Dalam politik di zaman blog, Facebook dan twitter ini, jika seseorang pemimpin difitnah dan beliau diam, orang akan kata betul, maka sebab itulah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada Isnin membuat laporan polis berhubung fitnah kononnya beliau ditangkap khalwat.
Laporan itu dibuat oleh Setiausaha Politik beliau, Wan Ahmad Nizam Wan Hakim di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira 3.35 petang.
"Saya diarah untuk membuat laporan polis berhubung fitnah itu, dan bersama ini saya serahkan bahan cetak fitnah tersebut (kepada polis) bagi membantu siasatan," kata Wan Ahmad Nizam selepas membuat laporan polis itu.
Katanya pihaknya meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas individu yang melakukan perbuatan memfitnah itu.

Sebelum ini, Ahmad berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa penulis blog yang dikatakan memfitnah beliau kononnya ditangkap khalwat.
MKP kata kita tunggu hasil siasatan Polis dan tengok sapa yang kena?
No comments:
Post a Comment