Thursday, August 29

BUKAN @cmlimGuanEng KELUARKAN ARAHAN TAPI MELAYU JUGAK #TANDAPUTERA


MKP agak terkilan apabila yang mengeluarkan arahan dari Majlis Pembandaran Pulau Pinang adalah Melayu itu sendiri. Mungkin kerana tekanan dari pihak atasan serta Kerajaan memerintah dari DAP beliau terpaksa berbuat sedemikian. Namun begitu Rakyat Pulau Pinang masih lagi boleh menonton filem ini dinegeri Kedah atau pun Perak..

Kenapa hanya di Pulau Pinang diharamkan tapi tidak di Selangor dan Kelantan. Kedua-dua negeri berkenaan jugak ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Nampaknya yang terdesak dengan Filem ini hanyalah DAP akan tetapi tidak pada PAS dan PKR. 

Namun pada hari ini seorang EXCO Pemuda UMNO telah bersuara dengan lantang menyeru supaya Orang Melayu menonton Filem Tanda Putera ini..

KENYATAAN MEDIA LOKMAN NOOR BIN ADAM EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA  
Mulai hari ini filem yang telah lama kita nantikan tayangannya, "Tanda Putera" akan ditayangkan disemua pawagam negara ini.  
Teman-teman di Pulau Pinang terpaksa menunggu proses tindakan yang sedang KKMM kaji terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang yang telah mengharamkannya. 
Secara peribadi saya telah menonton filem ini sebanyak dua kali dan terus terang saya akui inilah filem yang paling menyentuh emosi saya.  
Hampir separuh dari masa tayangan filem ini saya mengalirkan air mata.  
Selain daripada mengisahkan payah jerih pimpinan negara mengembalikan kestabilan keamanan negara selepas berlakunya peristiwa 13 May, ianya turut memaparkan pengorbanan Allahyarham Tun Abdul Razak dan Tun Dr ismail yang merahsiakan penyakit yang mereka hidapi demi memastikan kestabilan politik ketika itu. 
Filem Tanda Putra boleh saya kategorikan sebagai filem yang "WAJIB" ditonton oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan bumi bertuah ini.  
Saya menyeru semua teman-teman agar dapat mengembling seberapa ramai anak muda yang boleh bagi menyaksikan filem ini. 
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive