Sudahlah masuk dengan muka samseng, kemudian mengacukan pisau kepada penjaga kaunter sebelum disedari para pelanggan lain. Hasilnya dia dipukul beramai-ramai oleh pelanggan cafe internet itu.
Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 2.05 minit petang ketika para pelanggn di cafe itu sibuk melayari internet.
Video rakaman kamera litar tertutup CCTV kedai itu diambil daripada laman Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign. Menurut penjaga kaunter cafe Kimie Ashrah, suspek datang ke belakang kaunter dan kemudian mengeluarkan pisau dan mengacukan padanya.
Kalau kita lihat gayanya mengacukan pisau, pastinya kata-kata yang digunakan garang dan seperti berani sangat. Cubaan samunnya itu disedari para pelanggan yang kemudian bertindak cuba menangkapnya.
Suspek yang bertopi merah jambu ketakutan cuba melarikan diri tetapi gagal membuka pintu keluar kerana sistem keselamatan sedang berfungsi berjaya ditangkap dan dipukul oleh para pelanggan yang marah dengan tindakannya.
Menurut Kimie, beberapa minit kemudian pihak polis dihubungi dan suspek yang juga penyamun ‘taik kucing’ itu pun berjaya ditahan.
Saya rasa ini hari pertama dia baru nak jadi penyamun rasanya.
2 comments:
nampak sangat noob nya..agak2la nak merompak pn..hati kena kering..malaysia makin hari makin menjadi2 kes2 jenayah..mungkin ramai orang yang terdesak dan kesimpitan hidup sekarang ni dek kemmajuan semasa yang sangat pesat..hmm
Alangkan berpusu pusu pendatang haram boleh cari makan dan jadi kaya raya kat Malaysia ni..kenapa rakyat sendiri malas..punya banyak kerja sampai direbut PATI pun kata tak ada kerja..yang betulnya MALAS dan nak kerja senang, cepat dan lumayan..jangan salahkan kerajaan salahkan diri sendiri..kerja berat tak mau, kerja kontrak tak mau..jaga pun tak mau..kerja rencam pun tak sudi sebab MALAS..
Post a Comment