Monday, August 26

GAMBAR OPERASI #OPSCANTAS KHAS @PDRMsia @Zahid_Hamidi


MKP agak terkejut apabila melihat gambar yang telah diberikan sebentar tadi. Tapi inilah pakaian yang di pakai oleh Skuad Khas Ops Cantas yang telah dijalankan di Pulau Pinang sepanjang hujung minggu lalu. Boleh dibanggakan kerana apabila tertubuhnya Skuad Khas ini telah membuatkan ramai penyamun serta penyangak agak kecut perut. 

Depa nie kena ajaq macam nie baru ada akai sikit, Almaklum perangai depa nie macam burung gagak dah la hitam perangai pulak macam setan. Bagi MKP nyawa setiap anggota yang bertugas adalah berharga kerana mereka senantiasa berdepan dengan risiko. Walaupun begitu ramai ahli politik pembangkang macam kurang cerdik dan hanya menyalahkan pihak Polis.


Terbaru Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi akan membongkarkan nama kumpulan kongsi gelap serta jenayah yang dilakukan mereka.

Ahmad Zahid berkata langkah mendedahkan senarai itu kepada umum ialah untuk membolehkan masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah.

“Ia juga untuk membangkitkan kesedaran bahawa masyarakat perlu bersama-sama mendokong usaha polis membanteras jenayah,” katanya.

Menerusi senarai itu juga, beliau berkata masyarakat dapat mengetahui bahawa kegiatan kongsi gelap bukan hanya membabitkan sesuatu kaum sebaliknya melibatkan kaum-kaum lain.

“Ramai yang mengatakan kongsi gelap hanya membabitkan kaum India sedangkan kongsi gelap Melayu dan Cina juga banyak,” katanya.

Mengenai Ops Cantas, Ahmad Zahid berkata operasi itu dijalankan di seluruh negara dan bukan hanya tertumpu di Pulau Pinang.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive