana ada banjir di kaki… ada banjir juga di hati.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive