Instagram Perkenal Aplikasi Instants – Masih Belum Tersedia Untuk Malaysia
-
Instagram hari ini memperkenalkan satu lagi aplikasi berasingan dibawah
mereka, dinamakan Instants. Melaluinya, ia memfokuskan kepada ciri teras,
iaitu ber...
Showing posts with label tg tokong. Show all posts

Monday, June 13
MANSOR OTHMAN JANJI LAGI.
Pakatan Harami yang diterajui oleh DAP yang semangnya terkenal dengan putaq belitnya dok janji lagi dekat penduduk Tg Tokong menyatakan rumah bakal diganti dengan rumah apa punya kejadah punya janji.Sebelum ini penduduk telah berpindah ke rumah sementara yang telah dibina oleh pihak berkenaan atas kerjasama kerajaan Persekutuan lebih 60 keluarga telah berpindah yang tinggal cuma kurang dari 20 keluarga.Kenapa angka yang sebenar tidak didedahkan mengapa menyatakan hanya segelintir yang dinyatakan.
Patutkah apa yang dijanji akan bakal tinggal janji,Mungkin ini hanyalah propaganda hanya untuk meraih undi dan penduduk diberi janji manis.Yang lebih menarik kononnya ramai yang hadir pada hari tersebut padahal MatKilau Penang telah mendedahkan hanya segelintir yang hadir BACA DISINI
MKP kata lepas nie tengok apa yang depa janji boleh tunai atau tidak?semua nie dok putaq belit macam apa yang jadi kat Kg Buah Pala,tak selesai jugak lepas nie dia mai tg tokong depa nanti bagi selipar lembik kat muka dia.tunggu dan lihat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Saturday, June 11
Aura Pak Sheik Dah Basi,Sambutan Di Tanjong Tokong Suram.
Kedatangan Pak Sheik bagi merasmikan Ranting Tg tokong agak suam-suam kuku.Penyokong luar dimport masuk kesini untuk buat ramai.Ingat mungkin ada rasa simpati kepadanya berkenaan apa yang berlaku tetapi MKP pada mulanya cuak jugak takut sambutan lebih pada seribu orang akan tetapi nampak tak sampai 100 orang pun yang hadir bagi merasmikan ranting yang kian patah itu.
kerusi yang kosong dan cara penyusunan memang ahli kurang.
hanya 20 ahli berada di tempat ranting tersebut.
semasa ceramah mana orang kampung ?
MKP kata:Penduduk Sini bagitau Anuwar akan makan sumpahnya sendiri kerana pernah berjanji tidak akan memijakkan kaki lagi diTg Tokong.Kerana janji itulah penduduk kurang berminat lagi dengan janji manis orang yang bernama Pak sheik.
Thursday, June 9
Tanjong To'kong - secebis kisah
Satu demi satu kampung Melayu hilang atas nama pembangunan. Projek-projek pembangunan yang dilaksanakan atas tapak bekas perkampungan Melayu di Pulau Pinang disempurnakan oleh kedua-dua pihak, iaitu pemaju swasta dan agensi pemerintah atau syarikat berkaitan kerajaan.
Di kawasan bandar raya George Town, tiada lagi perkampungan Melayu dalam erti kata yang sebenar. Yang masih tegak tetapi tidak semestinya tidak akan rebah ialah beberapa buah kampung kecil seperti Kampung Makam (wakaf Sheikh Kassim) dan saki baki perkampungan Melayu di Tanjong Tokong.
Di mukim Kelawai, umpamanya, kampung Melayu termasuk yang berada di sepanjang pantai yang kini terkenal dengan Plaza Gurney, Hotel G, Hotel Gurney dan Hotel Evergreen Laurel telah lama berkubur.
Antara Kelawai dan Tanjong Bunga, kampung Melayu yang sebenarnya hanya wujud di Tanjong Tokong kerana beberapa buah kampung di Bagan Jermal, Bagan Atas dan Tanjong Tokong sendiri telah hilang ditelan pembangunan.
Kondo mewah di tepi pantai Tanjong Bunga ini (kiri) pada asalnya sebuah penempatan atau kampung Melayu yang bergantung hidup sebagai nelayan. Kondo ini berharga satu juta ringgit ke atas dan tidak mampu di beli atau dimiliki oleh orang Melayu yang merupakan penduduk asal di situ
Kampung Melayu Tanjong Tokong adalah antara perkampungan Melayu yang awal wujud di Pulau Pinang. Semasa nakhoda kapal Syarikat Hindia Timur atau East India Company (EIC) bernama Francis Light mendarat di Tanjong Penaga (dekat Padang Kota Lama), kampung Melayu Tanjong Tokong sudah pun wujud. Ia bukan sebuah kampung yang dibuka selepas kedatangan Inggeris pada tahun 1786 tetapi jauh lebih awal. Ia adalah warisan bangsa.
Malangnya, atas nama pembangunan, satu demi satu kampung Melayu antara Kelawai dan Tanjong Bunga dilenyapkan. Kini nasib perkampungan Melayu Tanjong Tokong berada dihujung tanduk.
Kerajaan Persekutuan telah membuat keputusan untuk membangun semula Tanjong Tokong dan tugas itu diserahkan kepada UDA Holdings Bhd. Penduduk kampung dilabelkan sebagai setinggan sedangkan nenek moyang mereka telah menghuni perkampungan itu sejak 200 tahun lalu. Inilah nasib kampung-kampung Melayu di Pulau Pinang.
Musibah yang menimpa Kampung Buah Pala sebenarnya telah dialami jauh lebih awal oleh beberapa buah kampung Melayu termasuk di Ayer Itam, Kampung Rawa, Kampung Rawana, Jelutong, Sungai Nibong, Gelugor dan Bayan Lepas.
Pembangunan semula perkampungan Melayu Tanjong Tokong dikatakan akan menelan belanja 800 juta ringgit hingga satu bilion ringgit. UDA Holdings menjangkakan pembangunan semula itu akan dapat dilaksanakan antara lapan hingga 10 tahun dalam empat fasa, membabitkan pembangunan bercampur rumah kediaman dan unit-unit komersil. Keseluruhan projek pembangunan itu membabitkan kawasan seluas 30 hektar termasuk tanah pantai (laut) yang dipulih guna.
Cadangan pembanguna semula itu membabitkan 870 keluarga yang akan dan telah dipindahkan ke penempatan sementara secara berperingkat. Menurut laporan media, 250 keluarga telahpun dipindahkan pada tahun 2007 yang membolehkan fasa pertama projek berkenaan dimulakan.
Yang pasti, pembangunan semula perkampungan Melayu Tanjong Tokong akan sekali gus melenyapkan sebuah kampung tersusun yang menjadi lambang warisan Melayu Pulau Pinang kerana kampung-kampung lain dalam kawasan bandar raya dan pinggir bandar sudah menjadi sejarah.
Tanjong Tokong melahirkan beberapa tokoh yang berjasa kepada negara seperti pejuang kemerdekaan dan tokoh wartawan yang tidak didendang, Allahyarham Ibrahim Mahmood (Kampung Haji Mahmood sempena nama bapanya), Allahyarham Datuk Mohamad Sopiee Sheikh Ibrahim (sebatang jalan di kampung itu dinamakan sempena nama bapanya) dan anaknya Allahyarham Tan Sri Dr Nordin Sopiee, dan mantan datuk bandar KL Tan Sri Elyas Omar.
Penduduk Tanjong Tokong bukan menentang pembangunan tetapi mereka mahu mengekalkan satu-satunya kampung Melayu yang tersusun yang masih wujud dalam kawasan bandar. Kampung Melayu Tanjong Tokong adalah warisan bangsa, warisan negeri dan warisan negara.
Kita bimbang nasib yang menimpa satu-satunya perkampungan masyarakat India/Tamil di Pulau Pinang, iaitu Kampung Buah Pala, akan menimpa sebuah lagi kampung Melayu. Apakah tidak cukup pengorbanan perkampungan Melayu selama ini? Apakah sukar untuk mengekalkan sebuah kampung yang benar-benar kampung tradisional Melayu Pulau Pinang?
Nampaknya begitu. Arah aliran pembangunan di Pulau Pinang yang melibatkan pembangunan kediaman pencakar langit terutama kondo mewah kini sudah menular ke kampung-kampung Melayu di Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Teluk Tempoyak, Batu Maung dan seterusnya akan merebak ke Balik Pulau.
Di Bayan Lepas, beberapa buah kampung termasuk yang berjiran dengan kampung kelahiran mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad sudahpun hilang dan digantikan dengan pangsapuri dan kondo mewah.
Bukit-bukau turut ditarah termasuk yang menghadap laut di antara Tanjong Bunga dan Telok Bahang. Semasa membesar di Pulau Pinang, saya tidak pernah mendengar apatah melihat tanah runtuh di Tanjong Bunga hingga ke Telok Bahang. Sekarang ia menjadi kenyataan akibat daripada pembangunan kediaman mewah atas bukit.
Berbalik kepada pembangunan semula Tanjong Tokong, UDA Holdings akan menukar wajah kampung Melayu kepada dua buah projek yang dinamakan Warisan Tanjung (tak tahu pula saya warisan apa yang dimaksudkan sedangkan warisan sebenar dihapuskan) yang akan mengandungi 15 blok rumah pangsa lima tingkat (1,350 unit) dan sebuah bangunan komersil. Perlu diiangatkan pembangunan rumah pangsa lima tingkat tidak perlu disediakan lif. Ya, orang Melayu cukup gagah untuk memanjat tangga, barangkali itulah sebabnya didirikan rumah pangsa lima tingkat. Atau, itulah bentuk kediaman yang sesuai didiami oleh orang Melayu.
Projek kedua yang akan dimajukan atas tapak pulih guna (tambak laut) dinamakan Tanjung West, akan mengandungi rumah pangsa berharga sederhana rendah, pangsapuri, kondo dan bangunan komersil. Ia membabitkan kawasan seluas 16.6 hektar.
Episod Kampung Buah Pala sudahpun di penghujung jalan dan penduduk kena akur dengan kehendak undang-undang, sama ada ianya betul atau sebaliknya, kini nasib penduduk kampung Melayu Tanjong Tokong yang cuba mempertahankan warisan datuk nenek mereka sedang diuji dan kita boleh menjangkakan apa yang menimpa penduduk Kampung Buah Pala akan berulang di Tanjong Tokong.
Pulau Pinang bandar baharu,
Kapten Light menjadi raja,
jika dikenang nasib Melayu,
tentu menitis si air mata.
Inilah serangkap pantun lama warisan Melayu Pulau Pinang yang saya ubah sedikit (nasib Melayu) untuk menyesuaikan dengan keadaan semasa.

Subscribe to:
Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
OTAK OTAK PERANAKAN NYONYA PULAU PINANG - Tadi masa Kjee surf internet cari resipi Otak-Otak Nyonya yang original, Kjee tersengih apabila dalam satu blog tu, pemiliknya kata kenapa beri...
-
Umno today, Umdap tomorrow - Many thanks to the readers of my blog who have followed me on X. The experience on the platform so far in my first fortnight since I created an account the...
-
Cops receive reports against Rafidah Ibrahim over surau issue - Cops receive reports against Rafidah Ibrahim over surau issue PETALING JAYA: Police have received three reports against activist and actress Rafidah Ibra...
-
BUDI95: Semakan Kelayakan dan baki kuota RON95 - Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan program penyasaran subsidi untuk petrol RON95, yang dikenali sebagai BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Inisiatif ini membo...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com