Monday, August 12

DYMM SULTAN JOHOR ARAHKAN SURAU TG SEDILI DIROBOHKAN.....


Surau yang menjadi pertikaian didalam media sosial sejak semalam mendapat perhatian Sultan Johor. Arahan terbaru dari Istana mengatakan bahawa surau berkenaan tidak diiktiraf sebagai surau. Segala papantanda mengenai Islam telah diarahkan dibuka, Titah dari DYMM Sultan Johor bangunan tersebut diarahkan untuk dirobohkan.

Sebelum itu penduduk disekitar Tg Sedili terkejut dengan upacara sembahyang oleh individu berugama Budha. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung Sedeli Besar, Ali Mohamad, 64, berkata, penduduk kampung telah bertindak menghalau kumpulan terbabit keluar dari surau berkenaan sebaik menyedari kejadian itu.

"Kami sangat tidak berpuas hati dengan kejadian itu, apatah lagi dalam surau itu ada tergantung banyak kalimah suci agama Islam," ujarnya.

Imam Dua Masjid Besar Al-Muttaqin Sedeli Besar, Norizan Haron, 51, turut kecewa kerana beliau antara individu yang menyokong pembinaan surau dalam pusat peranginan tersebut tiga tahun lalu.

"Saya telah menandatangani surat sokongan untuk membina surau ini, sekarang ia telah disalahgunakan pula," katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Bkn stakat surau tp resort tu skali, xda kebaikkan utk masyarakat tempatan.

Anonymous said...

Kalau dah jadi bergitu...sebaik nya di robohkan sahaja surau tuuu...nak sebut surau pun geli....eloklak lah di katakan kuil je....melayu buta kayu..nama je syed...tapi hampasss

Anonymous said...

TERIMA KASIH PADA PENGADU....RUPA RUPANYA MASIH ADA JUGA MELAYU YANG BETUL BETUL ISLAM....UNTUK EMPUNYA RESORT....U BETTER GOING BACK TO SPORE.....PADA YANG BAGI PR TU.... TARIK BALIK JE....ORANG MACAAM NI MEMANG MENYUSAHKAN KITA


HALIM

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive