Friday, August 9

Nurul Izzah Bakal Lancar Buku Pak Lah Di Singapura


Ahli Parlimen Lembah Pantai yang pernah MKP kantoikan dulu dengan dedahan Video Isap kini mula berbaik dengan Tun Abdullah. Nak kata apa lagi kalau benda macam nie pun Pak Lah dah boleh berkerjasama. Sebagai Anak Jati  Pulau Pinang MKP merasa agak terkilan dengan sikap Mantan Perdana Menteri yang kurang cerdik. Kadang-kala bercakap atau mengulas benda yang benar sebegini amat menyakitkan hati bila ada pemimpin yang Mangkuk Hayun.


Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bersetuju menerima jemputan untuk melancarkan buku oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Singapura pada 30 Ogos ini.

Nurul Izzah, anak kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau telah bersetuju untuk melancarkan buku berjudul 'Awakening- The Abdullah Badawi Years in Malaysia'.

Pelancaran buku ini di Malaysia, juga ditetapkan pada bulan ini, yang mana ia akan dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri itu sendiri.

Abdullah, 73, menjadi Perdana Menteri pada 2003-2009.

Beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno selepas Barisan Nasional gagal untuk mengekalkan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum 2008.

Buku ini merupakan himpunan esei dan disunting bersama oleh penganalisis politik Bridget Welsh dan James Chin. Mstar.


1 comment:

Anonymous said...

hampa kata pak lah kurang cerdik, x cerdik pun jadi PM, hampa yang cerdik dalam dunia ni, orang lain semau tak cerdik, bila tak kena dengna selera hampa macam2 hampa kata, cuba pak lah gosok hampa, mungkin najib pulak hampa kata tak cerdik, hampa tak kaji pasai apa, lantak dia la nak panggil nurul izzah ka, dia tak pi kacau hampa pun, SEMUA pemimpin macam tu, tun m pun sama gak...

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive