Sebak dan dukacita bila mendengar berita kemalangan yang meragut 37 nyawa penumpang manakala 16 penumpang lagi cedera akibat kemalangan ngeri Bas Awam terjunam ke dalam gaung di Genting Highland petang semalam.
Sepatutnya kemalangan ngeri melibatkan kenderaan awam sudah pasti boleh dielakan kerana kenderaan awam ini diselia dan dipantau sepenuhnya oleh agensi yang dikepalai oleh Syed Hamid Albar dan cerdik pandai dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat-SPAD.
Ya..kemalangan boleh hadir dalam banyak faktor,antaranya keadaan jalan,faktor bumi,cuaca,sikap pemandu dan lain-lain, namun pihak SPAD yang sebelum ini lantang kononya melakukan perubahan itu..perubahan ini gagal memastikan keadaan bas sempurna sebelum ianya selamat dipandu dan boleh membawa penumpang.
Sebelum ini,beberapa isu yang timbul yang mengaitkan tentang peragai hamlau SPAD dalam menyelesaikan masalah seperti isu teksi,ulat tiket dan pelbagai lagi sudah dilihat gagal se-gagalnya.
Pihak tertinggi SPAD dan Generalnya, Syed Hamid Albar cuba melepaskan diri setiap kali isu berbangkit bila dikaitkan dengan SPAD... KONONYA....pihak agensi mereka baru berusia tiga tahun beroperasi maka tidak wajar digalas beban masalah kepada agensi mereka sahaja.
Ini soalan ADC kepada general SPAD dan pegawai-pegawai tertinggi SPAD...adakah usia agensi menjadi pengukur bahawa kesalahan tidak boleh ditunding kepada agensi ini berhubung isu kenderaan awam darat...apakah kakitangan SPAD diambil semacam pilih 'ayam' di chow-kit...?
Timbul lagi kegagalan SPAD apabila bas yang terlibat kemalangan semalam, rupa-rupanya telah lama disenarai hitaM oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). SUMBER
No comments:
Post a Comment