Wednesday, June 19

DALANG DISEBALIK VIDEO AKSI TELAMPAU NURUL DIDEDAHKAN...........


Peperangan dalaman yang melibatkan penyokong kem Wan Azizah (Pro Anwar) dan penyokong kem Azmin Ali (Pro Azmin) nampaknya semakin sukar di kawal bila beberapa orang di antara mereka membuat kenyataan terbuka, mengutuk pemimpin di kem yang satu lagi.

Paling menarik terutama bagi rakyat di kawasan Ampang, Ahli Parlimen mereka Zuraidah Kamarudin (Pro Azmin) yang tergamak mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai gagal menyelesaikan masalah penduduk di Ampang sepanjang penggal pemerintahannya yang lepas.

Sampah, penyelenggaraan jalan dan sebagainya adalah antara masalah yang dimaksudkan.

Oh, ada janji tak laksana rupanya, jadi macam mana masa kempen itu hari perkara ini tidak dibangkitkan?  Segala dan semuanya adalah baik dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat?  Alih bila dah menang, baru rakyat tahu rupanya janji banyak tak laksana pun.

Tapi pilihanraya umum yang lepas bukan berkenaan kerajaan mana lebih baik dan menunaikan janji tapi lebih kepada keinginan satu kaum ini untuk mengubah kerajaan, tak kira apa lagi dah walaupun terpaksa mengundi batang kayu.

Balik pada isu tadi, sebelum ini pun Zuraidah secara terbuka menyanggah kenyataan Anwar Ibrahim untuk memboikot acara angkat sumpah pada 26 Jun nanti, sebelum disambut oleh Azmin sendiri.

Walhal Naib Presiden PKR, Tian Chua (Pro Anwar) menyokong kenyataan tersebut tanpa berbelah bagi.

Dari maklumat yang penulis dapat, ada besar kemungkinan lebih ramai lagi pemimpin dari kedua-dua kem yang akan mengeluarkan kenyataan menghentam satu sama lain dalam jangka masa terdekat.

Sementara UMNO melihat dengan penuh minat perkembangan yang tidak berapa nak digemari penyokong pembangkang ini, satu yang pasti dan penulis rasa rakyat perlu menilainya dengan baik ialah bagaimana kegilaan melampau terhadap kuasa yang selama ini disembunyikan oleh pemimpin-pemimpin PKR telah mula kelihatan.

Dari soal perlantikan Menteri Besar Selangor tempoh hari lagi, sehingga kepada anggota Exco negeri yang lain (memakan masa hampir 1 bulan), semua ini menunjukkan parti ini tidak stabil dan entah bagaimana PKR boleh dianggap sebagai mengetuai Pakatan pembangkang.

Ini baru cerita satu negeri, belum kita sebut satu Malaysia lagi.  Kita bersyukurlah kerana Tuhan tidak membenarkan Pakatan ini mengetuai kerajaan Malaysia dan menyelamatkan negara kita dari terjerumus ke arah yang lebih buruk.

Tuesday, June 18

KETUA PEMBANGKANG UMNO PULAU PINANG KALI INI ADALAH PEREMPUAN ..........?


Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Air Tawar Datuk Jahara Hamid dilantik ketua pembangkang Pulau Pinang yang baharu, menggantikan Adun Penaga Datuk Azhar Ibrahim yang bersara.

 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata sebelum ini, pihaknya mengenal pasti beberapa calon untuk mengisi jawatan itu dan mengemukakannya kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.

 “Setelah menunggu keputusan dari pucuk pimpinan, kita sudahpun mendapat keputusan bahawa Perdana Menteri telah memberi persetujuan memilih Jahara sebagai ketua pembangkang.

Elok jugak pemilihan kali ini pada fikiran MKP kerana Speaker yang dilantik oleh DAP adalah perempuan so tak salah Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid dilantik. Mungkin sidang dewan kali ini memberikan kelainan.

Jika dahulu bayak sangat aksi tunjuk punggung serta perbalahan seperti Budak Tadika. Apa pun MKP mengambil pendekatan tunggu dan lihat bagaimana sidang DUN Pulau Pinang pada kali ini. 


Monday, June 17

LIM KIT SIANG MENYIBUK KETIKA LAWATAN @Zahid_Hamidi


Apa jawatan Lim Kit Siang didalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang? Itu persoalan yang bermain difikiran MKP ketika lawatan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi ke Pulau Pinang sebentar tadi. Jika Lim Kit Siang menjadi Ahli Parlimen di Pulau Pinang MKP tak kisah. Itu hak beliau sebagai ahli parlimen. Tapi sekarang Lim Kit Siang menjadi Ahli Parlimen di Gelang Patah.


Nampak sangat Keluarga Lim nie gilakan Publisiti. MKP tak pertikaikan Lim Guan Eng hadir kerana jawatannya sebagai Ketua Menteri. Tapi Kenapa dibawa Cinabeng yang pernah berkata "PErgi Mampus sama Melayu".


Datuk Seri Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri, Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato' Abd Rahim B. Hanafi Ketua Polis Pulau Pinang dan Datuk Dr Zahari Noor Forensik Hospital Pulau Pinang di tempat kejadian runtuhan rod penebat kilat di Jalan Macalister, hasil perbincangan yang dijalankan bersama lain-lain jabatan terlibat mengesahkan kematian mangsa usaha mencari mangsa yang tertimbus diberhentikan dan pihak polis akan melakukan inkues.


Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive