Tuesday, August 20

TAHNIAH PADA @Zahid_Hamidi DAN @PDRMsia TIADA LAGI MENTERI AMARAN........?


Tindakan pantas dan positif Dr Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno sekarang bolehlah menamatkan spekulasi nakal melibatkan menteri terdahulu yang dikatakan hanya sebagai "Menteri Amaran" sahaja.

Kemungkinan ketika itu banyak terjadi isu tetapi amaran demi amaran Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno dijadikan sindiran pihak tertentu terutamanya pengguna laman sosial kerana mungkin "takut" mengambil tindakan.

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menukar portfolio di antara kedua-dua menteri itu sebagai satu langkah tepat dalam memperkasakan lagi kepakaran dan pengalaman yang ada pada Ahli Parlimen Bagan Datoh itu.

Kepada Semua Ketua Jabatan, KPD, KPB, Pegawai Kanan dan anggota pangkat rendah..Dimaklumkan terdapat perancangan oleh kumpulan 04 / India untuk menyerang balas pegawai / anggota polis yang bersendirian dan terpencil ekoran drpd kejayaan pihak polis Pulau Pinang menembak mati 5 ahli kumpulan mereka.

Sila ketatkan kawalan keselamatan di IPK, IPD, BP, PP, tempat2 penugasan dijalankan dan kediaman serta tingkatkan langkah2 keselamatan terutama semasa dalam perjalanan pergi balik kerja dan diluar waktu kerja..ambil perhatian serius daripada KP Pulau Pinang ( sebarkan kepada semua anggota pdrm agar berhati-hati ).

Kepada semua anggota keselamatan, berhati-hatilah. Kami rakyat Malaysia akan berdiri teguh di belakang keutuhan Undang-undang. Jangan sesekali berundir pertahankan unfang2 dan keamanan. Kalau perlu bersihkan puak-puak yang buat kacau tu, kami sokong! 

Kepada ahli politik yg kemaruk undi dan sokongan, JANGAN GANGGU TUGAS POLIS. 


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive