Tiga sekeluarga ditemui mati disyaki dibunuh di sebuah rumah di Taman Dengkil Jaya, Selangor, siang tadi.
Salah seorang mangsa adalah kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.
Kejadian disedari salah seorang ahli keluarga mangsa yang baru pulang dari tempat kerja kira-kira jam 2.30 petang.
Dia bagaimanapun terkejut apabila menemui tiga mangsa yang berlumuran darah.
Perkara itu dimaklumkan kepada jirannya dan polis.
Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman berkata siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku antara jam 11 pagi hingga dua petang.
Pasukan forensik menemui mayat seorang wanita warga emas berusia 64 tahun di ruang tamu rumah.
Mayat seorang lelaki dipercayai cucu wanita itu yang berusia 21 tahun ditemui mati di bahagian dapur.
Pemeriksaan mendapati terdapat kesan hentakan di kepala dan tikaman di badan mangsa.
Manakala mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui mati di dalam bilik tidur dengan kesan kelar di leher.
Jelas Superintendan Imran lagi, tiada kesan pergelutan dan geledah ditemui.
Tiada senjata ditemui di tempat kejadian.
Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan.
Kesemua mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
No comments:
Post a Comment