Monday, August 26

JASA @mohd_ali_rustam PADA MELAKA DISANJUNG OLEH @NajibRazak


MKP agak terharu dan sedih apabila Datuk Mohd Ali Rustam tewas pada PRU-13 yang lalu. Adakah pengorbanan beliau menghambakan diri pada rakyat Melaka tidak dihargai oleh Rakyat Parlimen Bukit Katil? Mohd Ali telah bekerja keras untuk membangunkan Melaka.

Beliau meletakkan Melaka di peta pelancongan dunia.

Spekulasi bertiup kencang bahawa bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam bakal dilantik sebagai senator sekaligus memberinya laluan untuk menyertai kerajaan Persekutuan.

Mengikut desas-desus dunia politik, Mohd Ali berkata beliau dilantik mengemudi Permodalan Nasional Berhad (PNB) atau berkemungkinan dilantik sebagai Menteri atau penasihat khas di Jabatan Perdana Menteri.

Namun Mohd Ali enggan mengesahkan mengenai pelantikan tersebut.

Menurut seorang pemimpin Umno Melaka, Mohd Ali, yang tewas di kerusi Parlimen Bukit Katil pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu menerima surat yang memaklumkannya mengenai pelantikan sebagai senator.

Beliau berkata sekiranya Mohd Ali dilantik sebagai menteri, ia merupakan buat julung kalinya selepas 20 tahun seorang ahli politik dari Melaka di lantik dalam barisan Kabinet.

Selepas Allahyarham Tun Ghafar Baba meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1993, pemimpin Umno itu berkata tiada mana-mana pemimpin dari Melaka dalam senarai barisan Kabinet.

Bagi MKP ini adalah langkah yang bijak dibuat oleh Pentadbiran DS Najib Razak mengangkat seseorang yang telah banyak berjasa menjadi Senator. Jangan dipersiakan pemimpin UMNO yang boleh berkerja......



1 comment:

Anonymous said...

Kalau nak lantik Menteri Pelancongan ini lah orang yang sesuai, kalau botak tu memang hampas jer

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive