RAPID

Thursday, August 29

SURAT ARAHAN HARAMKAN TAYANG #TANDAPUTERA ADALAH PALSU........ @CmLimGuanEng


Mungkin desakkan padanya terlalu kuat memaksa Guan Eng tarik Hand-Break. Arahan terkini dari Guan Eng ianya adalah nasihat bukan nak mengharamkan tayangan TANDA PUTERA di pawagam yang ada di Pulau Pinang. 

Dalam tempoh 24 jam, kerajaan Pulau Pinang telah meminda surat kepada pengendali panggung wayang, kini "menasihatkan" dan bukan "mengarahkan" Tanda Putera tidak ditayangkan.

Ehhhh Guan Eng kelmarin hang sembang macam lain macamlah Tanda Putera dah menghasut orang melayu membenci DAP sesangat akan tetapi berlebih pada untuk menutup kemaluan bapaknya LIM KIT SIANG... 

Jika seperti didakwa Lim Kit Siang tidak bersalah kenapa perlu takut dan risau.

Sinopsis TANDA PUTERA adalah lebih kepada persahabatan akrab dua pemimpin lagenda Malaysia, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail.

Hanya yang menjadi kontroversi adalah tragedi rusuhan 13 May 1969 yang dijadikan latar belakang kepada filem tersebut. 

Pengarahnya Datuk Shuhaimi Baba telah menyatakan bahawa filem yang dihasilkan oleh beliau bukanlah berniat atau berunsur politik. Ia hanyalah sebuah filem yang digarap dari sejarah Malaysia berdasarkan fakta sebenar.

Adakah Guan Eng takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Penjelasan mudah yang boleh diterima akal adalah jika sesuatu isu itu tidak kena mengena atau benar kenapa hendak ditakutkan. 

MKP pecaya Sejarah tidak pernah menipu cuma DAP sahaja memutar-belitkan fakta supaya nampak mereka ini tidak bersalah...." Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah".

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah untuk mengeluarkan nasihat ini kerana filem ini telah melampaui batas dengan menggunakan wang awam untuk menyebarkan fitnah dan menggalakkan kebencian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. “Tanda Putera” telah diterbit dengan kos RM4.8 juta yang dibiayai oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC). 
Pembiayaan oleh Kerajaan Persekutuan ini boleh dilihat sebagai suatu pengesahan rasmi filem tersebut, termasuk babak-babak di mana pengarah sendiri telah mengakui adalah tidak benar dan sebenarnya dibuat dengan menggunakan “lesen kreatif”. Lesen kreatif ini tidak membolehkan penyebaran fitnah yang boleh mengancam keharmonian dan mencetuskan konflik. Ini menimbulkan soalan sama ada dengan mempromosikan kebencian kaum terhadap minoriti, menyalahkan minoriti sebagai punca segala masalah serta mempergunakan minoriti itu sebahagian daripada kewajaran dan alasan untuk penyalahgunaan kuasa dan rasuah. 
Kerajaan Negeri Pulau Pinang bimbang bahawa pemomokan minoriti dalam filem ini akan membawa kepada pencabulan hak mereka dan juga mana-mana rakyat Malaysia yang menyokong hak asasi manusia untuk semua. Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya mampu memberi nasihat ini sebagai kompas moral dan tanda bantahan terhadap filem yang menggalakkan provokasi sentimen perkauman dan kebencian kaum.
Selepas gagal dan kantoi menghalang Filem Tanda Putera Guan Eng buat fitnah lagi dengan mengatakan ianya duit rakyat yang digunakan untuk filem Tanda Putera... Bagi Guan Eng apa saja dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan adalah salah dimatanya...

ARTIKEL SEBELUM INI SERTA SURAT DARI MPPP KLIK


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive