Sunday, June 24

Bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu Desak Anwar Beri Kenyataan Bersumpah Kepada SPRM



Orang yang pernah dekat dengan PKR kalau dah bersuara desak Anwar nie apa cerita nie..tue la depa nie memang parti kelam kabut sampai macam nie jadinya....Jika orang sendiri bersuara umpama kena tikam belakang der. 
Seorang bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan bersumpah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung harta bernilai jutaan ringgit didakwa dimiliki Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali. 
Bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu Fakrul Azmin Abu Bakar meminta Ketua Pembangkang itu dengan membuat kenyataan bersumpah itu dalam masa tujuh hari. 
"Jika Anwar jujur dengan kenyataan akan beri kerjasama, maka kita meminta Anwar beri penjelasan bagaimana Azmin Ali boleh memiliki aset saham dan wang bernilai berjuta-juta sedangkan gaji Azmin hanya RM2,400 sebulan (pada ketika itu). "Jika tidak, akuan kerjasama ini adalah satu lagi agenda putar alam Anwar," katanya dalam kenyataan menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama di sini malam Sabtu. 
Fakrul Azman juga mahu Anwar memfailkan saman fitnah terhadap bekas Pengarah Penyiasatan Badan Pencegahan Rasuah Abdul Razak Idris, untuk membuktikan siapa sebenarnya yang bercakap benar. 
Beliau juga mahu Anwar membuktikan yang beliau jujur untuk memberi kerjasama kepada SPRM dalam siasatan berhubung pemilikan wang, saham dan aset berjumlah RM3 bilion. 
Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid dalam akuan berkanunnya mendedahkan Anwar, semasa memegang jawatan Menteri Kewangan pada 1990-an, pernah mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.-BERNAMA

Saturday, June 23

Kisah malam pertama-jangan cabut sampai esok..!!


Malam pertama buat sepasang pengantin baru. Si suami baru saja memadamkan lampu bilik. Selang 15 minit si isteri mengerang.

"Adui.. Sakitnya B… !”
Si suami cuba menenangkan isterinya.
"Jangan nangis baby.. Nanti mama papa dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.."

Kebetulan bilik mama papa hanya bersebelahan kamar tidur pengantin. Si isteri masih mengerang kesakitan.

“Sakitnyerrr B………"
Kerana tidak dapat menahan sakit, si isteri terus mengerang. Si suami cuba memujuk.
"Sabar ye Baby! Tahan sikit.. Esok baru cabut."

Tanpa disedari rupanya papa mengikuti perkembangan pengantin dan terdengar anak perempuannya mengerang. Mula dia tidak peduli, biasalah malam pertama. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Lantas terus dia bangun, pergi ke bilik sebelah dan terus menendang pintu bilik pengantin.
Dengan rasa geram papa memarahi menantunya.

"Apahal ni? Mati lah anak aku kalau esok baru kau nak cabut! Kau cabut sekarang!!!"

Terkejut besarlah pasangan pengantin baru. Sambil menahan sakit, si pengantin perempuan pun berkata kepada papa nya..

"Papa, takkanlah sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?"

So janganlah membuat andaian terlalu awal jika mendengar sesuatu yang mempunyai 2 maksud berbeza.Perang siber ini begitu jua siapa yang pandai bermain dengan persepsi dialah juara,Akan tetapi tumpas jua kerana sifat kita sebagai manusia yang selalu terperangkap dengan dugaan terutama melibatkan hawa nafsu.

Sekadar hiburan hujung minggu jer ye..hihihi..

REKOMEN ANAK SAUDARA,FEEKAH DISERANG DARI DALAM?


Tahniah kepada Sel13 mendedahkan 2 pucuk surat yang membuktikan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin menyalahgunakan kedudukkannya dengan memberi rekomendasi agar firma guaman dimana anak buahnya sendiri mempunyai kepentingan, dilantik menjadi panel guaman anak syarikat milik kerajaan negeri.

Sumber dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan mengesahkan bahawa surat itu (berdasarkan nombor rujukan) adalah surat yang tulen!!

Pengesahan bahawa Zeenat Asyiqin Binti Dato’Ahmad Zaki adalah anak kepada abang Faekah sendiri, Dato’ Ahmad Zaki Hussin yang juga bekas Ketua Pengarah Badan Pencegahan Rasuah (BPR) yang mula dilantik pada 1999 sehingga 2003.

Zaki baru-baru ini menjadi tumpuan media dalam isu berkaitan siasatan BPR ke atas pemilikan harta tidak munasabah yang didakwa ke atas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pada 1995.

Jadi amat penting disini untuk Faekah tampil dengan sidang media menjawab persoalan ini. Soal sama ada anak syarikat kerajaan negeri berkenaan telah melantik syarikat guaman yang dikaitkan, itu bukan isunya disini, isunya disini kredebiliti Faekah secara automatiknya hancur sebaik beliau membuat surat sokongan untuk syarikat yang diketahui ada kepentingan saudara maranya.

Mungkin ada sebab yang kukuh kenapa Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali begitu hebat menyerang Faekah kebelakangan ini. Mungkin beliau sudah nampak beberapa tindakan Faekah.

 

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive