Friday, August 23

HAMID ALBAR JANGAN BUAT LAWAK BOLEH......Kemalangan Bas, Cacing Dicari @syedhamidalbar @SPADchannel @aduanSPAD


Memang ayat tak boleh blah kalau sampai macam nie punya kenyataan dikeluarkan oleh KerisMuddin. Ternyata apa yang diperkatakan memang tak masuk akal..... SPAD telah diberikan kuasa akan tetapi Pengerusi SPAD membuta. MKP ambil fakta ini dari laman WEB SPAD...

SPAD mempunyai pegawai-pegawai penguatkuasanya sendiri sejak 2010. Bidang kuasa mereka yang merangkumi kerja-kerja penguatkuasaan adalah dilandaskan daripada Akta Pengangkutan Darat 2010.
Bidang kuasa pegawai penguatkuasa SPAD ini antara lain termasuklah pemeriksaan pengangkutan-pengangkutan awam dan pengangkutan muatan bagi memastikan kesemua layak berada di atas jalan raya, dan memiliki lesen yang sah serta dokumen-dokumen lain; pemeriksaan pemandu, konduktor dan pemandu gantian bagi memastikan bahawa mereka dalam keadaan yang memuaskan untuk bertugas.


Itu bidang kuasa SPAD kenapa pegawai semuanya lena. Biasalah dah mati baru nak korek sana dan sini. Hamid Albar didalam kenyataannya mengatakan bahawa keadaan BAS masih elok sedangkan mangsa menceritakan sebaliknya....... Hamid Albar nie naik ke bas henti-henti....

Seorang daripada 16 mangsa yang terselamat dalam nahas bas di KM3.5 Jalan Genting Highlands semalam memberitahu beliau berasa tidak keruan dan was-was ketika menaiki bas malang itu berikutan keadaan fizikal kenderaan yang uzur.
    
Dalam kemalangan tragis pukul 2.45 petang yang mengorbankan 37 nyawa itu, Nur Syamimi Ja'afar, 25, memberitahu beliau melihat keadaan fizikal bas tidak baik seperti tayarnya yang sudah haus dan bas usang.

MKP Ayat Sempoi : Bakal bertukar jadi PERKASAM SEPAT...



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive