Wednesday, March 28

KISAH CINTA BERMACAM SEGI DARI INSAN BERNAMA ANWAR?


Kalau dulu kita cuma mendengar kisah cinta monyet, cinta sejati, cinta palsu atau cinta tiga segi, tetapi hari ini ada satu lagi jenis cinta iaitu cinta politik. Cinta politik ini boleh dilihat dengan jelas di kalangan pemimpin-pemimpin yang terkantoi terutamanya dalam skandal yang melibatkan seks.
Contohnya, apabila seorang pemimpin itu tertangkap berkhalwat atau berzina, maka dengan segeralah dia menunjukkan cintanya terhadap isteri, seperti membawa isteri ke hulu ke hilir di hadapan media dan membuat kenyataan-kenyataan yang menunjukkan dia adalah suami penyayang dan mencintai isterinya.
Di Malaysia, drama cinta politik ini telah banyak kali dimainkan. Antara pelakon hebat yang melakonkan watak ini ialah Mat Sabu dan yang paling baru ialah Ustaz Badrolamin apabila masing-masing terkantoi berkhalwat.
Tetapi selain mereka, kita pasti tidak ada sesiapa pun di Malaysia ini mahupun di dunia yang dapat menandingi kehebatan cinta politik Anwar – Azizah.
Kisah cinta Anwar-Azizah bermula di zaman belajar lagi di mana Anwar sering membawa Azizah ‘berdating’ dengan motorsikalnya. Namun, cinta mereka tidak direstui bapa Azizah atas sebab-sebab yang hanya orang tua itu yang tahu.
Sebagai hero, Anwar tidak berputus asa dan membawa Azizah lari. Mereka akhirnya diijabkabulkan pada 28 Februari 1980, ala-ala Zack dan Azura versi 90-an, tanpa majlis yang meriah sepertimana pasangan lain.
Mengikut cerita Anwar di ceramah-ceramah, selama 32 tahun berkahwin beliau sempat membuktikan cintanya terhadap Azizah dengan membawa Azizah melawat Taj Mahal iaitu simbol cinta agung antara dua insan. Tetapi, kita tidak pasti pula sama ada lawatan itu dilakukan sebelum atau selepas Azizah mula resah dengan kehadiran Sukma Dermawan di rumah mereka.
Sukma Dermawan, iaitu adik angkat ‘homoseksual tersohor Asia’ telah pun wujud dalam hidup Anwar sejak awal lagi iaitu sekitar tahun 1977 di mana beliau tinggal dengan bapa dan ibu tiri Anwar di No. 27, Jalan SS1/43, Kampung Tunku Petaling Jaya. Sukma berkongsi bilik dengan Anwar yang pada ketika itu masih bujang.
Setelah berkahwin, Anwar mengangkut Sukma bersamanya dan Azizah ke rumah mereka di Seksyen 17 Petaling Jaya dan kemudiannya ke Subang Jaya, dan berpindah lagi ke Seksyen 14 Petaling Jaya sehingga akhirnya menetap di Bukit Damansara di mana Sukma mendapat bilik persendirian yang khas.
Selain Sukma, cinta Anwar-Azizah juga diuji dengan kehadiran Azmin dan isterinya, Shamsidar. Khabarnya perhatian Anwar lebih tertumpu kepada Sukma, Azmin dan Shamsidar dan segala keinginan mereka dipenuhi sedangkan segala keperluan Azizah diremehkan sahaja dengan berbagai-bagai alasan. Walaupun kisah ini sudah menjadi rahsia umum dan rekod mahkamah, tetapi Anwar masih terus mengungkap cinta terhadap Azizah yang katanya, terus mekar mewangi.
Jelas, Anwar adalah seorang pencinta agung. Di dadanya penuh dengan cinta yang membuak-buak, melimpah ruah dan oleh itu, perlu diagih-agihkan kepada ramai orang tidak kira lelaki ataupun perempuan dari berbagai-bagai bangsa seperti Melayu, Indonesia, Pakistan, China mahupun Siam. Pendek kata, cintanya tidak mengenal jantina, usia mahupun bangsa selaras dengan pendirian partinya yang memperjuangkan kesamarataan.
Mungkin inilah yang dimaksudkan Azizah mengenai ‘Anugerah Tuhan’ yang menjadi suaminya yang sejak dari dulu tidak pernah lupa menyuapkan hati berulam jantung sebagai makanan hariannya.
Hakikatnya, Azizah mungkin boleh menipu diri sendiri bahawa Anwar mencintainya dan Anwar juga boleh menipu Azizah yang beliau masih mencintai isteri yang digelarnya sebagai ‘ikan sepat kering’ di hadapan Shamsidar.
Tetapi Anwar dan Azizah tidak boleh menipu sekalian rakyat Malaysia hanya dengan menceritakan kisah mereka menari dan berguling-guling menyanyi di hadapan Taj Mahal dengan kostum warna-warni yang ditukar 10kali. Cinta yang sebenar tidak perlu ditunjuk-tunjuk atau diceritakan kerana ia akan terserlah dengan sendirinya melalui pandangan mata dan senyuman.
Setakat ini, apa yang ada di mata Anwar apabila memandang Azizah, bukanlah cinta tetapi kuasa. Dan apa yang ada di mata Azizah apabila memandang Anwar pula adalah derita yang bercampur-baur dengan rasa jijik dan loya. Selain itu, kita juga dapat melihat secebis harapan di wajah Azizah apabila memandang Anwar. Harapan itu bukan berupa harapan agar Anwar berubah atau tetap mencintainya tetapi harapan agar dapat ke Putrajaya sebagai balasan ke atas segala pengorbanannya.
Justeru, inilah kisah cinta politik paling ulung dan agung, dan wajar mendapat pengiktirafan setaraf Taj Mahal yang kononnya pernah menjadi saksi lakonan mereka.via email beruang biru

7 Exco Belanja RM800 Ribu Ubah Suai Pejabat?


Azmin Ali nie macam mentornya juga cakap pusing da kona sana.Nie dedahan dari Menteri Besar sendiri yang telah menyatakan 7 Exco telah ubah suai pejabat.Awat Benda nie tak kata membazir wang rakyat.Apa Kejadah sumua tuduhan macam musibat hang buat.....Lain kali nak kata pembaziran cuba selidik dulu dan tengok baik-baik.Tu la lain kali nak serbu pakai helmet kan dah pecah kepala.Pecah nyiur Anwar dah buat siap menari macam hindu mabuk lagi......
Tan Sri Khalid Ibrahim, semalam berkata tujuh ahli Exco Kerajaan Negeri termasuk Datuk Dr Hasan Ali membelanjakan hampir RM800,000 untuk mengubah suai pejabat mereka.
Khalid mendakwa perbelanjaaan mengubah suai pejabat Hasan sebanyak RM329,000 adalah yang tertinggi, sungguhpun ia mengikut prosedur kewangan negeri yang diluluskan oleh beliau(Khalid). 
Menurutnya, Ahli Exco Ean Yong Hian Wah membelanjakan RM146,000 untuk mengubahsuai pejabatnya, Rodziah Ismail (RM119,000), Iskandar Abdul Samad (RM21,000), Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Elizabeth Wong dan Teresa Kok (kurang dari RM25,000) manakala RM70,000 dibelanjakan untuk pejabat Dr Xavier Jeyakumar. 
Minggu lalu, ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali menuduh Hasan membazir wang rakyat dengan mengubah suai pejabatnya pada kos yang begitu tinggi. Pendedahan itu dibuat hanya selepas Hasan "menyerang" Pakatan Rakyat dalam siri ceramahnya setelah dipecat daripada Pas Januari lalu. 

Dalam cubaan untuk meredakan keadaan, Abdul Khalid memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri bahawa Hasan dan exco-exco lain tidak melakukan apa-apa kesalahan dari segi penggunaan wang untuk mengubah suai pejabat mereka.Namun Khalid mendakwa Hasan cuba mempengaruhi pemberian kontrak kepada syarikat tertentu ketika memegang portfolio Infrastruktur dan Kemudahan Awam semasa menjadi Exco.  

Dakwaan di dalam DUN Selangor itu memberikan Khalid perlindungan daripada sebarang tindakan undang-undang yang mungkin diambil oleh Hasan bersabit tuduhan itu.

MKP Ayat Sempoi : Azmin Ali sudah kantoi,Mana mau letak muka sudah tebai macam kulit Babi dah.

GUAN ENG KENA TENDANG HUJAH DENGAN MAHASISWA?


MKP Tengok mahasiswa yang balun cina bukit macam Guan Eng nie pun patutlah.dok tak duduk kumpulan mahasiswa nie yang selalunya kita nampak senyap dan tidak bersuara lebih bernas pandanganya.Dari apa yang diperkatakan ada benarnya.MKP harap ini hanya pembuka jalan bagi golongan muda yang selama ini dianggap kurang matang bersuara.Mereka nampak dengan jelas pembohongan yang telah dicipta oleh DAP dan Guan Eng mengambil kredit apa yang telah dibuat oleh Kerajaan BN untuk mencapai kepentingan politiknya.Jutaan Tahniah sekali lagi MKP ucapkan kepada saudara Mukhlis...... 

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive