Showing posts with label zuraidah meroyan. Show all posts
Showing posts with label zuraidah meroyan. Show all posts

Wednesday, November 21

Jual Buah Dapat Hilux, Jual Aiskrim Dapat Ferrari



Sakan betul Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin memborong pelbagai jenis kereta mewah sejak bergelar wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Ampang. Daripada sekadar memiliki sebuah MyVi tetiba saja bertukar citarasa kepada Toyota Hilux, Volvo dan Mercedes Benz.

Sebelum ini dalam salah satu kempen PKR, ada pemimpinnya menyeru rakyat memboikot pembelian kereta kononnya selepas PR memerintah nanti, harga kereta akan diturunkan, tika itu barulah rakyat digalakkan membeli dengan harga baru yang jauh lebih rendah.


KESIAN!!!! KORANG DAH KOYAK SELUARNYA...


Siapa pulak yang kena koyak seluarnya nie?Kesian sampai macam tue korang buat pada Mak Lampir...Tekoyak habis cerita yang selama ini disimpan rapi tanpa dedahan....


Tuesday, June 26

ZURAIDAH AKA MAK LAMPIR INI NATIJAHNYA BILA SERBU TEMBOK TAK PAKAI HELMET?


Zuraidah Kamaruddin AKA Mak Lampir nie kena belajar pakai helmet sebelum nak serbu tembok.Niat dan cita-cita tinggi nak cabar PM di Parlimen.Apapun tidak boleh salahkan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.Ahli Parlimen PKR Ampang itu mungkin nak tunjuk hebat kepada penyokongnya di luar sana beliau juga mampu berentap debat dengan seorang Perdana Menteri di Parlimen.

Cuma cara dan apa yang dipersoalkannya semberono.Sebagai Ahli Parlimen beliau sepatutnya tahu ia kuasa perogratif seorang Perdana Menteri melantik menteri dan menentukan bila hendak bubar parlimen untuk pilihanraya umum.

Namun Zuraida yang digelar 'Taliban' oleh orang-orang PKR main sondol saja.Ini membuatkan Najib balon beliau kerana mempersoal perkara yang tidak ada kaitan dengan sidang Dewan Rakyat.Ia berlaku pagi Isnin semasa Zuraida mengemukakan soalan tambahan pada soalan asalnya berhubung Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

DS Najib hadir menjawab soalan itu atas kapisitinya sebagai menteri berkenaan yang beliau sandang selepas Datuk Seri Shahrizat Jalil melepaskan jawatan itu 8 April lalu.Semua orang tahu Najib cuma memegang sementara sahaja jawatan itu kerana pilihanraya umum kena diadakan dalam tempoh sebelum April tahun depan.

Zuraida yang mungkin cuba nak dapat milage politik dari kalangan wanita mempersoalkan mengapa Najib mengambil alih jawatan itu kerana mendakwa ia seharusnya diberikan kepada wanita sebagai bukti pelaksanaan dasar 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan.

"Tak usah gusar, saya pegang sementara sahaja sampai pilihan raya. Bila BN menang nanti insya-Allah kita beri wanita ambil alih kementerian," katanya.

"Yang berhormat berkenaan tidak mencerminkan kesopanan sebagai seorang wanita...mulut dia boleh tahan."Wanita kita jauh lebih baik daripada wanita sebelah sana,"kata Najib membidas Zuraida.

Tak cukup itu, Zuraida turut mencabar Najib membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU-13 diadakan.

Ini telah mengundang Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegurnya.Perbuatan itu secara jelas hendak cabar kuasa ekslusif Perdana Menteri.

Dan sebagai perbandingan dalam soal lantikan itu Zuraida sepatutnya tumbuk meja Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (yang juga ada kuasa perogratif) mempersoalkan mengapa portfolio Exco Agama tidak diserahkan kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dari kalangan parti PAS.

Jawatan Exco Agama disandang oleh Datuk Dr Hasan Ali sebelum beliau dilucutkan dari jawatan itu kerana krisis dengan PAS.

Dr Ahmad Yunus Hairi dari Ahli Dewan Undangan Negeri PAS kawasan Sijangkang dilantik ke jawatan Exco ganti Dr Hassan.Namun beliau pegang portfolio Belia.Portfolio Agama kini dipegang oleh Khalid.

Khalid 'buat tak faham saja' sekalipun ada pihak termasuk ahli PAS yang mempersoalkan perkara berkenaan.

Kalau Zuraida ada rasa malu mengenang hal itu mungkin beliau tidak akan bertanya kepada Perdana Menteri soal beliau pegang sementara jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Ini kerana isu Khalid dengan PAS di Selangor terbentang di depan biji matanya.

Tak cukup setakat itu,apa kata Ketua Wanita PKR itu melangkah pula ke Pulau Pinang dan mempersoalkan kuasa Lim Guan Eng kenapa tidak melantik Datuk Salleh Man ,satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri PAS sebagai Exco.

Malah jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang dibagi kepada orang PKR, Abdul Malek Kasim yang juga Exco Kerajaan Negeri.

Hakikatnya siapa yang lebih arif tentang bab agama antara orang PAS dengan PKR.

Setelah heboh isu itu barulah jawatan itu hendak dibagi kepada Salleh.

Namun Salleh tetap tidak merasa jawatan Exco.

Orang-orang PAS dikatakan cukup bengang hal ini tetapi biasalah mereka hanya berani merungut 'dalam kelambu' mengenangkan nasib Persurhjaya PAS Negeri mereka itu yang dipinggir oleh kerajaan Guan Eng.

Sementara itu ketika menjawab soalan asal Zuraida di Dewan Rakyat ,Perdana Menteri mengumumkan bahawa bulan November diisytiharkan sebagai Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia bermula tahun ini sebagai langkah mengukuhkan institusi keluarga.

Katanya syarikat swasta yang menganjurkan hari keluarga untuk pekerja-pekerja mereka, rebat atau potongan 100 peratus akan diberikan untuk semua perbelanjaan keraian.

Beliau berkata langkah itu dibuat untuk memberi keutamaan kepada perspektif keluarga dalam pembangunan sosioekonomi negara.

Katanya ia selaras dengan Gerakan 1Malaysia Family First di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang dilancarkan pada 17 Jun lepas menerusi pelaksanaan Dasar Keluarga Negara.

"Kementerian amat menitikberatkan pengukuhan isntitusi keluarga kerana ia merupakan kunci kepada kejayaan sesebuah negara" katanya.

Beliau juga memberitahu bahawa kerajaan sedang memastikan kumpulan wanita yang kompeten untuk diketengahkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah di Syarikat Awam Tersenarai (PLC) selaras dengan keputusan kerajaan untuk melaksanakan Dasar Sekurang-Kurangnya 30 Peratus Wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat.

Katanya bagi ke arah itu Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah melaksanakan inisiatif Program Pengarah Wanita bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran kritikal golongan tersebut dalam melaksanakan peranan sebagai Ahli Lembaga Pengarah menerusi kaedah latihan yang berstruktur dengan mengambil kira kemahiran teknikal serta sifat terpuji.

Beliau berkata disasarkan seramai 200 orang pengarah wanita akan dilatih menjelang bulan Disember ini.

"Setakat ini, seramai 20 orang pengarah wanita yang berkaliber telah dilatih pada Februari lepas dan siri selanjutnya akan diadakan pada bulan depan," katanya.

Najib berkata selain itu satu daftar Ahli Lembaga Pengarah Wanita juga telah beroperasi pada April lalu sebagai sumber calon wanita korporat yang kompeten dan sesuai untuk dilantik di dalam PLC.

Di samping itu beliau berkata KPWKM dan TalentCorp sedang mengadakan program untuk mengenal pasti peluang pekerjaan yang sesuai kepada wanita profesional termasuk membangunkan micro-site, satu pangkalan data khusus bagi wanita profesional yang ingin kembali bekerja.

Beliau berkata micro-site yang bakal dilancarkan pada bulan depan itu akan berperanan untuk memadankan golongan berkenaan dengan syarikat-syarikat yang mempunyai insentif dan kemudahan sokongan.

Katanya bagi syarikat-syarikat terbabit, kerajaan akan memberikan insentif potongan cukai berganda ke atas perbelanjaan latihan mulai tahun taksiran 2013.

Dalam perkembangan lain Najib berkata seramai 80,597 orang telah menyertai Program 1Azam bagi tempoh Januari 2011 hingga 30 April lalu dan jumlah itu di jangka mencapai 100,000 orang menjelang akhir tahun ini.

"Program ini telah menampakkan keberkesanannya berdasarkan kepada jumlah penyertaaan khususnya daripada senarai e-Kasih dan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat meliputi kawasan bandar dan luar bandar," katanya.AD

Sunday, May 6

ZURAIDAH DAH MEROYAN , MONOPAUSE?





Mak Zuraidah dah hampir kepada monopause?Itu kerana sikapnya yang kini terlebih sudah meroyan dengan tuduhan yang kurang berfakta.Tak kira waima Mak Lampir nie jatuh longkang jamban pun mesti salahkan UMNO/BN.Video dibawah menunjukkan segala-galanya.


Dan berikut adalah mitos dan fakta yang menyertai monopause untuk tatapan Mak Lampir Zuraidah

Mitos 1 : Penderita menopause pada umumnya mengira kehidupan seksual pasca menopause sudah tidak ada.

Fakta 1: Pada kenyataannya, penderita menopause masih memiliki gejolak seksual. Bahkan, kadangkalai hasrat seksual itu masih sama besarnya dengan sebelum mengalami menopause. Seringkali, penuruan hasrat seksual merupakan anggapan secara psikis dari penderita sendiri.

Mitos 2 : Menopause adalah sebuah alasan yang tepat bagi seorang wanita untuk malas. Atau dalam bahasa yang lebih sederhana, menopause membuat wanita malas.

Fakta 2 : Itu adalah sebuah anggapan yang keliru. Menopause itu manusia dan tidak boleh dihindari. Jadi, tak ada alasan bagi wanita untuk malas setelah mereka mengalami menopause. Menopause memang terkadang sakit, namun itu bisa dikurangi bahkan dihilangkan rasa sakitnya dengan pengubatan yang tepat dari doktor.

Mitos 3: Menopause dapat ditunda, dan ada ubat yang berfungsi untuk memperlambat menopause.

Fakta 3 : Menopause itu seperti umur yang tua, sebuah kepastian yang tidak bisa dielakkan.Untuk obatnya, saat ini tidak ada obat yang dapat memperlambat menopause.

Demikian sedikit info dari MKP semoga dapat membantu Mak Lampir Zuraidah .Menopause itu pasti, dan sama sekali bukan pertanda kiamat. Jadi, tetaplah berpikir positif saat anda sudah memasuki masa menopause.

Semoga bermanfaat…

Thursday, April 12

ZURAIDAH AKA MAK LAMPIR (MP) AMPANG APA LU BIKIN?


Berikut adalah video yang MKP ambil dari MKL tentang penyerbuan pihak berkuasa di rumah teres Parlimen Ampang yang kita semua tau Ahli Parlimen kawasan tersebut adalah Mak Lampir aka Zuraidah Kamaruddin Ketua Wanita Parti Kelantong Rakyat.Apa punya kejadah nie Ahli Perlimen macam nie tak tau jaga kawasan sendiri sampai banyak sangat pusat pelacuran.....Siap dengan ada ChinaDoll lagi....Awat Pak Sheik suka dekat ChinaDoll hang pun biaq bagi ChinaDoll bersepah dekat Ampang..atau kena tutup sebelah mata sebab dah berjanji untuk melindungi Proksi dari DAP....


Kemunculan pusat urut di merata kawasan di Selangor terutama sejak dua tahun lalu yang mengeksploitasi ramai wanita warga asing mengundang persoalan mengenai apa yang sedang berlaku di negeri itu yang sudah mencapai status negeri maju.

Jumlah pusat urut begitu banyak sehingga menyebabkan ada pihak berkuasa tempatan (PBT) sendiri tidak tahu jumlah sebenar pusat urut di kawasan masing-masing.

Realitinya hanya tiga PBT iaitu Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang sanggup mendedahkan jumlah sebenar rumah urut berlesen di kawasan masing-masing.

Bagaimanapun, ketika diminta mendedahkan jumlah rumah urut haram, pegawai MPSp dan MPAJ enggan memberikan sebarang butiran.

Itu belum dikira lagi pendedahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai kewujudan kira-kira 4,000 pusat hiburan di Selangor yang ada di antaranya menawarkan khidmat urut.

Banyak pihak percaya dasar liberal kerajaan negeri dalam pengeluaran lesen pusat urut menjadi punca kegiatan tersebut berleluasa berbanding sebelum ini.

Beberapa lokasi seperti Kota Damansara, Petaling Jaya, Kajang, Ampang, Selayang, Subang dan Puchong mendapati kelemahan penguatkuasaan sebagai punca utama kewujudan pusat-pusat urut baru.

Jangan terkejut jika ada pusat urut di Selangor ketika ini beroperasi seawal pukul 10 pagi dan masih menerima pelanggan sehingga pukul 12 tengah malam.

Malah tinjauan di Bandar Sunway mendapati terdapat beberapa premis beroperasi sehingga pukul 3 dan 4 pagi sama seperti operasi kelab malam dan karaoke.

Lebih mengejutkan, terdapat juga rumah urut yang beroperasi tanpa papan tanda, malah cara perkhidmatannya tidak ubah seperti rumah pelacuran.

MKP Ayat Sempoi : Mak Lampir tok sah dok Selak kain orang , tempat sendiri macam haram jadah.... 



Saturday, March 10

MAK LAMPIR NAIK MOTOR BUAT FITNAH?


Kali pertama MKP tengok mak lampir naik motor untuk memberikan segala fitnah kepada rakyat.Mungkin la nie sokongan dah kurang,kena cari idea baru nak ambil hati pengundi.Zuraidah nie teruk tengok MKP dah meroyan.

Kecoh tentang pembukaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd. MKP tergerak untuk membuat sedikit kajian tentang isu ini selepas menonton video yang dirakam dalam bahasa Malaysia oleh seorang warganegara Australia sendiri berkaitan isu ini. Kalau dah sampai macam tu, nampak sangat perkara ini bukanlah perkara yang remeh.

Setelah membaca artikel berkaitan Rare Earth Elements di laman National Geographic, MKP berpendapat Malaysia memerlukan kilang memproses nadir bumi ini. Kita kena ingat, ekonomi kita sangatlah bergantung kepada pengeluaran petroleum. Bila sampai masanya, pengeluaran produk hasil daripada petroleum akan berkurangan sekali gus mengurangkan pendapatan negara. Walaupun ada industri lain seperti minyak sawit, industri seperti ini tidaklah memberi impak yang besar pada ekonomi kerana permintaan dunia tidaklah tinggi.

Sekarang ini, negara China membekalkan sehingga 97% permintaan dunia untuk nadir bumi yang diproses untuk kegunaan industri. Dengan kuasa yang besar seperti itu, mereka boleh mengehadkan pembekalan sekali gus menyebabkan kenaikan harga barangan elektronik seluruh dunia. China merancang untuk mengurangkan eksport nadir bumi yang telah diproses dengan alasan untuk kegunaan dalam negara mereka walaupun kita semua tahu bahawa mereka sengaja mengekspoitasi monopoli mereka dalam pasaran dunia supaya harga bahan ini meningkat.

Permintaan untuk bahan ini tak akan berkurangan kerana industri pembuatan elektronik memerlukan bahan ini. Oleh itu, pembukaan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia, merupakan satu langkah yang baik untuk menambahkan pendapatan negara. Kilang yang dibuka di Gebeng, Pahang itu akan berupaya menghasilkan nilai eksport sebanyak RM8 billion setahun dan dijangkakan meningkat dari tahun ke tahun. Ini dapat memberikan pendapatan tetap yang lumayan kepada negara kita kerana kilang tak banyak negara mempunyai kilang pemprosesan nadir bumi ini.

- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, December 5

Zuraidah/Shahrizat Lawan Selak Kain.



Ketua Wanita Keadilan Dan Ketua Wanita UMNO lawan Selak kain masing-masing.Kita tengok sapa yang power.Hujah dari Mak Lampir meroyan sekali dengan menyatakan Shahrizat tidak menjawab apa yang perlu dijawab.Dia (Shahrizat) hanya berani berkokok digelanggangnya sendiri dan perwatakan yang ditunjukkan sangat kolot dan dangkal. Ia langsung tidak menunjukkan perwatakan wanita Islam dan Menteri.


Berikut adalah kenyataan YG membuat mak lampir terselak kainnya.




Pengerusi Eksekutif Nasional Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail menafikan isterinya, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, mempunyai pengaruh dalam pengurusan syarikat, termasuk kelulusan pinjaman mudah bernilai RM250 juta daripada kerajaan untuk menguruskan projek Pusat Fidlot Nasional (PFN).



Mohamad Salleh berkata, isterinya yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak pernah mencampuri urusan syarikat, malah mereka berdua meletakkan ‘tembok’ dalam isu yang berkaitan dengan projek ladang NFC.


“Kami tidak memaklumkan perkembangan syarikat kepada beliau, malah jika saya mula membuka mulut untuk membincangkan perkara itu, saya akan diminta diam.


“Antara saya dan isteri hanya membincangkan soal berkaitan anak dan pendidikan. Soal lain, terutama projek dan politik tidak pernah menjadi keutamaan kepada saya walaupun saya menyokong isteri 100 peratus dalam politik,” katanya.


Beliau turut menafikan Shahrizat menyertai rombongan pengurusan syarikat ke luar negara yang didakwa menelan belanja RM827,579.


“Kami jarang mengunjungi luar negara bersama keluarga. Sebagai menteri, isteri saya mengunjungi banyak negara atas urusan kerja kerana menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin negara,” katanya. 

Ditanya mengenai tindakan beberapa pihak termasuk daripada Barisan Nasional (BN) yang meminta Shahrizat melepaskan jawatan kerana projek NFC dikecam pembangkang yang mendakwa wujud penyelewengan dana kerajaan, Mohamad Salleh berkata beliau tidak boleh menjawab bagi pihak isterinya.


“Biar Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Shahrizat sendiri yang menjawab dan memutuskan perkara itu. Saya hanya suaminya. Dia tidak bincang soal politik dengan saya walaupun kami sudah hidup bersama selama 31 tahun. Apapun tindakan beliau, saya sentiasa menyokong 100 peratus,” katanya.


MKP kata Depa nie nak bantai Kak Ijat kerana marahkan Skuad Sayang yg nampak mengancam dan diterima oleh rakyat.tue yang dok cari pasal dengan kak Ijat nie.


Thursday, December 1

Mak Lampir Ada Hati Kt Anwar Rupanya!!!


Seperti diduga Ketua Wanita PKR,Zuraida Kamarudin tetap pejam mata mempertahankan bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim 'amat suci'  sekalipun  berdepan dengan dakwaan kes liwat mahkamah dan isu video seks yang 99.9 peratus tulin.
Pendirian itu terpancar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang Rabu sebagai reaksi pada cabaran Datuk Seri Shahrizat Jalil agar beliau mencabar Presiden PKR Datuk Seri Azizah Ismail letak jawatan kerana suaminya berdepan dengan pelbagai dakwaan.
Shahrizat membuat cabaran itu kerana Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang mendesaknya letak jawatan kerana isu NFC yang digembar gembur pembangkang menyelubungi suaminya ,Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
Zuraida sebaliknya mendakwa Sharizat membuat cabaran itu untuk alih pandangan dari isu NFC.
Tanpa mempedulikan samaada dakwaan keatas Anwar betul atau tidak,Zuraida mengajak Shahrizat bersimpati dengan nasib Wan Azizah  yang katanya terpaksa menanggung derita apabila suaminya difitnah dan anak-anaknya membesar tanpa seorang bapa buat sekian lama.
Beliau juga meminta Shahrizat tidak terikut-ikut dengan permainan politikUMNO yang dakwanya  bersenjatakan fitnah dan video lucah untuk menjatuhkan lawan.
Hakikatnya sebagai contoh dalam isu video seks semua orang tahu PKR  tidak pernah mengambil sebarang inisiatif untuk menyiasat atau meminta siasatan terbuka dibuat keatas dakwaan itu  kecuali menerima bulat-bulat penafian Anwar.
Ramai pemerhati menilai cabaran Shahrizat ada lojiknya.
Adilkah dipihak Shahrizat yang tidak akan kena mengena dengan NFC yang dikendalikan oleh syarikat suaminya diminta letak jawatan sedangkan Wan Azizah yang suaminya berdepan dengan pelbagai dakwaan moral ' boleh goyang kaki'.
Seorang libatkan isteri  dan seorang lagi suami,Pasangan keduanya-duanya ahli politik.Juga kedua-duanya berdepan dengan dakwaan.Jadi kenapa pasangan seorang saja perlu letak jawatan dan seorang lagi tidak.
Undang-undang apa yang Zuraida pakai?
Nampaknya bagi puak pembangkang apa jua penjelasan pihak yang mereka tuduh tak boleh pakai langsung tetapi penjelasan dan penafian mereka wajib ditelan bulat-bulat.
Memang sedap dan senang hidup  kalau itu aturan mainnya...tak gitu YB Zuraida.-

Monday, May 23

MAK LAMPIR ZURAIDA VS SPR.



MAK LAMPIR MENGILAI MENGENAI PENGUNDI WARGA ASING.

KENYATAAN SPR.

PUTRAJAYA: Tidak ada pendatang asing yang didaftar sebagai pemilih kerana pengesan utama yang digunakan dalam menentukan kelayakan permohonan sebagai pemilih ialah kad pengenalannya, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. 

Beliau berkata, ketika proses pendaftaran pemilih melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) yang diguna pakai oleh SPR, pengenalan pemohon akan dihubung kait dengan "Agency Link-Up System" (ALIS) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Menurutnya, ALIS yang mempunyai 33 jenis tapisan atau semakan wajib bagi setiap permohonan, akan menolak permohonan mereka yang bukan warganegara untuk didaftar sebagai pemilih.
Bercakap dalam satu temubual khas di pejabatnya di sini, baru-baru ini, beliau berkata, jika ada sebarang cubaan untuk mendaftar permohonan yang tidak sah, sistem yang ada akan menolak transaksi atau kemasukan data itu secara automatik. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pihak-pihak tertentu yang menurutnya mempertikai kononnya berlaku pendaftaran pendatang asing sebagai pengundi, di samping mempertikai proses pendaftaran anggota polis sebagai pengundi. 

Abdul Aziz berkata, tapisan dan semakan yang dilaksanakan oleh sistem ALIS bukan saja menolak mereka yang bukan warganegara, malah ia juga menolak permohonan daripada mereka yang belum layak dari segi umur dan yang mengemukakan kad pengenalan palsu. 

Katanya, jika ada pihak tertentu yang mempunyai sebarang bukti berhubung perkara itu, beliau meminta supaya ia dikemuka kepada pihak SPR bagi membolehkan siasatan dilakukan. 
"Saya ingin dapatkan senarai itu (pendaftaran pendatang asing sebagai pengundi) yang lengkap dengan nama mereka, nombor pasport dan butirannya sebagai pengundi. Saya nak dapat bukti kerana adalah suatu perkara yang tidak mungkin bagi pendatang asing boleh didaftar sebagai pemilih," katanya.

Thursday, May 19

VIDEO MAKLAMPIR ZURAIDAH MEROYAN


Memang pelik manusia-manusia yang menyokong pakatan haram di Malaysia ini. Kononnya mereka berakal untuk berfikir, kononnya mereka sudah “mumaiyiz” untuk membezakan antara yang benar dan palsu, namun mereka juak-juak pakatan haram ini tetap “buta” untuk melihat kebenaran, dan “pekak” untuk menerima hakikat sebenar.

Itulah yang terjadi baru-baru ini berkenaan dakwaan Zuraidah “Mak Limah Lampir”, yang mendakwa UMNO Hulu Selangor membawa masuk 2,000 warga asing untuk membantu kemenangan BN di kawasan itu. Hakikatnya, meskipun dakwaan itu sudah disiasat dan dinafikan oleh agensi kerajaan yang terbabit, Zuraidah tetap tak puas hati. Dia buat pula laporan polis!

Dia fikir dengan laporan polis tersebut, maka UMNO akan menggigil takut dan lari masuk kedutaan Turki? Silap banyak! UMNO Hulu Selangor bukan saja menafikan, malah mengeluarkan bukti kukuh menunjukkan betapa palsunya dakwaan Zuraidah. Surat yang ada pada Zuraidah hilang kreadibiliti apabila dibuktikan mempunyai kepala surat, tandatangan dan ejaan nama yang berbeza dengan surat UMNO yang asli.

Zuraidah dimalukan secara terang-terangan. Tertangkap menipu rakyat dan membuat laporan palsu kepada pihak polis. Bukan itu saja, Zuraidah jelas memfitnah UMNO Hulu Selangor dan seluruh UMNO secara umum. Bila Zuraidah nak “jilat kaki” seluruh ahli UMNO memohon maaf? Kami takkan maafkan selagi Zuraidah tak “jilat kaki” kami sebagaimana yang Nik Aziz syorkan baru-baru ini!

READ MORE


Tuesday, May 17

MAK LAMPIR ZURAIDAH MENYANYI HENJIT-HENJIT SEMUT.


Jika inilah yang dipanggil pemimpin,hancuslah malaysia berfikiran dendam serta melebel pemimpin lain dengan cara yang amat memalukan.Umum tahu kisah sebenar puak nie hanya berjuang untuk membela ANUwar ibrahim atau sekarang lebih dikenali sebagai pandykutty.Black justice bahasa baru ke?

Wednesday, May 11


Mak Lampir PKR Selangor meroyan dan hilang akai dah dek penahan asmara video anugerah tuhan, Zuraida Kamaruddin mewakili seluruh pimpinan Keadilan Selangor mendedahkan bahawa pihaknya telah berjaya mengesan bahawa seramai 2,000 orang warga asing didakwa telah disenaraikan oleh Umno Bahagian Hulu Selangor untuk tujuan proses pertukaran status kerakyatan, dengan mendapat bantuan penuh dari pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).BACA SETERUSNYA DISINI
Ternyata mak lampir akan lebih meroyan jawapan yang diterima dari Umno Bahagian Hulu Selangor tidak memerlukan warga asing untuk memangkah Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang yakin mampu mengekalkan penguasaan parti berkenaan di kawasan itu.
Sehubungan itu, Ketua Umno bahagian berkenaan, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar menyifatkan dakwaan bahawa beliau menulis dan menandatangani sepucuk surat bagi mendapatkan kerakyatan Malaysia untuk kira-kira 2,000 warga Indonesia bagi membolehkan mereka mengundi BN sebagai fitnah jahat pembangkang kerana bimbang dengan kebangkitan BN di Selangor.
“Kita tidak perlu buat begitu. Kita yakin BN dan Umno akan berjaya pertahankan kemenangan kita di Hulu Selangor.
“Ini satu fitnah. Dakwaan itu juga tidak benar. Saya tidak pernah terfikir untuk membawa masuk warga asing untuk jadi pengundi di Hulu Selangor.
“Surat itu juga palsu kerana itu bukan tanda tangan saya. Ejaan nama saya yang tertera dalam surat itu juga tidak betul,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang mendakwa Umno bahagian itu menyalahgunakan kuasa kerajaan.
Surat itu didakwa sebagai percubaan Umno Hulu Selangor mendapatkan kerakyatan Malaysia untuk kira-kira 2,000 penghuni tetap di Hulu Selangor yang majoritinya warga Indonesia bagi membolehkan mereka mengundi BN pada pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin pada sidang medianya semalam menunjukkan kepada wartawan surat yang didakwa bukti Umno menyalahgunakan proses kerajaan.
Surat bertarikh 23 Mac didakwa ditandatangani oleh Mohamed Idris itu dialamatkan kepada Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Mengulas lanjut, Mohamed Idris berkata Umno Hulu Selangor tidak perlu berbuat demikian kerana semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Hulu Bernam, Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali) di Hulu Selangor adalah milik BN.

Tuesday, May 10

MAK LAMPIR MEROYAN TERDESAK SALAHKAN KDN DAN UMNO


Mak Lampir PKR Selangor meroyan dan hilang akai dah dek penahan asmara video anugerah tuhan, Zuraida Kamaruddin mewakili seluruh pimpinan Keadilan Selangor mendedahkan bahawa pihaknya telah berjaya mengesan bahawa seramai 2,000 orang warga asing didakwa telah disenaraikan oleh Umno Bahagian Hulu Selangor untuk tujuan proses pertukaran status kerakyatan, dengan mendapat bantuan penuh dari pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Apakah bukti yang menyatakan dakwaan tuduhan tersebut tidak dinyatakan kat mana,di mana,gambaq ka apa ka tak ada semua nak cover lubang kunyit anwar je dengan mengeluarkan isu ini.
Jelas, katanya taktik kotor itu bertujuan untuk memanipulasi undi agar dapat membantu Umno merampas semula Selangor pada PRU13 kelak.
Takkan mamat dan minah bangla,vietnam dan lain-lain ornag tak boleh perasan bukak mulut pun orang kenal ni pulak cara meraka berpakaian haaaaaaa lawak bodo piang. 
“Saya yakin, ini hanya salah satu bukti dari beratus-ratus taktik kotor Datuk Seri Najib Razak dan Umno Selangor yang telah dirancang,”
Malah, beliau juga yakin bahawa kerjasama dari pihak rakyat dalam menyalurkan maklumat penyelewangan seperti ini membuktikan suatu penolakan besar-besaran dari pihak rakyat sendiri terhadap dasar kepimpinan Najib.
Katanya, Najib selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor kini seharusnya lebih gentar dan berhati-hati kerana senario politik dan ritma kehendak rakyat kini sudah lebih matang dan tidak lagi mampu diperbodohkan dakyah media yang berat sebelah lagi.
Terbukti Barisan Nasional menang ari tu masa PRK Hulu Selangor dengan undi pendatang asing.Puak nie memang buta perut dan buta hati.
Tambahnya, taktik Umno menggunakan media untuk menjatuhkan imej pimpinan dan Pakatan Rakyat nampaknya sudah gagal.
Gagal sampai anwuar dah hampir gila dan lari balik awal dah tau kalah PRN sarawak tempoh hari.adakah mak lampir akan menyanyi lagu nyenjit-nyijet semut lepas nie 
nyeit-nyiet semut sapa sakit naik atas,last sekali cerita baru dapat tau yang mak limah nie meroyan kusangakan hantu.heeeeeee


Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive