Sunday, November 13

LGE Belakang Kira.Tuduh BN Kelentong Rakyat.


Lge takut pilihanraya bakal diadakan tahun ini kerana banyak isu tidak dijawab oleh be;liau.Tuduh pulak Kerajaan BN tiada wang untuk diberikan kepada rakyat sebanyak RM500.Apa nie lidah bewak cakap tak serupa bikin la lu apek,Kerajaan BN kota apa yang dijanjikan kepada rakyat bukan seperti lu.Isu nenen tak jawab ada sama lu bagi tiu 200k sama family kena raba ma?

Tuduhan yang tidak berasas ini dibuat oleh ketua menteri yang mengaku bijak padahal bodoh nak mampus.Nie balakang kira belajaq dekat Pak Sheik kot.Kenyataan berikut dikeluarkan oleh LGE kerana takutkan apa yang telah dijanjikan oleh PM sebelum ini.UMNO tidak akan menuntut kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali tampuk pemerintahan negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, menghilangkan segala kegusaran dan kebimbangan masyarakat Cina negeri ini.
Ketika ini kaum Cina Pulau Pinang dimomokkan oleh pakatan pembangkang kononnya UMNO akan merampas jawatan nombor satu dalam pentadbiran negeri itu yang selama ini disandang pemimpin kaum Cina, sama ada daripada MCA mahupun GERAKAN. 
Momokan pakatan pembangkang itu yang semakin lantang sejak kebelakangan ini hanyalah semata-mata mahu pengundi Cina yang beralih angin kepada mereka pada 2008 terus kekal memberi undi pada pilihan raya akan datang. DAP sedar majoriti pengundi Cina masih boleh kekal bersama pakatan pembangkang jika mereka berjaya mengeksploitasi sepenuhnya isu berkenaan. 

Tambahan lagi, dalam keadaan pada hari ini GERAKAN dan MCA tidak memiliki sebarang kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, berbanding UMNO mempunyai 11 wakil, momokan itu lebih mudah termakan oleh pengundi Cina kerana bilangan kerusi DUN yang mungkin dimenangi BN sekiranya berjaya merampas semula negeri ini, majoritinya adalah milik UMNO. 

Atas sebab itulah DAP begitu galak menabur dakyah kononnya kerusi Ketua Menteri akan berada dalam genggaman UMNO jika BN menang di Pulau Pinang. Temberang DAP itu semata-mata untuk kelangsungan politik mereka di negeri ini.
Sesungguhnya, jaminan Presiden UMNO dan juga Pengerusi BN ketika merasmikan persidangan Perwakilan GERAKAN, kelmarin, amat besar signifikannya kepada masyarakat Cina khususnya penduduk Pulau Pinang. Ia pengiktirafan oleh BN, khususnya UMNO terhadap sumbangan masyarakat Cina terhadap sokongan serta kerjasama dalam pasukan sejak negara mencapai kemerdekaan. 

Masyarakat Cina juga memberi sokongan kepada BN hingga berjaya membentuk kerajaan di negeri lain. Jadi amat wajar kerusi itu diberikan kepada pemimpin Cina Pulau Pinang memandangkan majoriti penduduk Pulau Mutiara kaum Cina.
Ia juga melambangkan semangat perkongsian kuasa dalam BN yang diamalkan selama ini. Jika UMNO mahu memiliki kerusi berkenaan, tindakan sudah dilakukan selepas PRU 1990. Ketika itu, UMNO mempunyai 12 kerusi berbanding GERAKAN yang memperoleh tujuh kerusi, manakala DAP menang 14 kerusi. MCA dan MIC pula gagal menang sebarang kerusi. Jumlah kerusi DUN ketika itu ialah 33. 

Tambahan lagi, pada pilihan raya itu, Tun Dr Lim Chong Eu, yang sudah 21 tahun memerintah Pulau Pinang, juga kalah kepada calon DAP, Lim Kit Siang di DUN Padang Kota. 
Tetapi, UMNO tidak tamak dan gilakan kuasa. Atas semangat perkongsian kuasa, kerusi Ketua Menteri diberikan kepada GERAKAN dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dilantik menyandang jawatan itu hingga BN gagal mempertahankan negeri pada PRU 2008.
Kita melihat jaminan Najib itu memberi satu tamparan hebat kepada pakatan pembangkang khususnya DAP pada pilihan raya umum akan datang. DAP sedar jika mereka gagal memperdaya pengundi Cina dengan membuat tohmahan kononnya pemimpin UMNO akan menjadi Ketua Menteri, sokongan pengundi Cina ke atas pakatan pembangkang akan merosot, sekali gus boleh menjejaskan peluang parti itu untuk terus kekal memerintah.
Sebab itulah Najib tidak bersetuju dengan andaian sesetengah pihak bahawa BN tidak mempunyai peluang untuk kembali berkuasa di Pulau Pinang. Bagi Perdana Menteri, harapan untuk BN kembali mentadbir negeri ini masih terbuka dan jaminan UMNO tidak akan tuntut kerusi Ketua Menteri akan menjadi senjata berbisa untuk menundukkan Kerajaan DAP Pulau Pinang.
Apa yang penting sekarang ialah pemimpin GERAKAN dan MCA perlu menghapuskan segala kebimbangan dalam diri sendiri serta pengundi Cina di negeri ini. Jentera parti perlu menjelaskan pendirian UMNO itu kepada masyarakat Cina bagi menghilangkan kesangsian mereka.

Mesej itu perlu disampaikan berhemat kerana ia bukan sekadar untuk menafikan dakwaan DAP kononnya kerusi Ketua Menteri akan dirampas oleh UMNO, tetapi ia sememangnya sudah ada persefahaman dalam semangat perkongsian kuasa BN bahawa kerusi nombor satu pentadbiran negeri ini akan disandang oleh pemimpin kaum Cina.
Pada masa sama, mereka juga perlu fokus terhadap perjuangan parti dengan merangka perancangan serta barisan kepemimpinan untuk rakyat Pulau Pinang, seperti yang dikehendaki Perdana Menteri. GERAKAN selaku pemain utama dalam BN Pulau Pinang perlu menonjolkan kebolehan untuk kembali memimpin serta tidak terperangkap dalam permainan politik pakatan pembangkang, khususnya DAP yang menggunakan strategi mencari salah kerajaan terdahulu untuk menyemai kebencian rakyat terhadap BN.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive