Showing posts with label tanda putera. Show all posts
Showing posts with label tanda putera. Show all posts

Friday, August 30

@shaberyc PULAK JADI HERO #TANDAPUTERA






Antara pemimpin yang lantang bersuara demi memastikan Filem Tanda Putera bakal tayangkan di Pulau Pinang esok. MKP ucapkan tahniah pada Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kerana tegas didalam isu ini.


Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) telah diminta memastikan filem itu ditayangkan di panggung wayang di negeri itu seperti dirancang.

Mengulas tindakan kerajaan Pulau Pinang menukar surat "arahan" kepada "nasihat" kepada panggung wayang supaya tidak menayangkannya, Shabery berkata, ia mungkin berlaku disebabkan tuntutan dan kemarahan orang ramai. 

Katanya, pihak yang mendapati filem itu mempunyai babak fitnah dan mengganggu keharmonian kaum boleh membuat laporan kepada polis dan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

MKP Ayat Sempoi : MKP bertemu dengan Ahmad Shabery Cheek kali terakhir di lapangan terbang Kota Bahru semasa Kempen PRK Kuala Besut.... Bila agaknya bakal bertemu lagi dengan pemimpin yang mesra rakyat macam beliau.....?


Thursday, August 29

SURAT ARAHAN HARAMKAN TAYANG #TANDAPUTERA ADALAH PALSU........ @CmLimGuanEng


Mungkin desakkan padanya terlalu kuat memaksa Guan Eng tarik Hand-Break. Arahan terkini dari Guan Eng ianya adalah nasihat bukan nak mengharamkan tayangan TANDA PUTERA di pawagam yang ada di Pulau Pinang. 

Dalam tempoh 24 jam, kerajaan Pulau Pinang telah meminda surat kepada pengendali panggung wayang, kini "menasihatkan" dan bukan "mengarahkan" Tanda Putera tidak ditayangkan.

Ehhhh Guan Eng kelmarin hang sembang macam lain macamlah Tanda Putera dah menghasut orang melayu membenci DAP sesangat akan tetapi berlebih pada untuk menutup kemaluan bapaknya LIM KIT SIANG... 

Jika seperti didakwa Lim Kit Siang tidak bersalah kenapa perlu takut dan risau.

Sinopsis TANDA PUTERA adalah lebih kepada persahabatan akrab dua pemimpin lagenda Malaysia, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail.

Hanya yang menjadi kontroversi adalah tragedi rusuhan 13 May 1969 yang dijadikan latar belakang kepada filem tersebut. 

Pengarahnya Datuk Shuhaimi Baba telah menyatakan bahawa filem yang dihasilkan oleh beliau bukanlah berniat atau berunsur politik. Ia hanyalah sebuah filem yang digarap dari sejarah Malaysia berdasarkan fakta sebenar.

Adakah Guan Eng takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Penjelasan mudah yang boleh diterima akal adalah jika sesuatu isu itu tidak kena mengena atau benar kenapa hendak ditakutkan. 

MKP pecaya Sejarah tidak pernah menipu cuma DAP sahaja memutar-belitkan fakta supaya nampak mereka ini tidak bersalah...." Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah".

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah untuk mengeluarkan nasihat ini kerana filem ini telah melampaui batas dengan menggunakan wang awam untuk menyebarkan fitnah dan menggalakkan kebencian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. “Tanda Putera” telah diterbit dengan kos RM4.8 juta yang dibiayai oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC). 
Pembiayaan oleh Kerajaan Persekutuan ini boleh dilihat sebagai suatu pengesahan rasmi filem tersebut, termasuk babak-babak di mana pengarah sendiri telah mengakui adalah tidak benar dan sebenarnya dibuat dengan menggunakan “lesen kreatif”. Lesen kreatif ini tidak membolehkan penyebaran fitnah yang boleh mengancam keharmonian dan mencetuskan konflik. Ini menimbulkan soalan sama ada dengan mempromosikan kebencian kaum terhadap minoriti, menyalahkan minoriti sebagai punca segala masalah serta mempergunakan minoriti itu sebahagian daripada kewajaran dan alasan untuk penyalahgunaan kuasa dan rasuah. 
Kerajaan Negeri Pulau Pinang bimbang bahawa pemomokan minoriti dalam filem ini akan membawa kepada pencabulan hak mereka dan juga mana-mana rakyat Malaysia yang menyokong hak asasi manusia untuk semua. Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya mampu memberi nasihat ini sebagai kompas moral dan tanda bantahan terhadap filem yang menggalakkan provokasi sentimen perkauman dan kebencian kaum.
Selepas gagal dan kantoi menghalang Filem Tanda Putera Guan Eng buat fitnah lagi dengan mengatakan ianya duit rakyat yang digunakan untuk filem Tanda Putera... Bagi Guan Eng apa saja dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan adalah salah dimatanya...

ARTIKEL SEBELUM INI SERTA SURAT DARI MPPP KLIK


BUKAN @cmlimGuanEng KELUARKAN ARAHAN TAPI MELAYU JUGAK #TANDAPUTERA


MKP agak terkilan apabila yang mengeluarkan arahan dari Majlis Pembandaran Pulau Pinang adalah Melayu itu sendiri. Mungkin kerana tekanan dari pihak atasan serta Kerajaan memerintah dari DAP beliau terpaksa berbuat sedemikian. Namun begitu Rakyat Pulau Pinang masih lagi boleh menonton filem ini dinegeri Kedah atau pun Perak..

Kenapa hanya di Pulau Pinang diharamkan tapi tidak di Selangor dan Kelantan. Kedua-dua negeri berkenaan jugak ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Nampaknya yang terdesak dengan Filem ini hanyalah DAP akan tetapi tidak pada PAS dan PKR. 

Namun pada hari ini seorang EXCO Pemuda UMNO telah bersuara dengan lantang menyeru supaya Orang Melayu menonton Filem Tanda Putera ini..

KENYATAAN MEDIA LOKMAN NOOR BIN ADAM EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA  
Mulai hari ini filem yang telah lama kita nantikan tayangannya, "Tanda Putera" akan ditayangkan disemua pawagam negara ini.  
Teman-teman di Pulau Pinang terpaksa menunggu proses tindakan yang sedang KKMM kaji terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang yang telah mengharamkannya. 
Secara peribadi saya telah menonton filem ini sebanyak dua kali dan terus terang saya akui inilah filem yang paling menyentuh emosi saya.  
Hampir separuh dari masa tayangan filem ini saya mengalirkan air mata.  
Selain daripada mengisahkan payah jerih pimpinan negara mengembalikan kestabilan keamanan negara selepas berlakunya peristiwa 13 May, ianya turut memaparkan pengorbanan Allahyarham Tun Abdul Razak dan Tun Dr ismail yang merahsiakan penyakit yang mereka hidapi demi memastikan kestabilan politik ketika itu. 
Filem Tanda Putra boleh saya kategorikan sebagai filem yang "WAJIB" ditonton oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan bumi bertuah ini.  
Saya menyeru semua teman-teman agar dapat mengembling seberapa ramai anak muda yang boleh bagi menyaksikan filem ini. 
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Wednesday, August 28

VIDEO : KEPALA BAPAK HANG.......... @cmlimguaneng...


Kerana sikap dendam yang amat mendalam pada Tanda Putera, Aksi Kencing yang memalukan tidak dibenarkan ditayangkan di Pulau Pinang.

Pekerja panggung wayang telah menurunkan streammer filem Tanda Putera yg telah diharamkan tayangannya oleh Lim Guan Eng.

Lihatlah baru memerintah negeri dah pijak Melayu, apa akan jadi jika perintah Malaysia. Dulu kita berperang dengan komunis di hutan, tapi kini komunis dah berkuasa...apa yang mampu kita buat?

Masihkah Melayu nak berdiam diri dan tidak bertindak apa2? Apakah Melayu sudah benar2 MERDEKA di Tanah Melayu ini?

Apa dah jadi dengan Guan Eng nie.. Kata nak kebebasan didalam semua segi tapi mula dah menunjukkan sikap diktatornya. Guan Eng takut kerana filem tanda putera menyingkap sejarah serta rahsia DAP bakal terbongkar. DAP mungkin pencetus 13 May...



Thursday, August 16

Tanda Putera Kenapa Lim Kit Siang Gabra?


Tanda Putera akan mula ditayangkan di seluruh pawagam pada 15 November 2012 akan datang. Menurut pengarah filem ini, Datin Paduka Shuhaimi Baba, pertukaran tarikh tayangan sama sekali tidak menjadi isu kepada pihaknya dan bersetuju dengan tarikh tersebut.

“Tarikh ini dikira paling sesuai kerana bersempena dengan permulaan cuti sekolah hujung tahun dan memberi lebih ruang dan masa bagi FINAS dan kami merancang promosi filem ini.”

Sebelum ini filem Tanda Putera dihentam hebat oleh sesetengah pihak dan timbulnya dakwaan yang menyatakan watak seorang pemimpin DAP telah digambarkan dalam filem ini. Akan tetapi Shuhaimi Baba telah menegaskan bahawa itu sama sekali tidak benar dan kesemua jalan cerita dipetik daripada kisah sejarah Malaysia yang lampau. Oleh itu, ia langsung tiada kene mengena dengan propaganda politik sekarang.

“Dia tidak ada dalam filem ini. Kami telah beberapa kali menegaskan dan ingin mengulang bahawa tidak ada watak pemimpin DAP itu dalam Filem Tanda Putera,” jelas Shuhaimi Baba sewaktu sidang media filem ini berlangsung semalam.

“Terlalu banyak tuduhan palsu dan dakwaan yang membingungkan serta tidak berasas. Serangan berterusan ini memberi tekanan berat kepada tenaga penerbitan serta artis filem Tanda Putera.”

Filem Tanda Putera turut menyelitkan adegan berkaitan peristiwa sekitar 13 Mei, akan tetapi ia hanya ditayangkan dalam waktu yang singkat dan ia hanya merupakan latar kepada cerita utama.

“Adegan berkaitan peristiwa sekitar 13 Mei memakan masa hanya selama 10 minit daripada filem berdurasi 115 minit ini. Adegan tersebut hanya merupakan latar kepada cerita utama bagi menjelaskan mengapa Tun Dr.Ismail yang telah bersara terpaksa kembali menyertai Kabinet. Cerita utamanya ialah tentang Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail, persahabatan dan perjuangan mereka memulihkan negara daripada trauma 13 Mei dan kematian mereka yang tidak diduga.”

Selain itu, pihak produksi filem Tanda Putera berharap agar sebarang spekulasi negatif yang dilemparkan sebelum ini segera diberhentikan dan kata-kata terakhir pengarah filem ini adalah, “Saksikan filem ini dan buatlah kesimpulan sendiri.”

Friday, July 20

KIT SIANG KENCING DITIANG BENDERA?


Apa dah jadi belum lagi pelancaran filem "Tanda Putera" DAP serta pencacai lidah rasmi Meloyakini dah meroyan.Apa tidaknya dengan Fakta sejarah yang sebenar dan itu memang benar terjadi bahawa  pemimpin popular DAP Lim Kit Siang yang memang kencing di tiang bendera Selangor di rumah menteri besar ketika itu Datuk Harun Idris.Tapi didalam filem itu tiada babak berkenaan.Kenapa harus takut dengan fakta sejarah?Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan harus pergi ke panggung wayang untuk melihat filem hebat ini.?

SUMBER

Thursday, July 19

YOU GO TO HELL?


Mengangkat persahabatan dan perjuangan dua negarawan iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, kata Suhaimi Baba atau lebih mesra dengan panggilan Shumi, Tanda Putera juga menyingkap rahsia yang tidak diketahui oleh ahli keluarga dan negara mengenai kedua-dua tokoh tersebut.

"Filem ini mengisahkan tentang persahabatan antara Tun Razak dan Tun Ismail sejak tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Ia menceritakan keadaan selepas rusuhan yang mana Tun Ismail masuk semula ke dalam kabinet.

Sebelum ini, beliau telah meletak jawatan kerana tak sihat. 'Tapi disebabkan keadaan negara pada masa itu yang sedang bergelora jadi beliau kembali dan membantu Tun Razak.

Menariknya mengenai filem ini ialah kita berjaya membongkar rahsia penting yang disimpan oleh mereka berdua yang mana keluarga dan rakan-rakan turut tidak mengetahuinya.

Kita bongkar mengenainya," katanya yang turut membuat rujukan menerusi keluarga, rakan terdekat dan pekerja yang pernah berkhidmat dengan dua tokoh itu.SUMBER


MKP Ayat Sempoi : Filem mesti tengok kalau sayangkan Malaysia.

 

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive