Wednesday, November 30

Umno Tidak Pernah Menyerah Kalah Perjuangkan Hak Orang Melayu



Orang Melayu tidak perlu resah kerana Umno telah bangkit daripada rempuhan Tsunami 2008. Umno tidak pernah menyerah kalah kepada tujahan kuasa politik pembangkang yang ingin merobek segenap sudut perjuangan Umno dalam membela orang Melayu.Mutakhir ini semakin meresahkan orang Melayu, mereka tertanya-tanya apakah apakah nasib masa depan umat Melayu di tanah air sendiri?


Semua persoalan itu Umno ada jawapannya. Umno memikul amanah besar untuk terus membela agama, bangsa dan negara yang menjadi asas dan matlamat perjuangan mereka.ketika umat Melayu resah memikirkan apakah ada pembelaan terhadap mereka dalam sektor ekonomi, kerajaan Barisan Nasional yang diterajui Umno tanpa rasa apologetik telah menubuhkan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB) yang dipengerusikan sendiri Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Program Transformasi Ekonomi Bumiputera dengan memberi tumpuan kepada tiga fokus strategik iaitu, pengukuhan pendidikan serta pembinaan keupayaan Bumiputera; pembaharuan instrumen dasar dan rasionalisasi sistem penyampaian; dan penumpuan kepada pemerolehan, penciptaan dan pembangunan perniagaan berskala besar.Ketika orang Melayu resah memikirkan sama ada pendidikan anak-anak mereka akan terus terbela, pemimpin Umno tegas mempertahankan hak pelajar Melayu dan Bumiputera serta menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dengan dana sebanyak RM500 juta.


Umno juga akan terus mempertahankan institusi-institusi agama dari terus dipersenda dan diperlecehkan. Kedudukan Raja sebagai Ketua Agama akan dijunjung, kewibawaan institusi mahkamah syariah, agensi penguatkuasa agama dan undang-undang Islam akan terus dibela, manakala pendidikan Islam akan diperkasakan lagi.Fokus kepada pendidikan Islam adalah selari dengan pendekatan wasatiyyah Umno, iaitu sederhana dan berimbang, dalam melakukan lonjakan terhadap Islam dan hubungannya dengan pembangunan dan ketamadunan.


Al Quran memberikan asas tentang ummatan wasata sebagai strategi terbaik membangunkan Islam, bukannya pendekatan ekstrem yang hanya terpancar dengan retorik dan kenyataan-kenyataan yang umum sifatnya dan tidak memberi kesan kepada pembangunan institusi dan sistem.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive