Tuesday, November 15

Kalau PunahSihat RM 1.Inilah Jadinya.



YB Abdul Shukor Idrus mendesak Kerajaan negeri menjelaskan dakwaan wujudnya amalan salah tadbir urus membabitkan sebuah anak syarikat di bawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).Desakan itu dibuat kerana mendakwa syarikat terbabit, Selangor Palm Oil Industries Corporation Sdn Bhd. (SOPIC) yang didapati telah membelanjakan kira-kira 50 peratus daripada RM20 juta wang tunai milik anak syarikat itu pada tahun 2010.


Perbelanjaan yang membabitkan pelantikan kontraktor bernilai jutaan ringgit untuk projek pembinaan kandang lembu tenusu Milking Parlour dan Pejabat Ladang PKPS Jelutong Jati, Sabak Bernam menimbulkan pelbagai persoalan kerana SOPIC sendiri telah dihentikan operasinya oleh PKPS pada tahun 2009.Amalan itu katanya didakwa dikesan menerusi satu prosedur kewangan yang tidak munasabah apabila SOPIC menerusi dua ahli lembaga pengarahnya, pada 19 julai 2010 meluluskan pelantikan kontraktor iaitu syatikat LLK Construction Sdn Bhd. (LLK Construction) untuk melaksanakan projek tersebut yang berjumlah RM1.38 juta.Bagaimana sebuah anak syarikat  yang telah dihentikan operasinya pada tahun 2009 boleh menjalankan operasi perniagaan. Malah, dia ahli lembaga pengarah SOPIC terbabit  difahamkan tidak mendapat persetujuan daripada ahli lembaga pengarah PKPS selaku syarikat induk.


Malah, Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) yang juga Pengerusi PKPS sendiri tidak kah mengetahui perkara ini. Apa penjelasan Menteri Besar mengenai perkara ini. Difahamkan salah seorang ahli lembaga pengarah SOPIC yang juga Pengurus Besar PKPS itu merupakan proksi Menteri Besar dan pernah bertugas di Kumpulan Guthrie sebelum ini



selain projek tersebut, amalan sedemikian turut melibatkan kelulusan pelantikan kontraktor yang sama untuk projek ternakan ayam daging di Ladang PKPS Jelutong Jati, Sabak Bernam berjumlah  RM975,130 pada 18 Mei 2011.Jelasnya, pemberian kontrak itu turut melibatkan pembelian mesin projek ternakan ayam sejumlah RM3.5 juta oleh syarikat Jensen Poultry Equipment atas cadangan LLK Construction sendiri.
berdasarkan maklumat yang diterima, wujud campurtangan dalam pengurusan perlombingan pasir di negeri ini oleh ahli lembaga pengarah KSSB yang terdiri daripada Exco serta ADUN daripada  kerajaan negeri.Perkara itu disahkan sendiri oleh seorang bekas Eksekutif Pemasaran KSSB, T . Sivanesan yang menyatakan wujud elemen campurtangan tersebut dari segi pemberian kontrak perlombongan pasir, penjualan pasir kepada syarikat yang sama yang didakwanya dimiliki oleh individu yang berpentingan politik serta mempunyai hubungkait dengan Menteri Besar dan juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.




No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive